Wednesday, February 8, 2012





Membayangkan hasrat itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, ‘tuan punya badan’ juga telah memberi lampu hijau bersetuju untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan kerusi mana yang akan diberikan kepada Salahudin sehingga diumumkan pucuk pimpinan parti kelak.

“Keputusan ini bukan lagi khabar angin. Memang benar dan Salahuddin akan kembali ke negeri kelahirannya untuk menguatkan Pas dan pada masa sama memberi motivasi kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di selatan Semenanjung,” katanya.

Namun nada berbeza diutarakan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau apabila beliau mengatakan isu bakal menteri besar tidak pernah dibincangkan di peringkat pimpinan pakatan di negeri itu.

“Saya khuatir sekiranya banyak cakap mengenai calon yang akan mengisi jawatan menteri besar boleh menyebabkan rakyat Johor melabelkan PR sebagai parti yang gila kuasa dan mahu jawatan semata-mata,” katanya. - SINAR HARIAN, 8 Februari 2012



Cukup tinggi menggunung hasrat Parti Adat & Sosialis mahu melantik Salahudin Ayub sebagai Menteri Besar. Barangkali Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed sudah lupa PAS Johor sudah membuat keputusan untuk bertanding di 28 kawasan DUN pada PRU13, berbanding 33 DUN pada PRU 2008.


GWM kurang pasti congakan apa yang beliau lakukan namun yang pasti PAS telah 'menghadiahkan' 5 kerusi kepada para sahabat DAP dan PKR. Menghadiahkan 5 kerusi DUN bermakna PAS sejak awal-awal lagi tidak mempunyai keyakinan untuk menang di Johor.

Cukup, jika GWM beri dua kemungkinan kenyataan rasmi Pesuruhjaya PAS Johor ini ... sama ada 'playing stupid' atau sememangnya 'ridiculously stupid'!

Belum tentu pemimpin tempatan PAS Johor bersetuju dengan kenyataan Persuruhjayanya. Rakan parasit Salahudin Ayub, Mazlan Aliman juga dilihat calon berpotensi sebagai Menteri Besar Johor.

Rasanya Mazlan Aliman lebih banyak membuat groundwork fitnah dan hasutan di kawasan Felda-Felda Johor berbanding dengan Salahudin Ayub, yang lebih banyak berdiam diri dan beristirehat di Pusat.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau sudah awal-awal 'warning' PAS jangan terlalu sibuk dengan isu siapa bakal dinobatkan sebagai Menteri Besar Johor. Tidak pernah ada perbincangan secara rasmi pernah dilakukan. DAP juga sudah ada calon Melayu yang bakal diketengahkan sebagai Menteri Besar Johor.

Bagaimana pula dengan Chua Jui Meng selaku Ketua PKR Negeri Johor? PKR juga mahu mengketengahkan calon Melayu pilihan parti sebagai Menteri Besar Johor. Sia-sia jutaan ringgit dihabiskan sewaktu persidangan PKR di Kulai baru-baru ini. Anwar Ibrahim sudah tentu tidak gemar dengan cara publisiti dan promosi awal PAS.

Semakin kuat berlaga angin parti-parti yang gemar berselingkuh dan meliwat sesama sendiri dalam selimut Pakatan Rakyat ini ...



2 comments:

Anonymous said...

Apa dlm kepala hotak mereka:
Chua jui meng: Aaaapa?
Mazlan Aliman: Emmm kepiye iki...
Salehuddin: Hmmm, macam mana ni.. Kelantan tolak, Johor tolak. pening2.

Anonymous said...

Muka depa ni tak malu kaaa????