Pemimpin Sulu dakwa tindakan M'sia keterlaluan - MALAYSIAKINI, 5 Mac 2013
Pemimpin Sulu dakwa tindakan M'sia keterlaluan
Pemimpin Sulu dakwa tindakan M'sia keterlaluan
Pemimpin Sulu dakwa tindakan M'sia keterlaluan
Pemimpin Sulu dakwa tindakan M'sia keterlaluan
Pemimpin Sulu dakwa tindakan M'sia keterlaluan
9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.
9.45am: Menurut ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.
9.55am: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.
10.15am: Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com - portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.
10.17am: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya.
11am: Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis.
Menurutnya, tindak tanduk "yang berhemah" tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.
11.50pm: Seorang wartawan ABN-CBS memuatkan gambar penunjuk perasaan membakar gambar menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan presiden negara itu, Benigno Aquino.
11.54am: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.
12.44pm: Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.
1pm: Dalam satu lagi laporan pada 12.43pm, Philippine Daily Inquirer melaporkan dakwaan Azzimudie, yang mengetuai kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu memberitahu jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani bahawa mereka sedang "beristirahat".
Mungkin ramai yang tidak memahami cara pemberitaan dan taktik 'cywar' Malaysiakini memperlekehkan kerajaan dan anggota pasukan keselamatan Malaysia. Rakyat perlu mengetahui cara 'memperlekehkan' kerajaan yang dilakukan oleh portal pembangkang ini.
1) Perhatikan tajuk atau 'headline' dan tanda-tanda biru dan merah.
2) Perhatikan artikel ... tindak tanduk "yang berhemah" tersebut.
Majoriti (tanda merah) artikel yang diambil adalah dari kenyataan penceroboh dan pembunuh anggota pasukan keselamatan negara melebihi pemberitaan (tanda biru) yang diambil dari sumber-sumber agensi berita nasional dan tanah air.
Tajuk sudah cukup menggambarkan tindakan yang diambil oleh Angkatan Tentera Malaysia seolah-olah kejam, tiada perikemanusiaan, tidak berhemah malah tidak professional.
Begitu juga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Najib ... tindak tanduk "yang berhemah" tersebut.
Ini adalah 'cywar' portal Malaysikini menggambarkan arahan serangan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri sebagai tidak berfikir panjang serta tidak memikirkan sebab musabab (action and consequences) bagi menimbulkan persoalan dan kemarahan tindakan yang diambil.
Namun begitu, mujurlah pemberi-pemberi komen dalam artikel ini yang menyokong tindakan Perdana Menteri dan Angkatan Tentera Malaysia.
Klau boleh, ditangkap tanpa menembak mereka, sbb mereka saudara sesama Islam. Klau x boleh, lakukanlah apa sj, 'dharurat menghalalkan yg dilarang' (kaedah feqah)...
Pd RAMD kem pengkalan chepa klantan, tahniah krn terpilih menjayakan misi. Tunjukkan kehebatan oghe klate deh! Semua laskar & polis yg terlibat, sila niat utk mengekalkan keamanan krn Allah, pasti dpt pahala. Mengekalkan keamanan & kestabilan adalah juga tuntutan agama...
Selamat pergi dan selamat kembali buat para perajurit negara .
kalau boleh mati disana, mati syahid..tinggal anak bini tak apa..syurga menunggu,,ikhlas kerana ALLAH , berjuang lah kerana Allah, jangan kerana nafsu..dan dunia..Allah tahu apa yg kita buat..duni sementara akhirat selama2nya..
Badrul Hisham Abdul Hamid ..lepas tamat opearsi kita jejak musush2 yg menyerang negara kita dan berikan hukuman yg setimpal kerana membunuh wira2 kita!Kerajaan Filipina mesti serahkan Sultan Sulu kepada Malaysia kerana memulakan pertumpahan darah ini!!
jamalul kiram dan konco2nya harus di hukum bunuh....
jom hadir beramai ramai, doakan keselamatan anggota ATM/PDRM dan keadaan kembali aman
diorng serang semasa waktu dh cerah sbb nak tunjukan bahawa ASKAR MALAYSIA BUKANNYA ASKAR YANG PENGGECUT..
ASKAR KITA SEMEMANGNYA HEBAT..
pakatan dan politik memang tidak dapat dipisahkan....solat pon dipolitikan, isi keselamatan pon dipolitikkan, isu haji pon dipolitikkan, isu anak gagal spm pon dipolitikkan, bagi bantuan pon dipolitikkan, senang cite semuanya BN YG SALAH
Lantak la nak pi serang pukul brape pun!!! yang penting pasukan negara dah bertindak , lima papah tak nak pi serang sekali ke ..hehehehe
skrg ni semuanya pakar keyboard.. sesungguhnya hanya warga PDRM & ATM yang benar2 tahu strategy yang diaturkan buat negara tercinta.
Pastikan rakyat-rakyat yang tidak berdosa diselamatkan, terutama sekali penduduk tempatan.
Tahniah kerana akhirnya Malaysia bertindak balas terhadap pencerobohan. Semoga diselamatkan semua yang berjuang untuk tanah air dan ditumpaskan pengganas dan penceroboh dengan segera. Malaysia telah cukup berlembut dgn mereka.
Banyak lagi dan majoritinya memberikan komen positif terhadap tindakan yang diambil oleh kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia.
Namun rakyat harus sentiasa waspada dengan permainan politik pembangkang yang menggunakan portal-portal seperti Malaysiakini, yang secara jelas mahu membangkitkan kemarahan rakyat.
Mengapa diletakkan tajuk atau headline - Pemimpin Sulu dakwa tindakan M'sia keterlaluan ... sedangkan rakyat sudah menyaksikan sendiri kekejaman dan kedegilan keturunan Sulu ini yang terlebih dahulu memulakan provokasi dan serangan terhadap anggota pasukan keselamatan Malaysia.
Home
»
Anwar Ibrahim
»
DAP
»
Pakatan Haram
»
PAKATAN RAKYAT
»
PAS
»
PKR (Parti Khianat Rakyat)
» LATEST UPDATE LAHAD DATU ... Malaysiakini Beri Gambaran ANGGOTA TENTERA KEJAM, TIADA PERIKEMANUSIAAN
Tuesday, March 5, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Mula-mula kata berani sangat. Bila kena dua bijik bom kecut teloq. Kah..kah...kah...Tu baru dua bijik. Hangpa samseng sangat. Apa beza Amerika bagi bom atom kat Jepun dulu. Pasai Jepun samseng sangat. Lain kali jangan cari pasai. Nak buat pikiaq habis-habis. hang pi dengaq cakap orang had dah tak terpakai di Malaysia ni pasai apa.
Hoii...Malaysiakini jgn melampau...kau nak rasa apa makna kejam...kau bakar lah hati orang Melayu hari hari...
Yang peliknya puak PR ni 'berangan' nak tadbir Malaysia... pastu sekarang dok perlekeh anggota keselamatan.
Depa ingat, kalau mereka dapat Putrajaya ...nauzubillah... anggota keselamatan yang ada ni depa dapat tukaq..???
Dok highlight apa yg pengganas tu dok tuduh... yg depa buat kat perajurit kita..'berhemah' ka..???
Dasar pembangkang BODOHhhhhh!!!!
dan jugak dah sampai masa untuk "bawak masuk kedalam" semua musuh2 dalam selimut. menteri KDN apa lagi, bila nak pakai kuasa . Masa berkuasa ni lah pakai. Tunggu tak da kuasa dah tak boleh buat apa2 dah.
Malaysiakini adalah barwa Kiram III Sulu dan orang-orang yang dibelakangnya termasuk jika ada dalang dari Malaysia. Semoga orang begini akan diberi balasan setimpal dari Allah.
Mereka tidak tahu menjaga perasaan ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban.
Bila x serang d kutuk
Bila dah serang d kutuk jugak
Dey ko nak apa sebenarnya machaaa!!!???
bangang punya akhbar, bila tentera berlembut dikatakan lambat ambil tindakan, pastu tanya mana pergi peralatan tentera yg canggih tu, tapi bila tentera ambil tindakan kata pula tentera kejam, memang dasar pengkhianat!!!
Bagi pihak Malaysia dah habis berlembut dan bersabar, ajak selesai secara aman. Tapi dah jelas mereka ini memang bodoh dan kurang ajar, dan memang patut diajar. Mereka ingat, mereka terlalu handal,menuntut macam-macam ilmu pertahankan diri. Mereka berani bunuh orang kita, dan bunuh lagi. Bila pihak tentera serang mereka betul-betul, baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Sebenarnya merekalah yang zalim, dan kurang berfikir sebelum bertindak atau membuat sesuatu keputusan. Seperti kata Melayu lama, "Ikut cakap enggang, makan buah belolok. Ikut cakap orang, terjun ke dalam lubuk." Inilah akibatnya kalau tidak menggunakan akal yang waras untuk berfikir. Ramai orang yang suka nak berperang. Hakikatnya, mereka tiada pengetahuan dan tidak mengerti apa itu berperang. Lantas mereka anggap, ia cara mudah untuk mati syahid, tanpa memikirkan orang lain, anak dan isteri mereka, ibubapa mereka. Sedangkan mati syahid itu bukan semudah disebut. Perangai atau akhlak mestilah elok. Berhutangpun mati syahid boleh tergantung. Hanya orang gila sahaja yang suka berperang. Ketahuilah saudara, di dalam peperangan yang paling kasihan ialah orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak. Walhualam.
hidup perajurit kita...ayuh gempur musuh celaka..moga Allah rahmati dan pelihara kalian..Amin..
Terang2 benda ni politik....sekali dah ada yg meninggal baru cepat nak bagi penjelasan...nyawa rakyat kalau sebolehnya jgn dipolitik kan utk kepentingan diri sendiri...ingat tanpa rakyat tdk terbentuk sebuah Negara...
penceroboh ni tade akal , Allah da bagi akal yg sempurna pon xbole nak pikir baik baik .. sekarang dia yang bunuh orang malaysia dulu , apa ingat bunuh bunuh ni berlakun kee ? bole mati skejap then hidup balik , alahai .. salah orang lah .. nasib baik lah saya perempuan , kalau tak .. dah lama balas .. tapi apakan daya , serah kpd Allah , dia yang maha kuasa <3
Yes, i believe that these chicken keyboard warriors are all over to talk and condemn only. Try joining the armed forces la, if you can't let your kids do. Why? You are scared that they might get hurt or die while other enjoys and benefited? This country is where you belong. But yet, you want to make money, become bosses, businessman and reap tonnes of moneys and assets for yourself. You wanted your kids to follow your footsteps too! Don't give me that alasan gaji kecik la, tak berbaloi la, etc. Or whatever. It is worth it to serve the country unless you are thinking otherwise. I guess that you have realised that your numbers are low when it comes to be part in the government services but you are always interested in businesses and politics or being hipocrite when there are contracts and money involved.
Post a Comment