Friday, February 17, 2012


Jika Anwar Ibrahim benar-benar berhajat mahu mengiktiraf kewujudan Israel melalui 'two state solution', maka rakyat perlu diperlihatkan dan dipertontonkan dengan bukti dan fakta kebenaran bahawa Anwar Ibrahim adalah boneka dan proksi sebenar regim Zionis.




Majoriti kanak-kanak Palestin cedera dan terbunuh sewaktu menjalankan aktiviti harian seperti persekolahan, bermain, membeli-belah dan ketika berada di rumah. 64 peratus kanak-kanak ini terkorban hanya dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2003 akibat serangan udara dan darat tentera Israel.

klik IF WORLD KNEW untuk selanjutnya





Media Amerika sering melaporkan serangan tentera Israel ke atas rakayt Palestin sebagai mempertahankan diri. Namun kronologi carta kematian menunjukkan sebaliknya.

klik IF WORLD KNEW untuk selanjutnya




Tanpa tindakbalas dan tanpa melakukan provokasi oleh rakyat Palestin, tentera Israel seringkali menembak ke arah rakyat Palestin dengan peluru hidup.

klik IF WORLD KNEW untuk selanjutnya




Amerika Syarikat memberi bantuan ketenteraan kepada Israel sekurang-kurangnya purata USD 8.2 juta sehari berbanding USD 0.00 kepada rakyat Palestin dalam tempoh tahun fiskal 2011.

klik IF WORLD KNEW untuk selanjutnya




Sejak pendudukan secara haram regim Zionis di wilayah Palestin bermula dari tahun 1967, Israel telah menahan dan memenjarakan lebih dari 650,000 rakyat Palestin. Bersamaan dengan 20 peratus jumlah penduduk bagi Occupied Palestinian Territories (OPT).

klik IF WORLD KNEW untuk selanjutnya




Regim Zionis telah merobohkan 24,813 rumah rakyat Palestin sejak 1967 berbanding tidak ada langsung penempatan haram rakyat di Palestin.

klik IF WORLD KNEW untuk selanjutnya




Rakyat perlu bertanya dan mendesak Anwar Ibrahim mengapa beliau terlalu beria benar mahu menyokong kewujudan negara Israel. 

Apa justifikasi beliau yang berterusan menyokong keselamatan negara Israel.

Apa kebaikan dan manfaat sokongan ini kepada negara umumnya ...



4 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah akan membalas segala kerja-kerja keji oleh Anuar Al ...........

Megat Alam Gempita said...

Israel sampai bila-bilapun tak akan mengiktiraf Palestine selagi rakyat Palestine yang beragama Islam tidak menganut Yahudi. Hanya Palestine Kristian yang dapat layanan baik sikit.

Lagipun Yahudi mendakwa merekalah bangsa terpilih sedangkan bangsa lain sebagai pariah. Dajal Serupa Anwar Ibrahim (DSAI) tak peduli itu semua.

Nam Ron said...

Dalam rangka lawatan ke Timur Tengah, Anwar telah pun menemui pemimpin-pemimpin dunia Islam dalam mengiratkan persaudaraan seperti pemimpin Islam tersohor di dunia, Sheikh Yusuf Al-Qardawi dan juga Khalid Mish'al di Doha, Qatar…selain bertemu dengan Perdana Menter Recep Tayyip Erdogan dan kabinet beliau, Ketua Bank Pembangunan Islam, Dr Ahmad Muhammad Ali, pendokong tegar Palestin, Sheikh Abdul Qadir dan juga Secretary General OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu.
Ini bermakna dengan pertemuan tersebut selain dalam rangka mengiratkan lagi sillaturrahim, maka tuduhan parti Umno dan juga kerajaan bahawa Anwar adalah kawan, penolong dan talibarut Israel terlucut dengan sendirinya.
Rakyat Malaysia harus sedar bahawa Anwar masih lagi pemimpin dunia Islam yang menyokong penuh pergerakan membebaskan Palestin dan juga beliau adalah pemimpin dunia Islam yang bekerjasama erat dengan pemimpin-pemimpin dunia Islam yang lain.
Dengan proses kebangkitan rakyat Tunisia, Mesir dan Libya di mana pengisian dari revolusi ini adalah diisi oleh orang - orang Islam yang ada kaitan dengan gerakan Islam, kita bolih rumuskan ianya selari dengan usaha yang dibawa olih Anwar di Malaysia. Walaupun Parti Keadilan Rakyat bukannya parti Islam, tetapi dengan perjuangan untuk keadilan sejagat, hak - hak kemanusian, 'transparency' dan 'accountability', yang mana ini adalah nilai-nilai Islam yang murni itu sendiri. Apatah lagi bilamana usaha ini dapat gandingan Parti Islam Malaysia, PAS. Rakyat Malaysia berbilang kaum pula tidak perlu bimbang kerana nilai - nilai sejagat dan juga Islam ini jugalah yang diperjuangkan olih gerakan - gerakan pembaharuan di seluruh dunia sekarang ini sehingga terhasilnya revolusi arab, di benua Arab.
Oleh itu, masyarakat Islam di Malaysia yang beraspirasikan Islam dalam memerintah sebuah kerajaan tidak perlu sangsi dengan Anwar, malah hendaklah yakin dengan Anwar dalam menegakkan dan memerintah negara dengan beraspirasikan nilai-nilai Islam ini. Dengan itu janganlah kita terkongkong dengan mentaliti jumud, yang mana Islam adalah Melayu dan Umno penyelamat bangsa melayu!

Anonymous said...

mana boleh terlucut tiba2 pulak...kena ade bukti yang kukuh Anwar tidak menyokong Israel...Obama, Bush sume pun lawat jugak pemimpin2 Islam ni dengan alasan ingin mengeratkan hubungan antara barat dan Islam...x semestinya malawat pemimpin Islam bermakna tidak menyokong Israel...lagi pulak Anwar langsung tidak berusaha menyaman Wall Street Journal...tambahan pula PKR dan PAS bersekutu dengan DAP yang menyokong negara sekular.DAP juga mempunyai kerusi dalam parlimen paling banyak diantara parti PR(DAP-29,PKR-24,PAS-23) yg bermakna DAP mempunyai kuasa politik paling kuat dalam PR...walaupun BN tidak berapa mengamalkan undang2 Islam..tapi sekurang2nye Islam dijadikan agame rasmi Malaysia...bermakna masih ade peluang untuk memngubah Malaysia menjadi lebih Islamik...jika PR menang dengan desakan DAP mungkin boleh menyebabkan Malaysia ditukar menjadi negara sekular(boleh terjadi kerana orang Islam masa 2 pasti da berpecah kepada 2 atau 3 kumpulan-UMNO,PKR,PAS...org kafir pula dibawah satu payung-DAP..org Islam hanya 61% sahaja majoriti).negare Islam pun x mungkin wujud dengan adenya DAP sbagai kuase besar dalam kerajaan.

*A fanatic is one who can't change his mind and won't change the subject... :)