Saturday, March 30, 2013

DAP terajang PKR, PKR sepak PAS, PAS flying kick PKR, PKR terajang DAP ... RAKYAT DAH MULA KETAWA



SEPAK TERAJANG PERTAMA


Pahang tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Bentong jika DAP enggan bertolak-ansur untuk menyerahkan dua kerusi DUN sebagai pertukaran, kata Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Keputusan itu kata Anthony Loke (Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP), telah mendapat persetujuan dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tanya YB (Anthony Loke), comel tak dia datang ke Bentong rumah saya, dia cakap awak tolong keluar, dan saya hendak rumah awak? Jadi patut tak dia buat macam itu?," katanya

"Saya tidak mahu cakap banyak, nanti saya keluarkan perkataan tidak elok. PKR akan terus pertahankan kerusi Bentong".

"Dari segi kita (PKR Pahang), kita pertahankan keputusan kita, kalau dia hendak kerusi Parlimen Bentong itu, jadi maknanya kita akan ambil dua kerusi DUN (Ketari dan Tanah Rata) itulah," katanya.



SEPAK TERAJANG KEDUA


PAS kawasan Bagan Serai akan meneruskan tuntutan kerusi parlimen Bagan Serai dan DUN Alor Pongsu, kata Yang Dipertuanya, Ramli Tusin.

Menurutnya, perjuangan untuk menuntut 'hak' mereka masih belum selesai walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan Pengerusi PKR Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty sebagai calon parlimen.

"Kita akan perjuangkan isu ini di peringkat negeri dan Pusat sehinggalah keputusan dicapai setelah Parlimen dibubarkan," katanya kepada Sinar Harian.



SEPAK TERAJANG KETIGA


PKR akan tetap mempertahankan kerusi DUN Bandar dan memastikan calon parti itu bertanding di kerusi tersebut bagi mewakili Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 13.

Timbalan Pengerusi Majlis Pinpinan PKR Terengganu, Abd Rahman Yusof menegaskan pihaknya tidak akan 'memulangkan semula' kerusi tersebut kepada PAS yang menyerahkan kepada PKR pada PRU 2008, sekalipun PAS mendakwa ia kerusi asal parti tersebut.

PKR turut menyuarakan kesungguhan mempertahankan DUN Bandar apabila Abd Rahman sekali menegaskan tidak akan memberinya kepada PAS, sekalipun PAS mahu menggantikannya dengan kerusi lain.



SEPAK TERAJANG KEEMPAT


Bustaman yang bertegas ingin bertanding atas tiket Bebas menimbulkan keresahan Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang disifatkan akan memecahbelahkan pola pengundi justeru melemahkan perikatan Pakatan Rakyat (PR) antara PAS, PKR dan DAP.

Tindakan Bustaman jelas menunjukkan ketidakpuashatian kepada pemerintahan PKR di DUN Guchil sejak 2008 yang dilihat tidak mengambil berat mengenai perihal penduduk DUN tersebut.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) menegaskan hanya akan bertanding atas tiket PR sekiranya beliau dibenarkan bertanding bagi mewakili PAS dan bukannya diberi kepada calon PKR.

Tambahnya, PKR tidak relevan di Kuala Krai mahu pun di Kelantan.



SEPAK TERAJANG KELIMA


Pas Johor menasihatkan PKR dan DAP supaya membuat rundingan bagi mewujudkan ‘situasi menang-menang’ melibatkan perebutan kerusi Dun Johor Jaya.

Ia susulan desas-desus bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang ingin bertanding kerusi itu selain Parlimen Gelang Patah walaupun Dun Johor Jaya merupakan milik PKR selepas Parti Rakyat Malaysia (PRM) memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian.



Hmmm ... saling tak tumpah macam filem dibawah ini.



Aku kerat kau, kau kerat aku ... Aku sembelih kau, kau sembelih aku ... Aku liwat kau, kau liwat aku.

Rakyat yang bijak dan matang mula ketawa pecah perut dengan lawak jenaka sepak terajang DAP, PKR dan PAS.


Baru dua minggu ... dah ada 5 sepak terajang. Hua Hua Hua ...





0 comments: