Friday, February 4, 2011


Ini yang dinamakan sebagai kebodohan dalam kebijaksanaan.

Tidak ada cacat celanya jika Tun Dr Mahathir (TDM) mengatakan Malaysia adalah milik orang Melayu dan kaum lain perlu menghormati kedaulatan Raja Raja dan orang Melayu di negara ini.



Prinsip 'jus soli' yang dipersetujui cukup jelas memberikan taraf kewarganegaraan kepada orang Cina dan India dengan syarat menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu.

Fakta sejarah tidak akan berubah sama sekali. Ini bukan permasalahan konsep 1 Malaysia, Bangsa Malaysia atau Wawasan 2020 ... cuma sikap Mahfuz Omar untuk melagakan TDM dan DS Najib dikesali.

Sepatutnya si tolol Mahfuz Omar sudah lama mempertikaikan kenyataan timbalan editor Sin Chew Jit Poh, Tay Ting pada 2 Mac 2010 yang mempersendakan orang Melayu ... sebelum menyalak seperti anjing yang bertuankan DAP.


(Terjemahan)

76 pertubuhan NGO Melayu dalam satu barisan tertubuhnya “PERKASA” berjanji mahu perjuangkan hak orang Melayu dan Islam. Saya tergesa-gesa melihat tarikh kalendar, hari ini bukan bertarikh 1 Mac 1946; memang betul hari ini bukan tarikhnya.

Jika perjuangan itu disebut pada tahun 1946, sudah tentu tepat pada masanya dan diterima dan boleh masuk akal.

60 tahun dahulu, orang-orang Bristish mahukan masyarakat yang terbuka dan adil di negara ini maka mereka merancang mahu tubuhkan “Malaya Faderation” tetapi tidak disenangi oleh orang-orang Melayu pada masa itu, kerana orang-orang melayu bimbang kedudukan orang-orang Melayu dan Islam tidak terjamin, sebab itu pada masa itu orang-orang Melayu bergerak dan berjanji mahu mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu dan Islam.

Tetapi sekarang ini adalah tahun 2010, adakah masa itu terencat kembali masuk pada tahun-tahun silam itu?

Penjajah yang memerintah kita telah lama berambus tinggalkan kita, perikatan dan Barisan Nasional sudah setengah abad terus memerintah tidak lepaskan kuasa, projek DEB sudah dilaksanakan lebih 40 tahun, orang-orang Melayu sudah pun berkuasa, berkedudukan, berpengalaman dan menjadi bangsa yang bermartabat.

Apa lagi yang mahu mereka pertahankan sekarang ini?

Cuba anda fikirkan dan bayangkan jika ada sekumpulan orang-orang Amerika kuiti putih mahu pertahankan kaum kulit putih, dan menolak hak orang-orang Red Indian yang curiga terhadap hak dan kuasa orang-orang kulit putih apa akan terjadi?

Ataupun NGO-NGO di negeri China mempertahankan hak orang-orang kaum Cina Han, supaya tidak dianiaya oleh orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur?

Di Amerika hanya dapat dengar orang-orang Amerika dengan sendirinya tubuhkan NGO-NGO pertahankan hak hak orang Red Indian, di negeri China, sebilangan orang-orang China yang sedar mahu perahankan hak-hak orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur yang dikatakan kaum minoriti.

Jika masa depan atau nasib sesuatu bangsa itu tergugat barulah dipetahankan, jika tidak ia hanya disebut Quixotic, jika tidak walaupun dikelilingi musuh, ia hanya untuk memenuhi kerakusan diri sendiri dan impian diri sendiri. Perkataan Quixotic ini datangnya dari perkataan Don Quixote penulis Spanyol 400 tahun lalu.

Don ceritakan kisah seorang penghuni di ceruk kampong, oleh kerana terlalu banyak membaca buku-buku cerita dongeng pahalawan, terjebak ke dunia khayalan, pada satu hari beliau ambil lembing dan perisai serta memakai baju besi pergi ke sebuah tasik untuk menjadi pejuang.

Apabila beliau nampak kincir angin beliau anggap itulah gergasi yang beliau mahu tewaskan, daun kipas kincir angin itu mematahkan lembing dan beliau terjatuh dari kuda yang ditunggangnya.

Cerita kisah Don banyak jenakanya, akhirnya beliau sedar dari dunia khayalan itu, akhirnya beliau faham bahawa cerita di dalam buku cerita itu semuanya dongeng dan khayalan belaka.

Helo! Helo! Perkasa, GPMS, Mubarak dan lain-lain NGO-NGO Melayu, anda semua tidak apa-apa ke? Adakah anda masih beramai-ramai bermimpi, berngigau dan dalam khayalan lagi? Cuepacs! Bukankah kamu semua pertubuhan Ngo kakitangan kerajaan? Kenapa tidak perjuangkan hak kakitangan kerajaan? adakah kamu semua termasuk salah haluan?

Jangan risau, di bumi Malaysia ini, tiada seorang pun yang berani mencabar hak-hak kamu semua, jika hak-hak kamu semua itu berlandaskan perlembagaan Negara.

Tetapi dalam dunia globalisasi hari ini, Malaysia adalah Negara yang bersikap terbuka, sudah tentu orang-orang Melayu sudah sampai masanya mampu bersaing.

Inilah yang sepatutnya dan masalah yang perlu difikirkan oleh kamu semua 76 buah NGO-NGO Melayu ini


Dan Mahfuz Omar perlu menutup mulut busuknya serapat yang mungkin! Tidak perlu mencuba untuk menjadi 'anjing belaan terhebat' DAP.

Mahfuz Omar sepatutnya sudah lama mempertikai 'Malaysian Malaysia' ciptaan dongeng DAP. Mungkin Tony Pua juga perlu menunjukkan dimana terdapatnya 'Malaysian Malaysia' di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sepatutnya sudah lama Mahfuz Omar menjentik kerandut Tony Pua ... Kiblat DAP dari Singapura. Singapura lebih jauh 'supremacist' sebenarnya. Melayu langsung tidak dihormati di Singapura!


Amat memalukan ahli Parlimen Pokok Sena ini sanggup menjual harga diri sebagai seorang Melayu semata mata untuk memperhambakan diri kepada tuan yang bernama DAP!

Maaf ... GWM terlupa! ... Mahfuz Omar juga sama seperti Nik Aziz yang tidak mengaku sebagai orang Melayu. Memang tidak salah jika dikatakan PAS adalah kuda tunggangan seumur hidup DAP!

Ini sebenarnya bukanlah persoalan mengenai TDM dan kenyataan perkauman beliau ... tetapi lebih kepada umpan yang dipasang oleh pihak pembangkang
.


sumber / pautan:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-najib-perlu-respons-isu-tanah-melayu-mahathir/


4 comments:

Pemerhati said...

Kenapalah PAS tak habis2 buat bodoh?
Sedar tak PRU13 dah hampir sangat?
Nak undi orang Melayu ke tak mahu?
Cukup ke dgn undi Cina sahaja?
Melayu mudah lupa ..........

Anonymous said...

bak kata Tun Mahathir...kalau sejarah boleh diubah sesuka ati dan ikut citarasa masing2....maka akhirnya akan jadi lah cerita dongeng....

wallahu'alam...

Anonymous said...

Inilah kemungkinan spesis dajal pendusta yang diceritakan Allah dalam surat Al-A'raf (ayat 187) untuk memenohi dunia dan seterusnya menjadi Ya'juj dan Ma'juj bagi membawa kecelakan dunia.Ref. juga surat al-kahfi ayat 94 dan surat al-Anbiya' ayat 96. kemungkinan inilah pertanda khimat semakin hampir.

Anonymous said...

tolong link kn sy tuan...