Monday, March 11, 2013


AIDC Kena Hack Sebab Dedah Bukti Pertemuan Anwar-Misuari


“Satu berita yang tak mengembirakan, AIDC kena ceroboh sekejab tadi, “lapor webmaster kepada saya jam 10 malam, 10 Mac.

“Tapi saya sempat back up semua, ambil masa dua tiga hari untuk up balik,” katanya lagi.

“Sempat back up posting terakhir saya bertajuk, ‘Lebih 2 kali Anwar bertemu & Berbual dengan Misuari, ?” soal saya.

“Bila posting ?” Soalnya.

“Sekejap tadi, jam 9 malam, 10 Mac,”jawab saya

“Oh tak sempat. Ingatkan AIDC tak up date hari Ahad, saya hanya sempat back up semula jam 3 pagi semalam,”jawabnya.

“Oh..patut lah,” jawab saya yang memahami sebab musabah laman ini diceroboh serta merta kerana sebelum ini, sebelum kena hack, saya sempat meluluskan beberapa komen yang terkejut dengan pendedahan terbaru itu.

Seorang kawan menghubungi minta salinan artikel bertajuk,”Lebih 2 kali Anwar bertemu & Berbual dengan Misuari,”, saya jawab tidak ada sebab webmaster pun tidak sempat buat salinan.

Saya tidak terkejut dengan cubaan memadamkan laman AIDC oleh pihak-pihak tertentu itu kerana awal tahun lalu mereka telah melakukan perkara sama iaitu hack email aidceditor@yahoo.com menyebabkan saya terpaksa membuat email baru editor.aidc@yahoo.com.

Saya pun tidak faham kenapa mereka berusaha menceroboh email lama (aidceditor). Adakah untuk melumpuhkan komunikasi dua hala dengan pengunjung, atau melumpuhkan rangkaian seangkatan dengannya termasuk facebook, yahoogroups dan yahoo messengger ?

Sebelum ini pun bermacam-macam serangan telah dilakukan terhadap youtube anwaribrahimdotcom agar laman audio video itu tidak dapat berfungsi.

Pada saya, jika usaha-usaha serangan yang bertali arus ini ada cubaan untuk memadamkan api perjuangan, saya kira itu adalah langkah yang silap.

Kerana seperti yang saya kata sebelum ini, bukan satu jalan sahaja untuk sampai ke destinasi, ada macam-macam jalan. Seperti air mengalir, sekat di sini, di sana akan mengalir jua.


sumber : NEW AIDC
 

2 comments:

Unknown said...

harap saudara dapat membantu menyebarkan cadangan saya kepada pihak berkemampuan untuk menganjurkan satu perhimpunan raksasa dalam masa segera bagi menunjukkan sayang kita kepada negara. Cadangan saya boleh diikuti dalam
http://cerobohlagi.blogspot.com/2013/03/perhimpunan-raksasa-mendaulatkan-negara.html
Segala bantuan amat dihargai. Terima Kasih

Anonymous said...

Saya mencadangkan seluruh rakyat yang sayangkan negara mengadakan solat hajat, bacaan Yaasin dan Tahlil memohon Allah tunjukkan siapa dalang serangan penjenayah ini dan seterusnya memohon Allah menggagalkan sebarang usaha untuk menghuruharakan malaysia tercinta ini..Mohon para bloggers ketengahkan cadangan ini..Allah lebih berkuasa dari perancangan busuk musuh negara..