Wednesday, February 8, 2012





Jika mengikut Raja Petra Kamaruddin, salah seorang pemberi maklumat beliau yang dibunuh kejam oleh pembunuh upahan adalah Patrick Wong. Ahli perniagaan dan juga 'whistleblower' ini sepatutnya mengumpulkan segala maklumat mengenai skandal pasir oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sejak dari tahun 2009.





Kini, RPK mengesahkan beliau mempunyai bukti kukuh setelah tiga tahun mengumpul bahan bukti yang mampu menumbangkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Pada GWM, jika RPK a.k.a. psychopatic ini berkata "genuine risk of losing Selangor" ... memang Pakatan Rakyat akan tumbang di Selangor.



RPK pernah menyuarakan skandal rasuah pasir ini kepada Anwar Ibrahim pada pertemuan di London tahun 2010. Malangnya, Anwar Ibrahim hanya memekakkan telinga terhadap isu ini sehinggalah diletupkan kembali.

RPK juga mendedahkan beberapa ahli perniagaan mengadu kepadanya kegiatan dan perbuatan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang meminta wang untuk dana pilihanraya umum yang bakal tiba. Ramai yang terpaksa memberi 'derma' kerana takut projek-projek bakal tersangkut dan disenaraihitamkan.




Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim cukup mengetahui skandal pasir ini bakal menguburkan Pakatan Rakyat di Selangor. Tidak mustahil kematian Patrick Wong sedikit sebanyak ada mempunyai kaitan dengan langkah menutup mulut pemberi maklumat RPK.

Sejak dari semalam, pendedahan RPK langsung tidak dijawab dengan sebarang penafian oleh mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor.

Seperti yang GWM katakan ... mustahil RPK berani mahu mendedahkan skandal ini dan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat yang terlibat, jika tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Dan seperti yang RPK katakan ... Patrick Wong hanyalah salah seorang dari pemberi maklumat (whistleblower) tentang skandal pasir ini. Bermakna beliau ada beberapa lagi 'whistleblower' yang memberi maklumat secara senyap kepadanya.

So Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Hadi Awang ... what say you!



3 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Harap perkara ini di kemukakan kepada pihak berkuasa untuk siasatan,ini kes besar kerana melibatkan jenayah kematian.

Anonymous said...

MINTA PIHAK BERKUASA MENJALANKAN SIASATAN YANG TERPERINCIDALAM KES INI

margaret justice said...

RPK is a reliable blogger and will not simply accuse someone to this extend unless he has something in hand ...dare to challenge him and he will expose what he has....