Wednesday, February 22, 2012





KOTA BAHARU - Gerakan TUKAR, sebuah badan yang menggabungkan sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan, hari ini menuntut kerajaan negeri pimpinan Pas supaya menunaikan 22 perkara yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini.

Pengerusi Gerakan TUKAR, Kamarudin Mohd Kasim, berkata 19 daripada 22 perkara yang dituntut itu adalah janji Pas yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum parti itu yang lepas manakala tiga lagi adalah berkaitan isu politik semasa.

"Kesemua tuntutan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini dan jika masih gagal menunaikan janji, kami bersepakat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kamarudin berkata penduduk Kelantan telah memberi tempoh 22 tahun kepada Pas untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan malah masalah asas pun masih tidak dapat diselesaikan.

Beliau berkata antara janji yang dituntut untuk ditunaikan ialah anak negeri Kelantan diberi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan semua wakil rakyat di negeri itu hendaklah daripada kalangan anak-anak tempatan manakala barisan kepimpinan kerajaan Pas dikehendaki mengiystiharkan harta.

Kerajaan negeri juga dituntut menyegerakan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang sudah diluluskan, kerajaan negeri bersikap lebih bersih, adil dan amanah dan berhenti daripada menyalahkan pihak lain kerana kegagalan sendiri.

Kerajaan negeri juga dikehendaki segera menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia yang menganggur selain menyegerakan pembayaran bantuan RM100 kepada seluruh warga emas di Kelantan bermula pada 1990 hingga sekarang, menyelesaikan segera masalah air yang berlarutan sejak sekian lama serta segera menghapuskan cukai pintu dan bayaran tempat letak kereta dan sewa tapak operasi kereta sewa di seluruh negeri.

Juga dituntut ialah pembinaan pelabuhan darat di Kuala Krai, penyelesaian masalah Ladang Rakyat dan menyegerakan saranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pembelaan terhadap nasib Orang Asli di Kelantan, menyediakan segera tapak rumah kepada golongan miskin di Bukit Tok Ali di Jeli, Pantai Mek Mas di Pengkalan Chepa, Alor Pulai dan Kampung Tok Ewel di Bachok dan kawasan lain untuk penempatan golongan miskin yang belum dilaksanakan.

Kamarudin meminta pemimpin kerajaan negeri supaya tidak lagi bersekongkol dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang kerjasama dengan DAP


Mak Aih ... Banyak benar janji Nik Aziz dan PAS tabur di Kelantan
 



2 comments:

Anonymous said...

JANJI TAK DI PENUHI BUKAN MUNAFIK KE ?
TAKKAN MURSYIDUL AM JADI MUNAFIK ! ENTAH DEN TAK SURE.

Anonymous said...

Puak PASsiht dri dulu lg dah munafik. Apa nak di hairankan.