GELOMBANG WANGSA MAJU: 05/16/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Saya CABAR Ambiga & Bar Council ... PECAT KEAHLIAN SAYA - Khairul Azam

| Wednesday, May 16, 2012






Fakta saman yang dilakukan oleh Mohd Khairul Azam Abdul Aziz terhadap Majlis Peguam


4 Mei 2012 (jam 1.05 petang) - Setiausaha Majlis Peguam telah memuat naik notis panggilan Mesyuarat Agung Luar Biasa dalam laman web Badan Peguam.

4 Mei 2012 (jam 11.29 malam) - Setiausaha Majlis Peguam telah memuat naik usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa dalam laman web Badan Peguam.

4 Mei 2012 - Setiausaha Majlis Peguam keluarkan notis Mesyuarat Agung Luar Biasa dalam tempoh masa genap 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Luar Biasa (11 Mei 2012) diadakan.

Kesemua ahli-ahli badan peguam memerlukan masa sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh notis EGM untuk memfailkan apa-apa usul balas untuk dibincangkan sewaktu Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan.

Hak kesemua ahli-ahli badan peguam telah dinafikan oleh Majlis Peguam.

Setiausaha Majlis Peguam gagal mengeluarkan notis usul Mesyuarat Agung Luar Biasa secara sekali sahaja. Notis dikeluarkan secara berselang 10 jam. Sedangkan dalam akta notis dan usul perlu dikeluarkan secara serentak dan sekali.



Takkanlah Majlis Peguam tak faham undang-undang ...



Ambiga CEMAS ... Saya Akan LANYAK BAR COUNCIL HARI INI - Khairul Azam

|

"Saya terkejut dengan pengakuan Ambiga bahawa tatacara yang dilakukan setiap kali mesyuarat badan guaman itu adalah sesuatu amalan yang biasa dan normal," tambah Khairul Azam.

"Amalan kebiasaan kata Ambiga, amalan kebiasaan untuk ada pengundi hantu, amalan kebiasaan untuk mana-mana ahli masuk kedalam mesyuarat tanpa pengesahan kad pengenalan, amalan kebiasaan untuk mengundi dengan cara angkat tangan, amalan kebiasaan hanya enam orang ditugaskan untuk mengira undi ribuan yang hadir," kata Khairul Azam dengan nada yang kesal.






Barangkali Ambiga menyesal kerana mulut celuparnya mengakui prosedur mengundi sesuatu usul dalam mesyuarat Majlis Peguam tidak mengikut peruntukan Seksyen 65(4A) Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Hari ini saudara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz akan memfailkan saman memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Luarbiasa badan guaman itu sebagai tidak sah dan terbatal di Mahkamah Tinggi Jalan Duta jam 11.00 pagi.



GWM akan cuba 'update' berita ini secepat mungkin untuk melihat saat kejatuhan Majlis Peguam yang sudah tidak lagi menjadi sebuah badan profesional guaman negara.



Golongan Belia Penentu Masa Depan Negara - Najib

|



Golongan belia yang mewakili 45 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berperanan besar dalam menentukan masa depan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyedari hakikat amanah yang dipikul golongan pewaris kepimpinan negara itu adalah besar, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa merasai, merujuk dan memahami pandangan dan aspirasi generasi itu dalam setiap perancangan yang dibuat.





“Sesungguhnya masa depan negara terletak di tangan golongan belia, sama ada kesejahteraan kebangsaan akan semakin meningkat dan kemakmuran terus dinikmati semua warga Malaysia pada masa depan bergantung kepada anda sebagai pewaris kepimpinan negara.




 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU