Tuesday, May 22, 2012


Apa sekalipun Gomo lihat apa yang berlaku hari ini melalui sudut yang positif yang mana Datuk Yusof bertindak selaku seorang yang Profesional dalam menjadi peguam kepada Anwar Ibrahim. Soal berapa yang dibayar Anwar Ibrahim pasti menjadi buah mulut rakyat terutama para peguam lain namun yang pasti Anwar Ibrahim mampu membayar apa sahaja kepada yang sanggup membelanya asalkan persepsi keatas beliau pulih dan menonjol dimata rakyat Malaysia. - PAPA GOMO



GWM cukup tertarik dengan ulasan artikel sahabat blogger Papa Gomo dalam isu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang kini menjadi peguambela Anwar Ibrahim (bagi kes tuduhan mengingkari perintah majistret agar tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.)

Hakikatnya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden perlu memberi penjelasan penuh tindakannya menjadi peguambela bagi kes melibatkan Anwar Ibrahim kerana senario hari ini jelas dan bakal menghakis kepercayaan rakyat kepada sistem perundangan.

Sudahlah profesion guaman hari ini dilanda dengan masalah kredibiliti dan integriti ... ini bukan lagi perang persepsi, namun kita membicarakan mengenai etika profesionalisme guaman.



GWM rasa cukup terpanggil kerana melihatkan hubungkait dengan perjalanan kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan.

1) Kes ini berlarutan dalam satu jangkamasa yang panjang tanpa ada sebarang bantahan dari pihak pendakwaraya.
2) Khilaf berlaku dalam mendapatkan nama saksi-saksi alibi.
3) Menamakan Timbalan Pendakwaraya, Farah Azlina Latif sebagai sebahagian dari pasukan pendakwa, yang mana Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam pengetahuan, beliau boleh dihubungkaitkan dengan Saiful Bukhari Azlan.



Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden perlu memberi penjelasan kerana selama ini beliau, sebelum ini bekerja dibawah Jabatan Peguam Negara dan beliau dibayar gaji dengan menggunakan wang rakyat.

Ini bukan lagi perkara kecil dan remeh temeh kerana ia turut melibatkan integriti Peguam Negara dan jabatan yang dinaungi. Organisasi ini mempunyai kuasa penuh dalam menentukan sama ada kes-kes tertentu yang layak untuk dibicarakan atau tidak.

Perkara yang sama pergi ke sama ada rayuan boleh dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi atau tidak. Amat mendukacitakan 'jika sekiranya' berlaku sebarang unsur rasuah mahupun salahguna kuasa.



GWM tidak akan menyalahkan rakyat jika badan perundangan, badan guaman dan sistem kehakiman mula diragui, seolah-olah keadilan boleh ditentukan melalui bidaan wang ringgit yang tinggi.

Lihat sahaja kepada laporan polis palsu yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam kes yang membabitkan video seks lelaki gersang miripnya ...

Langsung tiada tindakan mahkamah diambil untuk menyabitkannya yang telah membuat laporan polis palsu ...



17 comments:

Ular Menyusur Akar said...

UMA rasa pun ada something wronglah dengan orang nie....

Tapi yang penting, Allah telah membuka satu persatu kekusutan dan kekeliruan yang di hadapi oleh rakyat supaya mudah rakyat memahaminya. Kalau tidak, rakyat terus tertanya-tanya....

Syukur, Allah telah memperkenankan doa rakyat majmuk.

Anonymous said...

Makan Rasuah Ibarat Anda Mengutip Sisa-Sisa Makanan Dari Dalam Tong Sampah Dan Disuap Ke Mulut Anak-Anak Anda.

Karut said...

Hanya perbicaraan di akhirat sahaja yang benar dan tulin. Bicara di dunia hanya lakonan manusia sahaja.

Anonymous said...

aku dah tak perundangan di malaysia

Anonymous said...

ooo baru tahu yer sakitnya rasuah,selama ni umno rasuah sampai melayu miskin 5 dekad lebih tak penah fikir pun kan...nah sekarang rasakan betapa buruknya rasuah...

Anonymous said...

sejak bila badan guaman tercalar ni? ni semua angkara melayu umno bodoh la, dtg kat lawyer tp duit tak nak bayar, lawyer hambat balik la.lepas tu buat cerita lawyer tak baik la, makan duit la... apsal org cina tak penah komplen pun, sebab diaorang peniaga, diaorang tahu yg semua benda mana ada percuma. Bodoh tul melayu umno. orang pas yang miskin pun reti bayar perkhidmatan orang. Blogger bingai pun makan sampai juta2 padahal postings macam sial je.

cikgu det said...

papagomo kias bahasanya tak sama dgn blogger lain dalam hal ini,tapi persepsinya tetap sama wlupun masa kes liwat tu sedang berjalan!yang berhak tuduh hakim,atau siapa2 tak adil,dibeli hanyalah anwar,dan kuda2!

Anonymous said...

Nampaknya dah nampak sikit2 Jabatan Peguam Negara ada kotoran. Mohon kita sama2 membuat solat hajat semoga Allah merahmati kita dan segala yg mungkar itu akan mendapat balasan yg setimpal dariNya.

Anonymous said...

Tahupun smua benda mana ada yg pcuma...yg mahasewel rusuh bantah dlm bershit 3.0 utk mansuhkan PTPTN n minta krjaan bgi pgjian pcuma kat pljar IPTA/s apa jahanam pok....harap gaji mkan tlur ayam jak hri2...klau x ada duit haram x mis mkan restoran...ampal tubal2 pnya orng..

Anonymous said...

Melayu miskin sebab UMNO rasuah selama 50 tahun?

KAH3!!!!!

lu lawak la bro...dulu skola SRP lepas tak bro?

kah3!!!

lu yang miskin PEMALAS...lu salahkan orang lain atas nasib suwey lu

lu dgn hanjeng...hanjeng lagi tau berterima kasih

Anonymous said...

Orang melayu miskin bukan pasal UMNO sebab ramai yang malas semua nak percuma kerja malas.

Anonymous said...

pendapat saya, dalam dunia ini ada 2 jenis manusia yang boleh merubah keadaan asal/asli.
i. PELUKIS mereka boleh merubah dari warna asal kepada warna yang berbeza.

ii. adalah PEGUAM mereka juga mampu merubah perkara yang asal/asli kepada kepada perkara BERBEZA dari asal/asli.

dalam kehidupan kita hari ini peguam memainkan peranan dari kelamahan masyarakat, contoh:

kita beli rumah dan perlu menandatangani SMP yang mengenakan kita membayar yuran peguam. Kita yang membayar untuk perlindungan hak kita dan PEMBELAAN kepada pemaju. Jika pemaju gagal melaksanakan/menyiapkan rumah, apa akan jadi? SMP tidak melindungi kita sebaliknya kita kena bayar yuran peguam sekali lagi untuk mendapatkan hak kita di mahkamah.

dan banyak lagi contoh lain....

Anonymous said...

kalau ikutkan pembangkang depa yang pakai ferari masih dianggap miskin

Anonymous said...

mudahnya peguam dapat peluang buat duit

semalam dapat call hari ini dapat rezeki bergolek

Anonymous said...

Kalau jumpa peguam dan ular..tolong tembak peguam dulu pasal mereka ni pembelit dr ular...cuma tahap peguam bawah sikit aje..ada satu puak yg raja pembelit..pkr

terajang betul betul said...

Aku rasa,brader yusof ni,nak jadi macam brad pitt kot dalam cerita sleepers.Kalau dia buat macam dalam cerita tu,aku tabik la brader yusof ni.

Nak tahu cerita tu,buka link bawah ni.

http://www.bradpittnow.com/movies/sleepers/brad_pitt_sleepers.php

Anonymous said...

tanpa nama....may 22 2012 11:23 pm. ...
Masalahnya lawyer berniaga guna duit sendiri, bukan guna duit umno. peguam bukan dapat duit percuma tapi peguam tawar perkhidmatan dengan usaha diaorang. Mana boleh percuma. Kalau ko boleh janji untuk tanggung overhead legal firm kalau diaorang bagi perkhidmatan percuma, aku yakin esok juga semua peguam akan buat kerja free sebab tak perlu tanggung hutang lagi. Bodoh punya statement. mcm sial.
Kerajaan pula dapat duit percuma dari cukai dengan kuasa yang ada maka layaklah kerajaan kembalikan wang kepada rakyat. Kerajaan dipilih oleh rakyat, bila masa pula lawyer dipilih oleh rakyat?