GWM sedang menunggu agar rakyat akan kembali disajikan dengan drama adegan pelukan dan tangisan diantara Elizabeth Wong dan Muslimah PAS.
Adakah Parti Adat & Sosialis sudah bersedia sekali lagi, untuk memainkan peranan penting dalam meraih simpati dan sokongan bagi Elizabeth Wong.
Rakyat masih lagi tidak memahami sehingga kini, mengapa mantan Ketua Muslimah PAS, Noridah Salleh beria ia menangis memeluk Elizabeth Wong walhal perbuatan maksiat yang dilakukannya bukanlah luar biasa kerana beliau bukannya beragama Islam.
Sesuatu yang cukup membimbangkan adalah kaum wanita tidak dan/atau tanpa menyedari dipergunakan dengan sebaiknya oleh PAS sebagai kuda tunggangan dalam melaksanakan perjuangan jumud parti tersebut.
Bagaimana dengan wanita Muslimah lain yang seperti Siti Chou Abdullah yang secara jelas dinafikan haknya secara khusus oleh ADUN Melor, dan PAS secara amnya.
Sepatutnya Muslimah ini perlu mendapat simpati dan sokongan yang tidak berbelah bagi oleh Muslimah PAS. Mengapa tidak ditangisi dan dipeluk erat kerana Siti Chou Abdullah adalah wanita Muslim dan mangsa keadaan. Siti Chou Abdullah adalah seorang ibu tunggal yang terus dinafikan nafkahnya.
Malangnya, Elizabeth Wong yang secara terbuka mengamalkan seks bebas ini pula mendapat simpati dan tangisan yang langsung tidak membawa sebarang kebaikan dan faedah.
Barangkali juga PAS sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan 'fatwa munafiq' terbaru bagi membela Elizabeth Wong ...
Dan hari ini juga, pemimpin PKR mana yang bakal dijadikan korban bagi menutup skandal Elizabeth Wong dan Hilmi Malik.
0 comments:
Post a Comment