Sunday, February 19, 2012



PEKAN 18 Feb. - Seakan tersepit dengan desakan pelbagai pihak berhubung kenyataan kontroversinya mengenai keselamatan Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mendakwa jawapannya kepada soalan Wall Street Journal (WSJ) mengenai isu itu adalah berbeza dengan apa yang disiarkan media tersebut.

"Saya ditanya (WSJ), Anwar kamu kenapa benci sangat, musuh sangat Israel, tiap-tiap kali keluar kenyataan kutuk keganasan Israel. Itu soalan daripada WSJ kepada saya.

"Saya kata, saya kecam sebab Israel ganas, zalim dan tidak mengiktiraf hak rakyat Palestin. Dan dicatat di situ (laporan WSJ) Anwar sedia terima Israel," katanya pada program ceramah di Markas Pas Cawangan Kampung Mengkasar di sini malam tadi.

Laporan WSJ Asia bertarikh 26 Januari yang menyiarkan kenyataan Ketua Pembangkang itu turut boleh dibaca di http://online.wsj.com/ yang memetik:



"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Terjemahannya:

"Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), sesuatu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin."

Dalam ceramahnya malam tadi itu, Anwar turut membidas pimpinan UMNO serta media arus perdana khususnya Utusan Malaysia dan TV3 kerana dikatakan tidak memetik keseluruhan perenggan kenyataannya berhubung isu Israel yang dilaporkan dalam WSJ itu.

Selain itu, Anwar turut mengakui wujud perbezaaan pendapat di antara beliau dan Pas berhubung konflik Israel dan Palestin yang mana parti sekutu dalam pakatan pembangkang itu menolak sama sekali kewujudan negara Yahudi itu.

Sedangkan, beliau melihat penyelesaian isu Palestin berdasarkan kewujudan dua negara seperti mana yang dinyatakan dalam inisiatif Pelan Damai Raja Arab Saudi, Raja Abdullah 2002 yang mana Israel mesti berundur dari wilayah Arab dan jika mereka berundur maka perlu beri hak kepada rakyat Palestin dan balasannya keselamatan Israel akan dijaga.



Anwar Ibrahim sekali lagi bermain bangsat dihadapan rakyat di Pahang. Cuba membangsatkan rakyat di kawasan kampung dengan kenyataan berbolak balik beliau.

Berapa lama lagi rakyat akan dibangsatkan dan dibohongi oleh Anwar Irahim?

Come on Anwar ... make up your mind! Saman Wall Street Journal jika benar memutarbelit kenyataan anda. 

Jangan jadi jantan kabaret hanya berani saman media tempatan!



10 comments:

Anonymous said...

anjing kalau dah tersepit macam ni lah gelagatnya. sudah sudah la tu jangan tunjuk sangat kau tu dah meroyan, bukan apa, burokk!

Anonymous said...

kdg2 bla pk pe yg berlaku skrg kesan dr sumpah laknat saiful,Allah telah menunjukkan kebenaran.InsyaAllah kebenaran akn keluar jua.

Anonymous said...

Aku tak tahu perkataan apa lagi yang harus diberikan kepada Anwar , perkataan bangsat sial dan terkutuk itu perkataan paling ringan untuk Anwar ...

nak kata anjing , anjing lebih mulia dari anwar, nak kata babi ? babi lebih berakhlak dari anwar !

kalau sejuta rakyat malaysia berdoa siang malam agar Anwar dilaknat Allah , mungkin itu lebih baik ...kerana Anwar memang lebih afdal jika didoakan agar musnah saja !!

Anonymous said...

bab die menipu putar belit atau ape pon. sikit aku tak heran. yang aku heran ramai yang pecaye cakap. tu yang aku heran sangat-sangat

Anonymous said...

yang aku tau aku pastikan dajjal ni takkan jadi PM.

Anonymous said...

Yang peliknya kenapa bila org dah bising baru nak saman? Dia ingat org tak perasan kot sebelum ni.. Lepas ni puas la dia nak putar belit ngan israel plak.. Hahaha.. Pegi masuk maharaja lawak la nuar.. Confirm aku undi ko. Tp klu nk srh undi masa PRU tak dapek la den nak nolong, eh..

Anonymous said...

munafik anwar nihh.....munafik kelas tertinggi....

joe
shah alam

Anonymous said...

Keistimewaan Anwar terletak pada 2 D, Demogogey (berpidato atau menggendang tong kosong) & Demonstrasi (tunjuk perasaan untuk melepaskan dendam dan nafsu syaitannya). Keistimewaan penyokong2 Anwar juga terletak pada 2 D, Dongok (bodoh) & Dungu (bangang) kerana percaya pada setiap pembohongan dan tindakan Anwar.

Anonymous said...

Anwar sudah syirik Dan lupa apa dia Islam... Undang2 kelakuan gay secara tertutup pun dia nak laksanakan... Bakal PM yang Akan meruntuhkan khilafah Islam...

Anonymous said...

akun tidak heran kenapa umat pas percaya kepada nwar kerana father nicky telah memberikan tugas mengjaga pintu surga kepadanya, utad bad man telah mengangkatnya menjadi imam mahdi, wan azizah menggelarnya manusia anunya gerak dan tahan cukup tinggi setiap gelaran dan martabat yang diberi. jadi bohongnya menjadi maksum bahkan setaraf dengan strategi nabi dalam perjanjian hudaibiyah. bagi aku hemmmm lu orang ada akal pakai ....