Wednesday, February 22, 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Program Bicara Minda bertemakan Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020. YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk menyampaikan ceramah sepertimana berikut:

Tarikh :    24 Februari 2012 (Jumaat)
Masa :    8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

Untuk makluman, program ini dapat memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisien dan berketerampilan dalam menghadapi arus perubahan perdana di samping membuka ruang perkongsian pengalaman dan penetapan hala tuju antara tokoh pemimpin negara dan peserta.

Sehubungan dengan itu, MBM ini berbesar hati menjemput YB/Dato/Saudara/Saudari. Peserta yang dicalonkan diharap memenuhi kriteria berikut :

i. Pemimpin belia yang berumur 18 hingga 40 tahun.
ii. Pemimpin yang memegang jawatan dalam pertubuhan belia di pelbagai peringkat.

Pihak penganjur akan menyediakan makan minum peserta sepanjang program ini diadakan. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara ceramah dan borang penyertaan untuk dilengkapkan dan dikembalikan kepada Sekretariat MBM di talian faks (03) 9173 2759 atau emel mbm@belia.org.my sebelum atau pada 16 Februari 2012 (Khamis). Tempat adalah terhad.

Borang penyertaan

ATURCARA PROGRAM BICARA MINDA BERSAMA YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Tarikh : 24 Februari 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh.
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur


MASA ACARA

8:00 pg    Pendaftaran Peserta & Sarapan
9:00 pg    Ketibaan Tetamu Jemputan
9:20 pg    Ketibaan YB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan I & II
9.25 pg    Ketibaan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia
9.30 pg    Ketibaan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana

9.40 pg    Nyanyian Lagu Negaraku
9.45 pg    Bacaan Doa
9:50 pg    Aluan oleh: YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan Malaysia

10:00 pg   Program Bicara Minda oleh: YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana

“Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020”

11:00 pg    Sesi Soal Jawab
12:00 tghari    Sidang Akhbar

Jamuan Tengah Hari

Bersurai




2 comments:

Nam Ron said...

Lu orang pakai lagi ke cakap org tua nyanyok ni!??...kahkahkah...Berbicara bersama Mahadir Mohamad: A Doctor From The Asshole!!...kahkahkah

Anonymous said...

nam ron, hang apa kelulusan???? ini la melayu bodoh tak sedar diri... kalu hang bukan doktor perubatan yg tak pernah berjasa pd bangsa, agama & negara, hang jgn memalukan diri sendiri lah....

Dr M walau ko kutuk dia apa pun, menampakkan semakin bangang org yg kutuk Dr M..... melayu haprak & mudah lupa...

kalu setakat ada degree pun aku tak heran, kalu hang bukan doktor perubatan!!!!

jgn dipertikai Dr M yg memang hebat, cerdik, bijak, berjasa ....

dah la hang bangang, cakap pun kotor, tak reti respect org tua berumur yg berjasa.... agaknya mcm tu la hang cakap dgn mak pak hang nooo.....