Wednesday, May 16, 2012







Fakta saman yang dilakukan oleh Mohd Khairul Azam Abdul Aziz terhadap Majlis Peguam


4 Mei 2012 (jam 1.05 petang) - Setiausaha Majlis Peguam telah memuat naik notis panggilan Mesyuarat Agung Luar Biasa dalam laman web Badan Peguam.

4 Mei 2012 (jam 11.29 malam) - Setiausaha Majlis Peguam telah memuat naik usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa dalam laman web Badan Peguam.

4 Mei 2012 - Setiausaha Majlis Peguam keluarkan notis Mesyuarat Agung Luar Biasa dalam tempoh masa genap 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Luar Biasa (11 Mei 2012) diadakan.

Kesemua ahli-ahli badan peguam memerlukan masa sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh notis EGM untuk memfailkan apa-apa usul balas untuk dibincangkan sewaktu Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan.

Hak kesemua ahli-ahli badan peguam telah dinafikan oleh Majlis Peguam.

Setiausaha Majlis Peguam gagal mengeluarkan notis usul Mesyuarat Agung Luar Biasa secara sekali sahaja. Notis dikeluarkan secara berselang 10 jam. Sedangkan dalam akta notis dan usul perlu dikeluarkan secara serentak dan sekali.



Takkanlah Majlis Peguam tak faham undang-undang ...



0 comments: