Saturday, March 30, 2013

PKR telah menggerakkan NGO-NGO pembangkang menyamar sebagai PEGAWAI SPR kononnya untuk mengajar penggunaan dakwat kekal di seluruh negara.



Pilihanraya umum kali ini bakal menjadi medan paling kotor dalam sejarah Malaysia.

PKR telah menggerakkan NGO-NGO pembangkang untuk mendekati dan melakukan tipu perdaya terutama terhadap suri rumah dan golongan wanita. Kaum wanita adalah peratus terbesar golongan pengundi pada pilihanraya umum kali ini.

Dalam tempoh seminggu sebelum hari mengundi, NGO-NGO pembangkang menyamar sebagai PEGAWAI SPR kononnya untuk mengajar penggunaan dakwat kekal di seluruh negara dan bergerak dari taman-taman perumahan dan kampung-kampung.


Perlu diingat, dakwat tersebut akan cuma hilang dalam masa beberapa hari. Apabila tiba hari mengundi, golongan ini akan TERHALANG daripada membuang undi kerana sudah terdapat kesan dakwat di jari.

Kekecohan yang dirancang secara sempurna ini akan timbul sejal awal pagi di pusat-pusat pengundian.

Ini adalah salah satu lagi susulan strategi kotor bocor dari HQ PKR sendiri berikutan pendedahan awal sebelum ini, klik DI SINI


Beberapa PDM strategik bakal menjadi medan kekecohan berikutan protes dan untuk menimbulkan kemarahan para pengundi di pusat-pusat pengundian.

Beberapa orang peguam muda sudah dikenalpasti untuk bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA, tetapi sebenarnya mereka akan melakukan protes awal kepada SPR sejak pusat pengundian dibuka.

Seramai 50 orang peguam muda sudah diberikan tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama tersebut.

Kekecohan akan tercetus dan SPR akan menjadi KAMBING HITAM untuk dipersalahkan.

Apabila keputusan pengundian diumumkan dan Pakatan Rakyat gagal mendapat kemenangan, pembangkang akan menghasut rakyat agar melakukan protes dan merusuh di jalanraya. Sekaligus menimbulkan kekacauan dan pertempuran dengan pihak berkuasa.


Rakyat, terutamanya kaum wanita, dinasihatkan untuk mengambil perhatian SERIUS permainan jijik politik pembangkang sebelum menjelang pilihanraya kali ini. Jangan sampai TERLEPAS PELUANG untuk membuang undi pada pilihanraya umum.





3 comments:

Anonymous said...

anwar lagi buat hal...nakal betul anwar ni...minta PM BIJAN sumbat dlm jel je dia ni....engcow ingat rakyat kebulur sangat nak anwar jd PM, yg penting KO UMNO, humban UMNO, bye2 UMNO....kah3

MELAYUJATI said...

Bye UMNO ke Bye2 PR, Penjubor Rakyat, ha ha ha

Anonymous said...

Kalau merusoh tu lawan undang2. Ok la kita tembak mati je...sapa suroh merusoh! Àllah swt suroh ke?