GWM ucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada penganut agama Hindu di Malaysia pada 7 Februari ini. Malaysia cukup beruntung kerana tidak ada halangan bagi mana-mana penganut berbilang agama untuk menyambut hari kebesaran masing-masing. Tidak ada sekatan dan tidak ada sebarang bentuk diskriminasi. Kebebasan beragama yang diamalkan ini yang cukup unik dimata dunia kerana semua bangsa diberi hak untuk merayakan perayaan masing-masing.
Cuma GWM agak terganggu dengan gambar yang dikirimkan oleh salah seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini ...
Terganggu kerana begitu besar sekali patung replika Perdana Menteri dibangunkan di Batu Caves. Tampak begitu hebat sekali monumen ini. Benar atau tidak gambar yang dikirimkan terpulang kepada pembaca untuk menilainya.
Tidak salah jika sekiranya benar masyarakat India mengkagumi dan menyanjungi Datuk Seri Najib sehingga didirikan monumen ini. Cuma impak dan kesan negatif lebih banyak dilihat dari sudut kacamata politik. Jika benar adanya monumen ini, maka seharusnya parti MIC perlu mengambil tindakan bijak untuk tidak menegakkan patung replika ini.
Belum pernah ada mana-mana mantan Perdana Menteri, baik Tun Dr Mahathir mahupun Pak Lah mempunyai patung replika yang ditegakkan di Batu Caves sewaktu memegang tampuk pemerintahan.
Yang ada hanyalah patung replika Raja Liberaliwat ... peliwat tegar yang wahidnya mahu menjadi Perdana Menteri!
MIC sepatutnya lebih bijak menangani isu ini. Patung replika DS Najib hanya akan mencetuskan kontroversi baru dan menjadi bahan polemik baru pembangkang untuk menghentam imej kerajaan dan Barisan Nasional. Suka atau tidak, MIC akan turut terpalit sebagai parti yang dikatakan cuba 'mengampu' dan/atau 'terlebih mengampu' Perdana Menteri.
Dan sebetulnya ini bukanlah pertama kali patung replika DS Najib ditegakkan di Batu Caves. Perkara yang sama berulang lagi sejak dari tahun 2009 ...
Masih banyak lagi cara yang sesuai jika MIC benar-benar mengkagumi dan menyanjungi Perdana Menteri. Bukan ini caranya mahu menarik perhatian DS Najib. Cara ini bakal mengundang malapetaka baru bagi BN.
Selaku presiden baru parti MIC, adalah lebih baik jika G Palanivel mengarahkan diturunkan patung replika ini sebelum atau sememangnya sudah pun menjadi bahan tembakan baru pihak pembangkang.
Hanya kerana satu patung replika, berbagai cerita boleh diputar belit dan menjadi bahan mainan politik. Cukup-cukuplah buat kerja gila sebelum menjelang pilihanraya umum ...
2 comments:
aku setuju yg amat sgt ngan hang bro.
KELING PARIYA ASALNYA MEREKA TU..SEBB TU CELAKA PUNYA PERANGAI..BILA MISKIN MARAH KERAJAAN PADAHAL LIHAT LAH SENDIRI PERANGAI KELING INI...TOK SAH DUDUK KWSN KELING,,BYK MALAPETAKA..
Post a Comment