Agak puas mencari kembali 'status posting' di atas dari laman facebook Nur Misuari. Barangkali keghairahan memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim, bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) nyata tersilap langkah dan menjerut diri.
Mengapa perlu Nur Misuari memasukkan di dalam entri laman sosial Facebook beliau tanda sokongan kepada Anwar berhubung dakwaan liwat ?
‘We happy that the innocent are vindicated and that truth and justice should always prevails’ ... merujuk kenyataan Azlan Mohd Lazim.
Kita jangkakan kesilapan atau kekhilafan ini perlu ditutup dengan pantas sebelum menjadi isu yang lebih besar. Hairan melihat 'status posting' tersebut 'ghaib' dalam sekelip mata.
Barangkali beliau telah dihubungi oleh pihak-pihak tertentu untuk segera memadamkan entri tersebut ... Kantol!
Nur Misuari nyata semakin terperangkap ...
Malaysia bukan sahaja bimbang dengan niat Misuari terhadap Sabah, di mana beliau masih mempunyai ratusan pengikut setia, tetapi turut bimbang dengan perhubungan terbaru dengan tokoh pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim, yang dianggap sebagai "kenalan lama" oleh Misuari. - WIKILEAKS, 11 MAY 2007.
Pendedahan dari Wikileaks semakin menjelaskan hubungan baik beliau dengan Anwar Ibrahim malah menjelaskan dendam kesumat gagal merampas Sabah dari Malaysia. Ditambah lagi dengan beliau diserahkan kepada pihak berkuasa Filipina pada Januari 2002.
Dalam tempoh beberapa minggu ini, rakyat disajikan dengan kenyataan Nur Misuari yang cukup berbelit-belit.
1) Menafikan terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.
2) Dalam pada masa yang sama mahu menghantar tenteranya membantu pengganas Jamalul Kiram III yang semakin tertekan.
3) Cuba mengaitkan nama DS Najib dengan kehadiran pengganas Jamalul Kiram III sebagai jemputan oleh kerajaan Malaysia.
Perlu diingat, Nur Misuari kini hanyalah bekas pemimpin MNLF. Beliau juga adalah bekas Gabenor Wilayah Autonomi Mindanao yang telah ditolak oleh rakyatnya atas kegagalan membangunkan wilayah kelahirannya. Malah turut dikaitkan dengan amalan rasuah dan didakwa hanya mengutamakan kepentingan diri.
Anwar Ibrahim masih terus diam membisu. Yang hanya mampu dilakukan pada waktu ini adalah menjemput Azlan Mohd Lazim untuk menyertai PKR agar senang dijaja bapa Saiful Bukhari ini bagi menyelamatkan karier politik dan mengalih perhatian dari isu Lahad Datu.
Anwar hingga kini masih belum menjawab persoalan yang menjadi tanda tanya sebilangan besar rakyat berhubung tragedi berdarah di Lahad Datu ...
1. Mengapa Anwar begitu ghairah berulang kali menyentuh soal Sabah akan hilang?
2. Apakah yang beliau bincangkan semasa pertemuan dengan Nur Misuari?
3. Terdapat pemimpin PKR lain yang turut menemui pihak tertentu di selatan Filipina?
4. Dakwaan beliau terlibat dalam tragedi berdarah sebagaimana dilaporkan MANILA TIMES, ABN NEWS, PHILLIPINE DAILY INQUIRER dan REUTERS?
5. Pencerobohan pengganas Jamalul Kiram III dikaitkann dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak?
Sampai bila lu mahu diam Anwar ... takde telor ke nak jawab.
9 comments:
ngam la tu pencuri jumpe penyamun....
ngam la tu pencuri jumpe penyamun....
Peliwat/Perompak/Pengkhianat/Pendusta jumpa Penyamun.... :-)
Lu banyak tanya nanti gua saman you!!! Nampaknya dia kena saman ramai orang lagilah untuk belanja pilihanraya ni. GO TO HELL ANWAR!!
--Ganasnyer--
jom kita kumpul 10000 ribu orang buat dakwaan pada nuar agar dia saman kita semua .. amacam .. jom .. nak tengok saman world geuniess book of record..
Pengkhianat agama, bangsa dan negara!!!! Semoga Allah selamatkan kita dari manusia keji ini...
pasal apa tian chua kita dok kejar yg si pertualang sebenar ini kita hanya dok gertak je...jomlah kita buat sesuatu ...
Itu la sebab sy benci politik......
bebual kosong minum kopi je...semua setan...semua duit...puihhh....
Post a Comment