Isu pengiktirafan dan sokongan Anwar Ibrahim terhadap kewujudan negara Israel yang berdaulat tidak seharusnya melekakan rakyat dari isu penyelewengan dan rasuah pasir di Selangor.
Anwar Ibrahim bijak dalam melarikan diri dari menjawab sebarang persoalan pokok penyelewengan pasir oleh KSSB (Korek Selangor Sampai Berlobang).
KSSB sudah menjadi nadi penggerak aktiviti dan kegiatan haram PKR dan DAP dalam merompak hasil kekayaan Selangor. KSSB juga sudah menjadi nadi bagi menghalalkan kronisme dan nepotisme dalam Pakatan Rakyat.
Syarikat kroni mendapat keistimewaan tertinggi dalam aktiviti merompak hasil bumi dan kekayaan di Selangor.
Harga jualan pasir yang dipamerkan dalam laman web KSSB.
Sebuah syarikat kroni, Jendela Teguh telah diberi tawaran untuk membeli pasir dari KSSB dengan harga RM 8.00 setiap metrik tan. Jauh lebih rendah dari harga pasaran sebenar KSSB.
Maklumat dalaman KSSB mengatakan diatas kertas (on paper), harga yang dijual kepada Jendela Teguh adalah RM 8.00, namun harga jualan sebenar adalah RM 12.00 untuk setiap metrik tan.
RM 8.00 per metrik dibayar kepada KSSB secara sah, RM 2.00 dibayar kepada PKR dan RM 2.00 lagi dibayar kepada DAP. Kedua-dua pembayaran ini adalah atas nama tabung pilihanraya.
Jika maklumat ini palsu, seharusnya KSSB sudah lama mengambil tindakan mahkamah atas fitnah yang dilakukan ke atas syarikat tersebut.
Begitu juga dengan Khalid Ibrahim, seharusnya beliau turut mengheret kes ini untuk diambil tindakan mahkamah jika tuduhan dan dakwaan adalah palsu.
Persoalannya ... Mengapa tiada sebarang tindakan mahkamah atau saman malu diambil sehingga ke hari ini jika bukti yang dikemukakan adalah palsu?
Apa rasional Khalid Ibrahim mahu bukti ini dikemukakan kepada Transparency International? Adakah Transparency International sebuah badan kehakiman atau badan undang-undang untuk menentukan kesahihan bukti ini?
Mengapa tidak dirujuk terus bukti ini kepada SPRM jika Khalid Ibrahim berpendapat ianya palsu ...
sumber : Selangor Daily
2 comments:
wooi,,,puak-puak UMNO kes nie dibawah seliaan SPRM kalau ada unsur rasuah dah lama dah kes ini kena serkup tapi kes nfl tu dah terang lg nyata tak ade apa2 pun. Puihhhhh!!!!!!!
aha pegawai sprm manusia juga, manusia yang tidak terlepas dari membuat sesuatu kesalahan..manalah tahu perigi di tepi bibir...
Post a Comment