GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/08/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

HASSAN ALI TEMPELAK PEMBAZIRAN PELANCARAN BUKU JINGGA SELANGOR !

| Tuesday, March 8, 2011

Rupanya Pelancaran Buku Jingga dan Karnival Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sudah menjadi pelancaran Buku Gelap dan acara pemujaan Khalid Gagap!

Tiada apa yang boleh dibanggakan melainkan kemeriahan kain putih menyelimuti kerusi dan stadium yang kosong belaka. Anehnya, pelancaran majlis tersebut langsung tidak dihadiri oleh Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang.



Majlis yang diramalkan dihadiri lebih dari 10,000 orang hadirin hanya mampu menarik 1,000 orang sahaja dan kebanyakkannya dihadiri oleh juak juak PAS Sungai Burong (tempat istirehat Hassan Ali)... ke mana menghilangnya juak juak PKR?

Baik Hassan Ali, Tan Seng Giaw dan Khalid Gagap gagal memberi penerangan dengan jelas Buku Gelap tersebut. Majlis lebih kepada mirip 'retorik dan mitos' pakatan haram tanpa kupasan apa yang terkandung didalam Buku Jingga.



Bukan main lagi di setiap daerah Selangor, terpacak billboard dan signboard Pelancaran Buku Jingga. Namun, tiada apa yng boleh dibanggakan melainkan menghabiskan belanjawan kerajaan negeri.


sumber / pautan :
minaq-jinggo

GAWAT ! ... SAIFUDDIN ABDULLAH SUDAH MENJADI BARUA ANWAR IBRAHIM !

|

Buat apa Saifuddin Abdullah berjumpa dengan Nurul Izzah di Universiti Malaya? Memang benar ada forum bertajuk "Persidangan Kebangsaan Demokrasi dan Pilihan Raya" yang diadakan pada 8 Mac 2011, jam 2 petang di Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya.

Saifuddin berforum untuk apa jika dalam masa yang sama tidak bertegas kepada pelajar-pelajar Pro Mahasiswa yang mengusung mayat dan memecahkan pintu di Universiti Malaya. Beranikah Saifuddin balun Nurul Izzah dalam forum tersebut? Sudah habis forum tadi, Saifuddin ternyata tidak berani pun untuk balun Nurul Izzah




Saifuddin membela Pro Mahasiswa yang pecahkan pintu di UPM. Penafian Saifuddin bahawa beliau hanya menasihati bukan mengarahkan HEP UPM sebenarnya adalah satu penafian yang mengkantoikan dirinya sendiri. Samalah juga halnya dengan percakapannya di hadapan blogger-blogger yang pro kerajaan, penafiannya dengan kata-katanya itu telah menyerlahkan bahawa beliau suka berbelit dalam percakapan.



Saifuddin bersikap baik dan macam teman politik dengan Nurul Izzah, puteri kesayangan Anwar Ibrahim. Namun dengan blogger-blogger Barisan Nasional, Saifuddin gertak dan ugut hendak balun. Kenapa takut hendak balun pembangkang? Hentikanlah bermain sandiwara "politik baru" ini, sebagai seorang Timbalan Menteri yang membawa bendera BN, Saifuddin tidak seharusnya bersikap tidak intelektual begini.

Politik baru bukan begini caranya, ini politik makan kiri, kanan dan keliling. Majlis Kerja Tertinggi UMNO perlu bersidang untuk menentukan apakah tindakan yang sepatutnya diambil ke atas ahli parlimen UMNO ini. Jika dibiarkan, ianya akan menjadi barah kepada UMNO dan generasi muda. Dengan kawan seperjuangan mahu dibalun sungguh-sungguh, tetapi dengan seteru pijak semut pun tidak mati.


sumber / pautan & kredit :
anginperubahan.blogspot.com

YOU ALL BLOGGERS NOT INTELLIGENT .. THIS IS NEW POLITICS ! ... JADI ... TUN DR MAHATHIR PUN TAK INTELLIGENT KE ?

|

GWM agak terperanjat dengan lagak sombong dan angkuh seorang Timbalan Menteri yang memandang rendah kemampuan bloggers pro kerajaan. Bukan berniat untuk bertengkar, namun jika dipanggil 'not intelligent', I think this is too much ... too much for a deputy minister to make such statement and remark!

Apapun, GWM paparkan teguran teguran dan 'balunan' bloggers pro kerajaan ...














Pada GWM cukup mudah, jika begitulah tanggapan dan pandangan Saifuddin Abdullah terhadap teguran bloggers pro kerajaan, ... maka dengan cukup mudah beliau turut mengganggap Tun Dr Mahathir juga seorang blogger yang 'not intelligent'!

Ini satu penghinaan terhadap Tun Dr Mahathir (TDM)! Beliau juga seorang blogger. Mungkin Saifuddin Abdullah tidak pernah membaca blog TDM ... apatah lagi untuk membaca buku TDM 'Blogging to UnBlock'! ... This is ridiculuous!



TDM juga turut menegur Kerajaan BN pimpinan Pak Lah dan DS Najib berkenaan polisi dan perlaksanaan dasar yang dibawa. Apakah TDM juga turut terheret dan bergelar BLOGGERS NOT INTELLIGENT .. THIS IS NEW POLITICS! ... hanya kerana menegur polisi dan dasar kerajaan!








Come on la Bro Saifuddin ... Don't insult our intelligence. Or is it you're the one who is not quite intelligent! ... Who knows, maybe ... Sorry Bro Saifuddin! Did I insult you?



GEMPAR ! ... NORMALA KFC DIPUKUL KHALAYAK RAMAI !

|

Normala Sudirman mungkin terlalu angkuh sebagai bekas calon PAS di PRK Tenang. Angkuh kerana tidak mahu bermuhasabah tetapi mengajak rakyat untuk bermusuh dan memfitnah kerajaan BN.



Aneh ... kejadian, Qada dan Qadar Tuhan disamakan dengan bencana yang melanda orang Melayu yang menyokong dan mengundi BN.

Buat Normala Sudirman, bacalah dengan mata hati dan akal ... sebenarnya lebih ramai diluar sana yang berilmu dan berfikiran bijak dan matang. GWM siarkan kembali setiap komen yang diberikan ... terima kasih kepada pembaca artikel.










GWM rasa ... pemberi komen di atas lebih layak untuk memberi ceramah jika dibandingkan dengan Normala KFC.
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU