GWM yakin dan percaya tindakan Khalid Ibrahim merampas kembali tanah di Lot 72916, Mukim Batu, Daerah Gombak milikan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) bernilai RM250 juta bukan sekadar tidak mengikut syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Ada motif yang cukup besar cuba dilindungi dan ditutup oleh Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri ...
Memang benar, kerajaan negeri berhak untuk mengambil kembali tanah yang belum ditukar status pemilikan dari tanah pertanian kepada pembangunan, pada Ogos 2011.
Namun kerajaan negeri perlu mengambilkira tanah berkenaan dipajakkan oleh kerajaan negeri kepada KHSB sepatutnya tamat pada 25 Jun 2090.
GWM yakin dan percaya tujuan pengambilalihan tanah tersebut tidak lain dan tidak bukan untuk menutup skandal yang bakal menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PKR ini.
Pengerusi KHSB, Raja Idris Raja Kamaruddin, abang kepada penulis blog, Raja Petra ... Raja Idris ketika dihubungi mengesahkan rampasan tanah itu ... Sebab yang diberitahu pegawai tanah untuk merampas tanah itu adalah kerana wujudnya aktiviti kuari secara haram sejak bertahun-tahun lamanya.
Apakah Khalid Ibrahim semakin panik dengan pendedahan yang dilakukan oleh Noh Omar bahawa beliau mempunyai banyak bukti berkaitan dengan skandal penyelewengan rasuah pasir di Selangor
Klik untuk pendedahan skandal pasir ... NOH OMAR ADA BUKTI KUKUH
Atau Khalid Ibrahim sudah mula menunjukkan 'personal vendetta' terhadap Raja Petra Kamaruddin ( a.k.a. ... loose cannon, psychopath) yang semakin galak mendedahkan skandal rasuah pasir dan motif pembunuhan Patrick Wong, sebagai pemberi maklumat beliau.
Klik untuk pendedahan skandal Patrick Wong ... TUAN HAJI ANWAR SENYAP SUNYI
Mungkin rakyat boleh mendesak Ketua Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang tampak begitu hebat kononnya mendedahkan skandal NFC RM250 juta ... turut sama mendedahkan dan membogelkan isu rampasan tanah RM250 juta ini.
Khabarnya Rafizi Ramli memang hebat dan berpendidikan tinggi orangnya ...
Bak kata rakan blogger MyMassa ...
"Tak sabar MyMassa nak tunggu jawapan LOW CLASS dari pemimpin SECOND CLASS LOWER. Dia kan CEO Pejabat Penasihat Ekonomi, takkan tak tau kot"
0 comments:
Post a Comment