Sunday, March 3, 2013

Perisikan tentera mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.


Perisikan tentera mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu agensi yang sama turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian berlaku.

Pendedahan ini menguatkan lagi dakwaan pihak perisikan tentera Filipina sebelum ini apabila secara terbuka mengaitkan nama pemimpin pembangkang sebagai dalang.

Menurut sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.


sumber : UTUSAN MALAYSIA



I'll scratch your back if you scratch mine ... Auwww


Kumpulan ketiga yang didakwa terlibat adalah pembangkang dari Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin berlangsung sebelum Jun. Pegawai perisikan berkata salah satu ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim akan bertanding bagi jawatan di Sabah - INQUIRER NEWS, 1 Mac 2013


Kita percaya mustahil Anwar Ibrahim berseorangan dalam penglibatan beliau menghasut Kiram untuk meneruskan tuntutannya ke atas Sabah.

Laporan perisikan tentera Malaysia mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Malah, INQUIRER NEWS telah melaporkan, hasil laporan dari perisikan Filipina, salah satu ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim akan bertanding bagi jawatan di Sabah turut terlibat dalam strategi serampang dua mata menghasut Kiram.

Bezanya ... Anwar bertemu dengan Nur Misuari, dan ahli politik pembangkang Sabah ini bertemu Raja Muda Sulu, Raja Azzumudie dalam mengatur strategi berbulan lamanya dalam serangan terancang, walaupun terpaksa mengingkari arahan Presiden Filipina, Benigno Aquino.

Siapakah dia ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim akan bertanding bagi jawatan di Sabah ini ? ...



Sultan Muidzullail T Kiram bersama Dr Jeffrey Kitingan

Tanggal 5 Julai 2012 ...

Perjumpaan sulit di Kota Kinabalu di antara Sultan Muidzullail T Kiram bersama Dr Jeffrey Kitingan berlangsung di suite hotel Le Merridien, Kampong Ayir, Kota Kinabalu.

Dr Jeffrey Kitingan sebelum ini pernah ditahan dinawah ISA (Internal Security Act) kerana disyaki terlibat dalam pengkhianatan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Terjawab sudah siapa ahli politik pembangkang yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim akan bertanding bagi jawatan di Sabah



KERJASAMA 'WIN-WIN SITUATION' ANWAR DAN JEFFREY KITINGAN

Anwar dan Jeffrey Kitingan sudah lama bekerjasama untuk menawan Sabah pada pilihanraya umum yang bakal berlangsung. Anwar tidak mempunyai kekuatan di Sabah. Kerjasama Ketua Umum PKR ini dengan Lajim Ukin lebih banyak menimbulkan masalah kepada kem PKR sehingga secara terus terang menggunakan nama Anwar untuk melobi kerusi Ketua Menteri Sabah.

Jeffrey Kitingan tahu sepak terajang Anwar di Sabah. Dan Anwar tahu, jika Jeffrey Kitingan dan STAR masuk sama dalam pertandingan politik di Sabah, harapan PKR cukup tipis.

Jeffrey Kitingan mula pulas tangan Anwar dengan mengeluarkan kenyataan rasmi mahu parti STAR bertanding lebih dari 60 kerusi di Sabah.

Banyak kerusi, jika ditandingi oleh STAR, SAPP, PKR (DAP/PAS) akan menyebabkan pecah undi yang teruk. BN amat sukar dikalahkan jika pertembungan menjadi lebih daripada 2 penjuru.




Jeffrey Kitingan sekali lagi mencabar kesabaran dan kewibawaan Anwar. Kenyataan beliau dalam Borneo Post ini sudah cukup menggugat Anwar Ibrahim dan PKR di Sarawak.

Sarawakians should stick with the present state government as it is led by local-based parties which have the interest of the people at heart, says State Reform Party (STAR) Sabah chief Datuk Dr Jeffery Kitingan.

He stressed that the people in Sarawak should be grateful that they were still being ruled by the local-based political parties unlike Sabah which is controlled by a peninsula-based party.

“My advice for Sarawakians is this; why should you support the opposition especially the Pakatan Rakyat (PR) which is all made up of peninsula-based parties? The people of Sarawak must learn from our (Sabahans) bitter experiences where most of our interests have been eroded away under the current government,” Jeffery told The Borneo Post here yesterday.

Anwar cukup takut dengan gertakan SABAH FOR SABAHAN, SARAWAK FOR SARAWAKIAN. Parti PKR di Sabah dan Sarawak pun tidak mempunyai kekuatan melainkan bergantung kepada pengaruh DAP.

Satu perkara yang cukup merunsingkan Anwar adalah bagaimana mahu mengurus Jeffrey Kitingan. Ahli politik Sabah ini cukup sukar dikawal. Jeffrey Kitingan tidak makan dengan 'OFFER DUIT'. Ini yang buat Anwar lemah.

Isunya bukan duit. Anwar tahu bagaimana untuk mencari dana seperti yang beliau lakukan terhadap Lajim Ukin. Anwar tahu HARGA Lajim Ukin. Jeffrey Kitingan TIDAK ADA TANDA HARGA.

Strategi terbaik adalah mengadakan kerjasama 'Win-Win Situation' bersama Jeffrey Kitingan. Cara terbaik adalah menggunakan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah. Anwar tahu Jeffrey Kitingan mempunyai hubungan yang baik dengan Sultan Muidzullail T Kiram.

Strategi serampang dua mata digunakan dalam isu tuntutan ini.

Anwar bertemu dengan Nur Misuari ... Dr Jeffrey Kitingan bertemu Sultan Muidzullail T Kiram.


sumber : klik


REUTERS & MANILA TIMES
INQUIRER NEWS



23 comments:

blues malaya blues said...

kerana seekor lalat membawa najis habis sebelanga lauk dibuang, manusia bernama anwar dan jeffry kalau boleh di tangkap sumbat dlm penjara. malaysia dah aman kenapa perlu ada pencerobohan yg terancang yg di atur oleh org kita sendiri. pengkhianatan terancang yang akhirnya menjadikan negara dalam huru hara...tak perlu bertoleransi dengan mereka ini, satu tindakan drastik wajib diambil oleh kerajaan trrhadap pengkhianat ini sepertimanayg pernah dilakukan oleh mantan PM iaitu DR M.Tidak salah kalau kita kehilangan dua ekor monyet dripada kita kehilangqn sebuah negara yang mempunyqi berjuta jiwa bernama manusia.

Jijan Mali.... said...

Aku harap PDRM,KDN dan Menteri Amaran memulakan penyiasatan. Janganlah tunggu orang buat report polis baru nak siasat, itupun tah dia buat ke tidak. Sungguh tak efficient KDN sekarang ni aku tengok. Prestasi jatuh merudum berbanding waktu yang lepas.

Anonymous said...

Wahai Anuar & Jeffry, cepatlah saman Utusan dan Akhbar Philipina... buktkan kau tak terlibat, rakyat dah tak sabar nak tau kebenaran...

Anonymous said...

Proses menjadikan Sabah dan Sarawak kawasan bergolak seperti Selatan Thailand dan Selatan Filipina bermula.

Keupayaan itu di dokong oleh MNLF yang gagal dalam perjuangan di Filipina kini di janjikan sasaran baru atau 'rumah baru'.

Permasaalahan begini akan melembabkan proses kemajuan lain dan merosakkan banyak hal dalam banyak bidang.

MNLF yang di beri semangat dengan duit dan senjata pasti rela melakukannya.

Raja Sulu hanya lah alat.

Apa yang berlaku ini adalah semata mata untuk provokasi pejuang selatan Filipina menumpukan sasaran terbaru iaitu Sabah.

Anonymous said...

LEPAS KERAJAAN TAK DAPAT UNDI 2/3...SUDAH MACAM2 ANASIR DAN ANCAMAN LUAR NEGARA MASUK..RAKYAT DALAM MALAYSIA PUN SUDAH BERANI MENGKHIANATI NEGARA..MUNGKINKAH KEAMANAN MALAYSIA AKAN HANCUR SELEPAS RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERSYUKUR DENGAN KEAMANAN YANG SEDIA ADA?...MUNGKIN PATUT UBAH MALAYSIA DARIPADA AMAN KEPADA TIDAK AMAN SEPERTI YANG DILAUNG-LAUNGKAN PEMPIMPIN PR "UBAH MALAYSIA"

Anonymous said...

menteri AMARAN dlm negeri berkata.....errr...saya beri AMARAN!! kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal keselamatan dlm negeri....

errr..Amaaran yer???? sampai dah tergadai nyawa pun nak bagi amaran lagi yer???

Anonymous said...

Aku sebenarnya menyampah dgn KDN.
Inilah akibatnya bila kita beri kepada BAPOK yg menjadi Menteri.

Selayaknya Bapok ni pegang hal ehwal Wanita. Bersesuaian dgn Jiwanya.

Aku mintak gempur sahaja kumpulan ini, tembak sampai mampos puak2 haram jadah ni. Tangkap kepala mereka dan desak atas arahan siapa mereka lakukan. Aku memang percaya 100% disebalik ancaman ini ada dalang atau pengkhianat yang merancang segalanya.

Kita semua sedia maklum tidak ada manusia pengkhianat selain dari pemimpin PKR. Kenapa harus diberi muka??..takut akan pengikutnya??..apa ada dgn pengikutnya??..kalau mereka memberontak, kenapa kita tidak boleh?. Mereka ada berani ker?..Aku gerenti 1000% kalau Anuar ditangkap mereka yg berada dibelakang hanya akan menjadi anjing yang tidak bergigi...sekadar menyalak sahaja.

Semua sedia maklum, mereka hanya mengganas bila tidak disentuh, kalau disentuh maka bertaburan macam lipas kena racun serangga...

Anonymous said...

Salam Tuan Tanah, andainya tiada keberatan dan jika difikirkan layak sudilah Tuan add kan blog saya ditaran inihttp://kembalakenterprise.blogspot.com

sofeeabu said...

Sebenarnya aku tak suka politiks tapi terpanggil lps hal sabah ni.....
Rasanya inilah masanya segala peruntukkan undang2 diguna sepenuh keatas petualang negara...... Jgn pilih bulu siapa sahaja terlibat, ada bukti jalan terus. Pastikan tiada yang terainaya.
Kalau hukuman mati mandatori boleh dikenakan aku rasa tidak keterlaluan. Lets the lawmakers work on it.
Nak tuduh siapa aku tak ada bukti, buat dosa aje...... Tapi org tak berhati perut macam dalang-dalang mesti terima padahnya........so yg lain fikir berjuta kali sebelum buat kerja binatang ni.....
Terasa seperti kehilangan ahli keluarga sendiri bila security personnels gugur.....Alfatihah dan takziah.

Anonymous said...

tangkap tangkap....humban humban..bangsat bangsat...simpan dlm sungai buloh je Juburi ni...

Anonymous said...

Nazri Aziz je bagus ganti Hisham...baru tahu siapa Taiko...

Anonymous said...

Jangan termakan dgn fitnah..jika tiada bukti kukuh jangan berasa bangga menyebarkan maklumat anda.. kalau betul ada perjumpaan sulit kenapa mesti buat di kota kinabalu..atau takan dorg bodoh sgt siap ambil gambar lagi..gambar ini sudah di superimpose...Apa pun..lambat laun akan diketahui juga dalang disebaliknya..saya tetap tidak mahu mengundi UMNO lagi..cukup3...

Anonymous said...

Undi la yg tuan nak undi ...hak tuan ...agama bangsa dan negara lebih penting dr diri sendiri ....sandiwara kononnya ...jgn lupa keamanan yg kini dinikmati akan hilang dek cita2 ...matlamat TIDAK menghalalkan cara ....fikir la generasi baru...

Anonymous said...

Bila bg gambar semua macai umnongokk percaya bulat2... Haha... Bodoh bertingkat2.. Sebab tu x maju2.. Puihh..

Anonymous said...

Bangsat Anonymous 9:28 & 11:50 tak ada semangat kenegaraan, dah ada bukti dari kedua Negara pun masih tak mahu percaya

Anonymous said...

9:28 ....2:50 x dpt faham maksudnya

Anonymous said...

9:28, 2:50... Apa ke bebal kamu berdua? Dh puak2 pengganas tu siap sebut nama si nuar juburi.. Fitnah apenya?... Nk ckp najib rancang semua ni??? Sanggup ke puak2 pengganas ni lihat berbelas saudaranya mati kerana ikutkan kata najib? Tak ke bangang????? Depa x bangang mcm kamu....

Anonymous said...

9:28, 11:50... Apa ke bebal kamu berdua? Dh puak2 pengganas tu siap sebut nama si nuar juburi.. Fitnah apenya?... Nk ckp najib rancang semua ni??? Sanggup ke puak2 pengganas ni lihat berbelas saudaranya mati kerana ikutkan kata najib? Tak ke bangang????? Depa x bangang mcm kamu....

Anonymous said...

Ini lah jadinya bila ISA dihapuskan..sbb tu ler puak-puak Pakatan terutama DAP beria-ia mahu ISA dihapuskan..tujuannya adalah bila tak ada ISA maka bila hal mcm ni berlaku kerajaan akan sukar utk betindak..kalau masih ada ISA mcm dulu sure da ada yg kedalam..terutama Jeffry Kitingan tu...dulu dia pernah rancang nak bawak sabah kuar dari Malaysia..kena ISA terus senyap kejap..then masuk PKR joint nuar sblum kuar dan buat STAR..so kalau nak salahkan UMNO pun ada benar gak..sbb 2 PM UMNO lepas Tun Dr M lemah maka mereka dengan rela menghapuskan Undang-undang yg menjadi tulang belakang kepada keamanan negara sebab tak tahan dengan desakan pembangkang yg sedia mempunyai strategi jangka panjang utk menjahanamkan negara...nasik dah jadi bubur skrg..

wanyee said...

penyokong2 PR semua kalau kata ada pelajaran memang ada tapi akal dikuasai nafsu sebab tu jadi BODOH DARI BINATANG ada akal x pakai,..bukan aku kata NIK AZIZ yang kata(BR1M)

WANYEE said...

KEMBALIKAN ISA...SAYA SANGAT SETUJU.. ITU PENDAPAT SAYA SAJA, SAYA KURANG PELAJARAN KALAU SALAH TOLONG JELASKAN,TERIMA KKASIH.

Anonymous said...

Meradangnya bila terkenang polis dan tentera terkorban, cedera dan cacat krn dalang tu. Patutla anuar digelar dajjal mata lebam sebelah.

yanmaneee said...

yeezy 500
curry shoes
yeezy
moncler
golden goose
yeezy shoes
hermes
jordan shoes
jordan shoes
goyard