Friday, March 22, 2013

kalau ada seorang pemimpin yang mampu dan pemimpin tersebut kebetulan mempunyai kecenderungan seksual yang pelbagai, so what?




Persoalan yang kita patut tanyakan, adakah rakyat lebih rela mempunyai pemimpin yang korup dan hanya menggunakan jawatan dan kedudukan masing-masing untuk kepentingan sendiri berbanding dengan pemimpin yang jujur, ikhlas serta sanggup keluar masuk penjara demi membela nasib rakyat tapi hanya mempunyai sedikit kelemahan dari segi kecenderungan seksualiti?

Tapi di negara ini lain.

Tidak ramai di kalangan pemimpin politik yang mempunyai kemampuan untuk memimpin negara ini menjadi sebuah negara yang lebih baik dari sekarang, sebuah U-topia dunia yang diidam-idamkan rakyat di negara-negara yang sekelas dengan kita.

Negara dimana sebahagian besar pendapatannya dibelanjakan untuk subsidi dan kesenangan rakyat, rasuah dihapuskan dan sebagainya.

Maka itu, kalau ada seorang pemimpin yang mampu dan pemimpin tersebut kebetulan mempunyai kecenderungan seksual yang pelbagai, so what?

Pemimpin yang punyai kecenderungan seperti itu adalah 100 kali lebih baik berbanding pemimpin yang straight tapi bergelumang dengan korupsi, penyelewengan dan rasuah.



Laman ini berpandangan, kecenderungan seksualiti adalah hak individu dan pilihan masing-masing yang telah ditentukan Tuhan, tidak ada apa yang dapat mengubah hakikat tersebut.

Untung dan bertuahlah kepada pemimpin yang mempunyai kecenderungan seksual yang normal, tapi kalau ada pemimpin dengan kelainan yang disebabkan apa-apa jua keadaan, rakyat perlulah menerima keadaan tersebut dengan seadanya.

Nukilan ini terhasil setelah laman ini melihat serangan berterusan ke atas kecenderungan seksualiti Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi menjelang pilihanraya umum akan datang dan kami yakin tidak akan berhenti. Daripada buang masa membuat penafian yang tidak ada kesudahan, kami rasa lebih baik rakyat belajar menerima keadaan tersebut yang telah ditetapkan Tuhan.




Ini adalah artikel yang diambil 'sebijik-sebijik' dari sebuah laman blog pembangkang ... Klik KEDAHLANIE.INFO

Rakyat dan umat Islam secara khususnya, perlu memahami dan berfikir secara waras, tujuan sebenar artikel ini dikeluarkan dari sebuah laman blog pembangkang.

Firasat GWM, artikel yang TERPAKSA dikeluarkan ini, mempunyai hubungkait dengan rakaman video yang telah dikeluarkan oleh sahabat blogger PAPA GOMO semalam.

Cukup-cukup terdesak pembangkang ...

Yang akhirnya TERPAKSA mengakui Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat yang mengamalkan seks bebas dan seks rambang ... BISEKSUAL.

Amat mustahil artikel sebegini dikeluarkan jika AGENDA dan MOTIF terakhir pembangkang adalah ... MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA SEORANG PENGAMAL SEKS BEBAS.



Satu perkara yang cukup menarik perhatian adalah laman blog ini sering mengungkapkan Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang suci dari noda dan dosa KORUP, KRONISME, NEPOTISME, dan RASUAH.

Persoalan yang kita patut tanyakan, adakah rakyat lebih rela mempunyai pemimpin yang korup dan hanya menggunakan jawatan dan kedudukan masing-masing untuk kepentingan sendiri berbanding dengan pemimpin yang jujur, ikhlas serta sanggup keluar masuk penjara demi membela nasib rakyat tapi hanya mempunyai sedikit kelemahan dari segi kecenderungan seksualiti?

Barangkali penulis laman blog KEDAHLANIE.INFO ini masih muda remaja dan jahil dengan pemimpin yang diangkat sebagai ANUGERAH TUHAN oleh isterinya ... kononnya terpelihara dari dosa dan noda KORUP, KRONISME, NEPOTISME, dan RASUAH.


Senarai kroni-kroni Anwar Ibrahim sewaktu berada dan menguasai UMNO, sebagai Menteri Kewangan Malaysia ...

DATUK KAMARUDDIN JAAFAR (PAS) - Tiga buah projek (RM11.319 Bilion) : Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. Memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

DATUK IBRAHIM ABDUL RAHMAN (bapa Anwar), FARIZAN IBRAHIM, MARZUKHI IBRAHIM (adik beradik Anwar) - Memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.

DR RAHIM GHOUSE (penyokong kuat Anwar) - projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion.

Klik, untuk senarai-senarai 'ANWAR BAPA KRONISME DAN NEPOTISME MALAYSIA'



Inilah MODUS OPERANDI pembangkang, demi mengangkat dan menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Rakyat diajak, diseru dan dipaksa untuk menerima seorang Perdana Menteri gay dan biseksual.

Persoalannya, sanggupkah rakyat negara ini terutamanya umat Islam menerima seorang Perdana Menteri yang mengamalkan gaya hidup gay dan biseksual ?

Sorry ... Gua tak sanggup ! .... Lu orang sanggup ?



5 comments:

Unknown said...

http://cartakebenaran.blogspot.com/2013/03/malaysia-bankrap.html

Harimau Kumbang said...

Amanah Allah di khianati macam mana pulak ?
Bapak Syaitan @ Dajjal tu mana ada sifat amanah dalam diri nya..Kalau dia pegang kuasa akan hancur lah generasi Melayu Islam di Tanah Melayu ini...maka merempat kebulur lah anak cucu cicit kita nanti..
Terlajak perahu boleh di undur..terlajak pangkah hancur lebur negara..

sayalurusbendul said...

Saya takkan nak pemimpin sebegitu.

Sejak azali lagi dia menidakkan yang dia mempunyai kecenderungan songsang, bermati-matian menidakkan, tuduh semua konspirasi UMNO dan barisan, Mahathir zalim bagai.. mcm mana nak percaya dgn pemimpin mcm tu? Tuding jari kat orang, tak mengaku dan tak ikhlas dengan diri sendiri, memburuk-burukkan orang lain. Kalau negara bankrupt dan rosak pun tuding jari kat orang. "Ini semua salah UMNO/BN sebab lama sangat memerintah, bagi negara bankrupt pada saya".. haih...

usin said...

di 'kedah la ni' dh boleh terima pengamal sodomy sebagai pemimpin? bila pas pimpin kedah, rakyat dh semakin maju. bravo la pas, sial...

Anonymous said...

lucu betul la pembangkang ni... tuduh negara nak muflis pasal BN tp bersungguh2 nak sgt ambil putrajaya..dah beberapa kali dah PRU citer yg sama je negara nak muflis dan bankrap tp tak jua jadi2.. setahu aku la tak pernah wujud mana2 org nak ambil beban hutang muflis yg org lain buat.. nampak sangat negara ni memang tak muflis sebaliknya kerajaan BN menjadikan negara ini sgt kaya dan makmur.. tu yg puak2 pembangkang terkinja2 nak sangat tawan putrajaya... nak sebat harta negara ni yg ada la..