Monday, February 6, 2012





Apabila dua portal media alternatif turut mengeluarkan berita mengenai ahli PKR yang ditangkap kerana memiliki dokumen palsu Kartu Penduduk (Kad Pengenalan dan juga Sijil Kelahiran (Surat Beranak) Indonesia, ianya bukan lagi boleh dianggap sebagai gosip politik.

Tidak salah dikatakan ahli PKR yang ditangkap ini sememangnya Hilmi Malik, yang lari ke Indonesia setelah menyebarkan gambar-gambar porno Elizabeth Wong.

Dan jika benar ianya Hilmi Malik, maka kerajaan Malaysia perlu mengekstradisi tahanan ini kembali ke tanah air. Cukup penting untuk mengekstradisi tahanan ini berdasarkan dua faktor dibawah.



FAKTOR PERTAMA

Kes yang tergendala sejak 16 Februari 2009 mampu diselesaikan oleh PDRM dengan seberapa segera. PDRM juga tidak mahu imej sebagai pihak berkuasa yang mempunyai kredibiliti tercalar atas kegagalan menyelesaikan laporan polis yang telah dibuat oleh Elizabeth Wong.

Kes ini juga bakal membongkar siapa sebenarnya yang menyebarkan gambar-gambar porno Elizabeth Wong selama ini. Tidak keterlaluan juga kes ini bakal membongkar Exco Selangor ini juga pernah didera dan dipukul oleh Hilmi Malik.

Pentingnya kes ini kerana ia mampu membersihkan imej Barisan Nasional dan UMNO yang selama ini dituduh oleh pembangkang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar seksa Exco Selangor tersebut.



FAKTOR KEDUA

Agen PKR atau Hilmi Malik mungkin boleh memberi penjelasan lanjut bagaimana beliau boleh memiliki Kartu Penduduk (Kad Pengenalan dan juga Sijil Kelahiran (Surat Beranak) Indonesia. Dalam masa yang sama turut mempunyai paspot dan kad pengenalan Malaysia.

Lebih bagus lagi jika beliau boleh memberi penjelasan mengapa PKR sanggup membiayai sepenuhnya perbelanjaan sepanjang berada di Indonesia. 

Dan jika menurut Detiknews.com, Hilmi Malik atau agen PKR ini turut mengaku pergerakannya dari satu bandar dan daerah ke satu tempat yang lain adalah bertujuan menjalankan beberapa penelitian termasuk sejarah tokoh yang berkaitan sosial budaya publik di Indonesia, dan juga melakukan penelitian dan fotografi.

Mungkin juga pihak polis boleh menunjukkan kepada umum dokumen-dokumen yang telah disusun dan dijadikan bahan kajian ini oleh Hilmi Malik ini.



GWM tidak menolak kemungkinan agen PKR atau Hilmi Malik ini ditugaskan sebagai perantara atau medium bagi menjalankan kegiatan subversif Anti Malaysia di Indonesia.

Anwar Ibrahim juga sudah terlalu kerap terbang dan melakukan lawatan di Indonesia. Disana jugalah kerap kali beliau memburukkan imej kerajaan Malaysia dan menimbulkan rasa kebencian rakyat Indonesia terhadap Malaysia.

Semakin kuat korelasi dan kaitan diantara kekerapan Anwar Ibrahim di Indonesia dan Hilmi Malik atau agen PKR yang ditugaskan untuk menetap di Indonesia.



GWM cukup pasti pentadbiran PKR akan mula goyah dan hancur jika agen PKR atau Hilmi Malik ini diekstradisi ke Malaysia.

Dan GWM cukup pasti PKR akan mengeluarkan kenyataan akhbar dalam masa terdekat untuk 'counter back' isu ini sengaja diperbesar-besarkan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Minta Kementerian Dalam Negeri untuk segera bertindak mengekstradisi tahanan ini sebelum 'agen-agen PKR' lain di Indonesia akan mula mengkucar-kacirkan hubungan baik kedua-dua buah negara.

Tidak mustahil ini akan berlaku dalam masa yang terdekat ...



2 comments:

Anonymous said...

masih bertelor ke menteri dalam negeri...keris dah lama hilang.

Anonymous said...

Helmi??? budak yang handsome itu??

Boyfriend Elly???

Atau sebenarnya anak ikan kepada As Sheikh SIvaji Anu War Berahi Al Juburi???

Hebat.. dia tala Elly ... al juburi pula toron dia ...mmg hebat puak PKR ni!!