PETALING JAYA, 24 Mei 2012 - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim pada Khamis menempelak tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengharamkan tulisan Irshad Manji dalam buku Allah, Kebebasan dan Cinta.
Menurut Zaid, jabatan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan buku Irshad yang dikenali sebagai pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
"Jakim tak ada kuasa haram buku pun. Ini masalah menteri tak faham tugas. Menteri Jakim tak ada kuasa haram buku. Menteri Dalam Negeri ada kuasa," kata Zaid yang dipetik menerusi akaun twitter miliknya pada Khamis.
Komen Zaid itu dipercayai merujuk kepada tindakan Jakim memutuskan buku Irshad haram kerana bertentangan dengan ajaran Islam.
Jakim mengemukakan perakuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta penjualan buku karya warga Kanada kelahiran Uganda itu diharamkan selepas kajian mendapati ia mengandungi unsur liberalisme dan boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.
Mengulas lanjut Zaid turut mempersoalkan keputusan pengharaman yang dibuat Jakim bersandarkan kepada kandungan unsur liberalisme. "Mengapa Jakim sangat takut dengan idea liberalisme? Mungkin mereka fikir ia seperti komunisme.
"Penulis liberal memberi pandangan yang agak lembut mengenai agama. Berbuat baik...memaafkan, tidak hanya mengenai neraka dan hukuman. Apa yang salah mengenainya?" katanya.
Buku Irshad diterjemahkan daripada versi bahasa Inggeris dan dilancarkan di ibu negara pada Sabtu lalu.
Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melarang Irshad mengadakan sebarang program, forum atau ceramah di negeri itu, termasuk program di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Monash, di Bandar Sunway pada 18 Mei lalu.
Program dijadualkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dibatalkan.
Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.
sumber : KLPOS
Lagi artikel menarik, klik KLPOS
Setujukah rakyat yang beragama Islam di negara ini dengan pandangan Zaid Ibrahim ...
11 comments:
aku nak tunggu jer jawapan dari PASamdul ...... tak cepat melenting pun ... mana pegi nya Din Tantawi?
menerima aliran lebih liberal ... hem seperti membuka pintu rumah untuk kaum nabi lut masuk ... engkaulah buka wahai berahim ... kami tak mahu ...
Siapa yang tak faham Apa..menyalahkan orang lain yang lebih maklum.Jakim mengharamkan atas kapasiti Agama dan kuasa yang diberikan dan menyarankan KEPADA KDN agar mengharamkan buku tersebut.Zaman orang tahu semua hal dah berlalu..Zaid lupa agaknya.
Zaid tengah mabuk sebab tu melalut. Dia yg tak faham le tu....
risau bila tengok keadaan sekarang....
tanda dunia akhir zaman
Zaid Bukan mabuk tapi Murtad
Nak tanya hal bunga bukan kpd BEROK!nak tanya hal AGAMA bukan tanya zahid.
Kalau pakai otak dia sama-sama ke nerakalah kita!
Org yg BODOH dan KOLOT saja yg tak meneguk arak. Org yg bijak dan moden akan meneguk arak. Org itu = ZAID.
Zaid tengah meroyan, parti dia takde sambutan. Berangan nak jadi presiden, buat parti baru. Last2 buat statement yang merapu muga2 dapat sokongan dan simpati, memangla dapat, tapi dari kafir2 harbi dan melayu2 yang totok agama sashaja. Kecik2 taknak mapos, dah tua menyusahkan orang...petuuuuuui.
hahaha...zaid trlbih minum la..xpasal2 jd camtu...laen kali, jngn mabuk tau! 6ti mnyusahkn orang laen jer nak berbahas..hahah
Post a Comment