"Kalau calon tak diterima, macam Ketua Wanita UMNO sekarang ini pun kalah di Lembah Pantai" minit 5:55
Nampaknya 'personal vendetta' Rafidah Aziz terhadap Shahrizat Abdul Jalil masih belum berakhir walaupun telah 'dipencenkan' dari jawatan Ketua Wanita UMNO.
Dan tindakan beliau menghentam Shahrizat melalui laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan amat menyedihkan bagi seorang pemimpin yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam parti dan kerajaan, suatu masa dahulu.
Rafidah Aziz sudah melanggar prinsip utamanya sewaktu menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO yang dicanang oleh beliau sebelum ini.
"Bukan prinsip saya menyerang mana-mam individu dalam parti jika adalah masalah timbul melibatkan saya dengan mereka. We are family. Prinsip saya sewajarnya ditanam dalam setiap pemimpin UMNO adalah menyelesaikan segala isu melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi. Rakyat memandang kejujuran kita melalui aspek itu."
Pun begitu, Sharizat masih lagi menghormati Rafidah selaku bekas Ketua Wanita UMNO.
"Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba.
"Dan kalau orang yang tahu salasilah kepimpinan wanita Umno dan siapa yang membuat saranan seperti ini (meletak jawatan) pasti ada sejarahnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mungkin ramai yang beranggapan 'perang saudara' diantara Rafidah Aziz dan Sharizat Abdul Jalil masih belum mencapai tahap klimaks. Perlu dileraikan sepenuhnya apa yang terbuku dihati. Masa yang paling sesuai untuk melihat siapa yang lebih berpengaruh dikalangan wanita UMNO. Rafidah vs Shahrizat ... The Final Chapter!
Namun begitu, GWM beranggapan ada suatu agenda yang lebih besar sedang berlaku disebalik serangan Rafidah ke atas Shahrizat. GWM turut beranggapan ada 'tangan ghaib' disebalik kelantangan Rafidah mula menyelar Shahrizat.
Pada hemat GWM, Rafidah Aziz hanyalah kuda tunggangan bagi 'tangan ghaib' yang sebenarnya tidak senang dengan jawatan Sharizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan pengaruh beliau dikalangan Wanita UMNO.
Sudah ada urusan campurtangan mahukan umur Shahrizat dalam politik sebagai Wanita UMNO perlu ditamatkan secepat mungkin. 'Tangan ghaib' ini semakin rakus mahu memperlihatkan Ketua Wanita UMNO ini tidak berfungsi dan menjalankan tugas dengan baik sebagai anggota kabinet, ketua bagi Wanita UMNO dan kementerian yang dipimpin beliau.
Dan serangan Rafidah ke atas Shahrizat baru-baru ini, adalah pencetus utama beliau bakal diketepikan akibat bisikan syahdu oleh 'tangan ghaib' ini.
Tidak sukar untuk melihat permainan 'tangan ghaib' ini jika diamati dengan sedalam-dalamnya. Siapa 'tangan ghaib' ini? bakal terjawab suatu hari nanti apabila kabinet membuat keputusan ke atas Shahrizat.
GWM cukup menghormati Rafidah Aziz, namun lebih baik beliau menumpukan segala usaha dan kudratnya untuk menjaga 'budak nakal' Tony Fernandes.
Sebagai pengerusi Air Asia X, seharusnya beliau mampu menyelesaikan kemelut yang melanda Air Asia dan MAS. Sebagai bekas Menteri Perdagangan sudah tentu suara beliau masih boleh diterima.
MAS sudah menjadi 'kuda baka lacuran' terbaik Tony Fernandes, sudah terlalu banyak diperkatakan mengenai 'perkahwinan mutaah' Air Asia dan MAS.
Dan seharusnya juga, Rafidah Aziz lebih tahu bila perlu bersuara dan bila perlu mendiamkan diri. GWM tidak mahu mahu gelaran 'Iron Lady' yang disandang beliau bakal bertukar menjadi 'Dark Lady'!
Itupun jika Rafidah Aziz dan 'tangan ghaib' yang mengarahnya faham maksud lirik lagu dibawah ini ... dalam maksud lirik lagu ini!
2 comments:
SAMA LA KEDUA2 MANGKUK NI TAK BLEH PAKAI...
WEI RAFIDAH!!!
BILA NAK PAKAI TUDUNG TUTUP AURAT???
RAMBUT DAH RENYAI...
DUIT DAH BANYAK...
LIANG LAHAD DAH STANDBY...
NASIHAT AKHIR ZAMAN...
.. DUA2 BUSUK.. INI KES KLASIK; LEMBU CAKAP TAIK BUSUK, TAIK KATA LEMBU BUSUK..
Post a Comment