Wednesday, February 1, 2012


Mereka berbangga pasal ranking blog mesra-kerajaan dilihat seolah-olah menguasai kedudukan di atas dalam 100 kedudukan portal atau blog politik di Malaysia.

Sebelum pilihanraya ke-10 pada 29 November 1999, laman Mahazalim telah bertukar tangan dengan keluarnya Laman Mahazalim2. Pengasas laman ini adalah orang Terengganu yang pernah menjadi wakil rakyat. Saya tak berhasrat mendedahkan namanya tapi dia juga menggunakan nama 'Awang Siber'.

Apa yang boleh saya beritahu ialah dia ini cukup rapat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim sekarang. Jika anda kenal dan boleh bertegur sapa dengan Nurul Izzah, Naib Presiden PKR sekarang anda boleh tanya hal ini, rasanya dia akan memberitahu anda siapa sebenar Mahazalim yang kedua.

Laman Mahazalim memang hebat dan banyak membantu kemenangan APU (Angkatan Perpaduan Umah) dalam pilihanraya ke-10 tetapi selepas di kendalikan mungkin oleh Anuar Md Nor laman Mahazalim telah merosot dan gagal!!!

Ingat bagaimana suatu masa dulu bila buka laman Mahazalim ada gambal lucah kononnya di hack, tetapi yang peliknya e-mail mereka tak di 'hack'. Kalau anda biasa dengan tapak hosting Tripod ini tak mungkin berlaku. Kerja siapa?







Dalam hal ini Umno telah terperangkap dengan lakonan Anuar. Misi Anuar Mohd Noor dan Anwar Ibrahim untuk memerangkap Umno telah berjaya iaitu dengan menghantar orangnya menyertai kem Umno dan berlakon seolah-olah penyokong Umno.

Sebelum ini kelibat Anuar Mohd Noor sering kelihatan dalam majlis-majlis yang melibatkan blogger-blogger pro kerajaan. Kami di Selangor Daily pun naik hairan dengan perkara tersebut. Ada kalanya pertemuan yang dia sertai itu pertemuan-pertemuan penting bagi membincangkan soal strategi.

Ramai daripada blogger-blogger atau facebooker yang wujud pada hari ini tidak tahu siapa sebenarnya Anuar dan mereka terpesona dengan cerita-cerita Anuar kononnya dia adalah pemain lama dalam dunia cyber. Itulah yang membuatkan mereka terpesona dengan dia dan menjadikan dia sebagai ketua tanpa merujuk latar belakang beliau.

Bukan kami nak bercakap besar atau nak berlagak. Kami adalah pemain lama dalam dunia cyber dan kami kenal siapa Anuar Mohd Noor.



Ramai pemimpin UMNO sememangnya malas untuk membuat homework dan groundwork. Begitu juga dengan blogger-blogger pro kerajaan yang cukup terpesona dengan mainan silap mata sundalan seperti ini.

UMNO tidak boleh dipersalahkan dalam isu ini, pemimpinnya yang perlu dipersalahkan kerana ... masih berasa selesa dan berada dalam zon selamat dengan kedudukan yang ada ... masih bersifat bodoh sombong dalam perkembangan dunia psywar ... masih berterusan bersikap angkuh, langsung tak nak mendengar teguran atau input yang disampaikan.

GWM dan Papa Gomo sudah lama mengenali sundalan ini. Pertemuan selepas pilihanraya kecil Hulu Selangor di sebuah kafe di Wangsa Maju sudah cukup membuka mata dan minda.

Anuar Mohd Nor tidak boleh menafikan jika tidak pernah bertemu dengan GWM dan Papa Gomo pada bulan Mei 2010, kerana Nora reformis adalah saksi dan turut sama berada satu meja yang cukup rancak bercerita tentang idola mereka ... Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Sebab itulah GWM dan Papa Gomo ketawa besar dengan gelagat beberapa pemimpin UMNO dan blogger pro kerajaan yang bemati-matian mempertahankan sundalan Anwar Ibrahim ini.

Dan artikel-artikel GWM sebelum ini turut memberi 10 peratus pendedahan masih ramai lagi pemimpin UMNO yang berkiblatkan Tuan Haji Anwar Ibrahim.

GWM akan memberikan penghormatan kepada Papa Gomo untuk melakukan pendedahan, selepas pilihanraya umum nanti ...



2 comments:

Anonymous said...

tahniah bro...saya sangat lega dengan pendirian gelombang wangsa maju, papagomo mengenai perkara ini..

anuar mohd noor ini memang sundal yang hanya bertuhankan duit. harus anda ingat, dia masih makan gaji dengan seorang mantan MT UMNO kurang inci dari w maju juga. anuar mohd noor memang dihantar utk mencari kelemahan umno dan diberikan kpd pembangkang.

semoga kalian hati-hati dengan permainan ini.

* ket bhg w maju juga menjadi target kumpulan ini...hati2...

Unknown said...

SALAM ANON 9.02AM ... SUDAH LAMA GWM & PAPA GOMO NAMPAK PERMAINAN BANGSAT SUNDALAN ANWAR INI.

MEMANG BENAR BELIAU MASIH LAGI MENERIMA 'PAYCHECK' DARI MANTAN MT UMNO ...