Thursday, February 23, 2012





Yang dipersoalkan ialah daripada jumlah kutipan zakat tersebut, berapa banyak sebenarnya yang telah dibelanjakan bagi kelapan-lapan asnaf? Kalau di Selangor, ada pula ijtihad yang meletakkan seseorang yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam asnaf fisabillah, sekalipun bidang pembelajarannya nanti tidak digunakan untuk umat, sebaliknya untuk diri sendiri. Bagaimana pula dengan di Kelantan?

Kalau mengikut jumlah kutipan zakat, tidak sepatutnya wujud golongan fakir miskin di Kelantan lagi. Malah tidak seharusnya Kelantan berada dalam kedudukan negeri-negeri termiskin di Malaysia, memandangkan majoriti penduduk Kelantan adalah orang Islam.

Berdasarkan perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kelantan merupakan negeri kedua mencatatkan bilangan penerima bantuan JKM tertinggi di Malaysia. Tahun 2010 sahaja, jumlah penerima bantuan JKM adalah 30,751 orang berbanding 26,099 orang pada tahun sebelumnya.


Apakah pentadbiran PAS Kelantan benar-benar telah membahagi-bahagikan WANG RAKYAT itu terutama untuk golongan fakir dan miskin atau PAS Kelantan juga mengamalkan budaya, setiap sen adalah HALAL untuk sebarang kegunaan, termasuklah wang zakat untuk kegunaan peribadi seperti yang berlaku ketika PAS memerintah Terengganu tidak lama dahulu?





Data statistik yang GWM kumpulkan mulai tahun 2001 hingga 2011 menunjukkan jumlah terkumpul kutipan zakat berjumlah RM 458,245,504 ... hampir setengah billion.

Agak malang kerana data yang dikumpul terpaksa diambil dari sumber luar!

GWM akui ada kebenaran seperti yang dilaporkan oleh portal Detik Perubahan. Tidak ada sebarang jadual menunjukkan perbelanjaan sebenar yang diuruskan bagi kelapan-lapan asnaf dalam portal rasmi MAIK.

GWM tidak mahu PAS mencemar dan mengotorkan imej dan kredibiliti YTM Tengku Muhammad Faiz Petra sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). 

Apatah lagi baginda adalah Sultan Kelantan.

Barangkali juga, merembat duit zakat adalah manifesto baru Parti Adat & Sosialis ...



4 comments:

hangkedee said...

Kohilal,tabung memali kenapa bagimana,kemana...wang pergi siapa nak tolong jawab do.?

Anonymous said...

senang je jawapan dia. dia akan salahkan JAKIM kononnya JAKIM yang kontrolkan wang zakat ni...lepas tu nanti persekutuan yang tak benarkan..walaupun sebenarnya tertakluk pada kerajaan negeri.

Anonymous said...

MB kelate kena jelaskn pada rakyat jelata mane gi zakat tu..zakat nie hok ore susuh...

Anonymous said...

Saudara, Zakat dibawah MAIK. Tiada kaitan dengan politik atau kerajaan negeri. MAIK dijaga sepenuhnya oleh pihak istana. Harap jangan cuba cemarkan imej Sultan. Sila rujuk MAIK untuk penjelasan.