Wednesday, March 13, 2013


Biro Siasatan Negara (NBI) Filipina akan menghantar sepina kepada pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) bagi menyiasat pembabitan beliau dalam insiden pencerobohan kumpulan pengganasa di Sabah.

Menurut Timbalan Pengarah NBI Reynaldo Esmeralda, Misuari akan dihadap ke NBI bersama bekas Penasihat Keselamatan Dalam Negara Filipina Norberto Gonzales, Pastor Boy Saycon dan Jamalul Kiram III serta keluarganya

"Pertemuan antara NBI dan Misuari adalah penting. NBI juga telah menghantar sepina kepada pemimpin MNLF," katanya.


Bekas Pemimpin MNLF tersebut bagaimanapun berkata beliau tidak dapat ke Manila berikutan beliau sibuk dengan persiapan majlis ulang tahun MNLF yang ke - 45.

Dalam pada itu, tentera Filipina mengesahkan telah menahan 32 individu yang disyaki pengikut Jamalul Kiram III yang dipintas di Taganak sekitar Kepulauan Penyu dekat Zamboanga City hari ini.

Komander Perintah Barat Leftenan General Rey Ardo mengesahkan panangkapan tersebut.

Butiran penangkapan tersebut walaubagaimanapun tidak jelas dan 32 lelaki yang ditahan tersebut tidak dapat dipastikan samaada bersenjata ataupun tidak.


sumber : KLPOS




Media Filipina, INQUIRER GLOBAL NATION turut sama melaporkan perkara yang sama. Kerajaan perlu berhati-hati dengan 'trick' selanjutnya oleh Anwar Ibrahim. Pasti ada sesuatu yang akan dilakukan oleh Ketua Pembangkang ini ...



2 comments:

Anonymous said...

bengonglah misuari ni, berdolak dalik! blajar dari nuar lee tuew! penting sangatkah nak sambut anniversary bagai tu daripada 'bersih' kan namer yang dah tercemar tu?? takut dah kewwww rahsia besar terbongkar?? u ulang i saman u..

A.Radzi M.Razali said...

Jahanamlah misuari dan bangsat yang seangkatan...