Tuesday, March 5, 2013

Pasukan keselamatan negara melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu sekitar jam 7 pagi tadi - KLPOS, 5 Mac 2013.


Pasukan keselamatan negara melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu sekitar jam 7 pagi tadi.

Rosiah Dahalan dan anak-anak Allahyarham Ibrahim Lebar tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu jenazah yang tiba di Lapangan Terbang TUDM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rundingan bersama kumpulan tersebut telah dibuat melalui pertemuan antara pihak Malaysia dengan kumpulan tersebut bagi mengelakkan pertumpahan darah namun gagal mendapat kata sepakat.

Mokhtar Mohd Sharif menenangkan Muiah Salim yang tidak dapat menahan sedih berikutan kematian anak bongsunya, Sarjan Abd Azis Sarikon


"Pihak polis sudah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

"Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tegas Perdana Menteri, kerajaan harus mengambil tindakan sewajarnya bagi menuntut maruah dan kedaulatan negara.

Ibu mendiang Michael Padel, Elizabeth Inat Rau dan kaka mendiang tenang dengan insiden yang meragut nyawa insan yang tersayang


Tambahnya lagi, Malaysia sebagai negara Islam cintakan keamanan dan memperjuangkan penyelesaian sebarang masalah secara rundingan namun, usaha untuk mengelakkan pertumpahan di Lahad Datu tidak berjaya.

"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka," kata Najib.


sumber : KLPOS



Psssttt ... Tian Chua kata semua ini sandiwara ... semua ini 'mati katak'.



0 comments: