Wednesday, February 8, 2012





TANAH MERAH 7 Feb. - Kelantan merupakan antara negeri yang paling tinggi menerima peruntukan daripada kerajaan Pusat untuk menaik taraf sistem bekalan air.

Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini membuktikan bahawa kerajaan Pusat tidak pernah menzalimi rakyat negeri ini dalam memastikan mereka mendapat kemudahan asas yang sempurna.

Malah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menegaskan bahawa beliau tidak pernah berbohong kepada rakyat dalam isu pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada kerajaan Pas Kelantan seperti mana didakwa oleh lidah rasmi Pas, Harakahdaily.


"Kenyataan saya sudah diputar belitkan oleh Harakah. Saya tidak kata RM600 juta itu percuma, saya kata ia adalah pinjaman mudah tanpa faedah. Saya tidak belawok (menipu), orang di sini tahu saya macam mana, kalau tidak boleh, saya kata tidak boleh.

"Kelantan juga penerima tertinggi peruntukan bekalan air luar bandar (Batas) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu sebanyak RM16.5 juta berbanding negeri-negeri lain.

"Pada tahun lepas kerajaan Pusat membelanjakan sebanyak RM213 juta untuk membangunkan loji dan kemudahan bekalan air yang mana selepas dibangunkan akan diserahkan secara percuma kepada kerajaan Pas Kelantan. Peruntukan ini adalah yang ketiga tertinggi di negeri-negeri lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Skim Insentif Tanaman Semula Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Felda Kemahang 2, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Norzuki Mustafa.

Pada majlis tersebut seramai 34 peneroka menerima bantuan skim tersebut yang berjumlah RM192,137.


Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, beliau telah mengarahkan agensi kerajaan Pusat supaya membuat audit berhubung pelaksanaan projek-projek bekalan air yang dilaksanakan sebelum ini.

"Ada beberapa faktor menyebabkan projek ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya, seperti saya difahamkan ada paip dipasang tetapi bekalan daripada syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) tidak ada.

"Begitu juga ada paip yang dipasang tetapi bekalan selalu terputus dan ada yang tidak mampu serta tidak berminat kerana mereka tidak ada keyakinan biarpun kerajaan berbelanja besar disebabkan itu kita adakan audit ini," katanya.

Kata beliau, pihaknya akan mengadakan risalah dan mengadakan penerangan mengenai isu peruntukan air agar rakyat mendapat maklumat yang sebenarnya.


Tambahnya, risalah yang mengandungi fakta sebenarnya akan diedarkan dalam tempoh dua minggu lagi kepada rakyat di negeri ini.

"Sesi penerangan ini bukan susulan laporan Harakah tetapi sudah sebulan saya dan Datuk Dr. Awang Adek Hussin sebagai Timbalan Menteri Kewangan berbincang mengenai perkara ini.

"Kita akan memberi penerangan kepada pertubuhan bukan pertubuhan (NGO), pegawai kerajaan dan sekolah supaya mereka jelas dan tidak timbul lagi fitnah di Kelantan.

"Kita tidak salahkan rakyat Kelantan 100 peratus dalam isu ini sebab belum ada penerangan yang dibuat," katanya.

sumber : UTUSAN MALAYSIA, 8 Februari 2012




Apa lagi nak membohong ni Husam Musa, bila masalah bekalan air di Kelantan bakal berakhir ... 10, 20, 50, 100 tahun?



3 comments:

Anonymous said...

husam ni duduk mana sbnrnya? aku selalu nampak dia shopping barang dapur kat KLCC... mula2 aku x perasan dia, disebabkan dia mcm berlagak dan sombong yangbuat aku cam dia... ptuihhh...

Anonymous said...

dia ternak kambing japnapari kat kl la tu. maklum la dah kayo. shopping barang dapur pun kat klcc. kita rakyat biasa ni beli barag kt kedai 1Malaysia jah..

Anonymous said...

Tiap kali putus bekalan air, dia lari ke KL, naik AirAsia 45 minit.Kejap ja! Putus bekalan air antara 3 hari hingga 2 minggu, ada kwasan yang putus air sejak 2 tahun lalu lagi sampai la ni husam buat bodoooo ja! Habis yang kambing2 PAS kat Kelantan ni nak basuh berak dengan apa? Takan la duk intinja' dengan meter paip AKSB je kut?!!