Tuesday, February 21, 2012


Hilmi Hazimin Malek, rakyat Malaysia yang ditangkap di sini kerana terbabit dalam kes pemalsuan dokumen pengenalan diri, mengaku dia pernah bercinta dengan Elizabeth Wong tetapi menafikan dia menyebarkan gambar-gambar kontroversi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Kosmo! di sini semalam, Hilmi enggan mengaku mahupun menafikan mengenai dakwaan bahawa dia merakam gambar-gambar kontroversi Elizabeth, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang tersebar di Internet pada Februari 2009.

Hilmi memberitahu, dia tidak sejahat seperti yang sesetengah pihak di Malaysia fikirkan mengenai dirinya.

Menurut lelaki berusia 37 tahun itu, gambar-gambar Elizabeth, bekas kekasihnya yang berusia 40 tahun, tersebar dalam Internet tidak lama selepas telefon bimbit miliknya hilang.

“Saya tidak tahu siapa yang sebarkan. Yang saya tahu telefon bimbit itu sudah lama hilang,” cerita Hilmi yang terkejut dengan kehadiran wartawan Kosmo! di Batam semalam.





Hilmi Malik kata beliau tidak jahat yang disangka
Hilmi Malik kata beliau tidak mengambil gambar Eli Bogel
Hilmi Malik kata bukan beliau yang sebarkan gambar Eli Bogel
Hilmi Malik kata telefon bimbit miliknya hilang dan gambar eli Bogel mula tersebar
Hilmi Malik kata beliau berharap pihak polis jangan menangkap beliau
Hilmi Malik kata perbelanjaan beliau dibiayai oleh PKR

Soalan kuiz minggu ini ... ANGKARA SIAPA SEBENARNYA ... Hahaha ...






5 comments:

Anonymous said...

Memang dari mula ada beberapa perkara yg tidak logik.

1- Mengapa Hilmi sebarkan gambar Eli Wong?
2- Kalau sebab duit, dah tentu Eli bayar....takkan Eli takde duit kan.
3- Mengapa ada orang yg membayar Hilmi untuk lari dari disoal siasat oleh polis supaya dapat cerita sebenar.
4- Mengapa timbul pula gambar2 yg lebih serius selepas Hilmi ditahan oleh pihak Indonesia? Siapa punya kerja?

Semua ni akan terjawab tidak lama lagi bila Hilmi dapat disiasat oleh PDRM. Apa pun perangai mereka berdua ni tak bermoral dan Eli sebagai MP nak nasihakan remaja pun tak boleh. Elok Eli masuk Islam dan kahwin jelah dengan Hilmi tu.

Anonymous said...

itulah namanya taktik sorok bukti,supaya pihak lawan dituduh tanpa dpt disiasat perkara sebenar.malang TBH dibunuh oleh gangster DAP sblm smpt jd saksi skandal rasuah.SPRM jd mangsa.

Anonymous said...

Mungkin dia lari sbb kena ugut juga..

Anonymous said...

Angkara hantu kak limah kot !!

Anonymous said...

Azmin ali ada perhubungan dengan Eli? Azmin Ali tangkap gambar Eli? Azmin Ali edarkan gambar Eli?