SHAH ALAM, 23 Mei 2012 - Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin mendakwa negara akan menjadi muflis sekiranya janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dilaksanakan jika ditakdirkan mereka menjadi kerajaan.
Menurutnya merujuk kepada Buku Jingga Pakatan Rakyat, jika pemansuhan PTPTN dan lain-lain janji di dalam buku tersebut dilaksanakan, tidak hairan Malaysia akan turut bankrap seperti yang berlaku di Greece.
Beliau berkata demikian di dalam debat bersama Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli anjuran akhbar Sinar Harian yang bertemakan ‘Pemansuhan PTPTN Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ di Shah Alam malam tadi.
“Negara akan muflis dalam dua hingga tiga tahun jika janji bulan dan bintang pembangkang dilaksanakan.
“Ini kerana negara dan rakyat terpaksa memikul beban perbelanjaan RM 170 bilion setiap tahun jika PTPTN dan subsidi serta pinjaman lain seperti konsesi tol dimansuhkan sama sekali.
"Itu sahaja (pemansuhan konsesi tol) RM 170 bilion, campur RM 18 bilion cadangan hapus PTPTN dan pendidikan percuma, jumlahnya RM 188 bilion setahun. Belanjawan tahun ini RM 233 bilion. Tolak RM 188 bilion, tinggal RM 45 bilion. Hendak bayar gaji kakitangan awam pun RM 52 bilion. Bayar gaji pun tidak mampu, negara kita akan muflis," katanya.
Menurutnya lagi, janji-janji yang diutarakan Pakatan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu masih belum terlaksana apatah lagi janji-janji yang baru seperti memansuhkan pinjaman PTPTN.
Beliau mengambil contoh kegagalan kerajaan negeri Selangor di dalam menunaikan lapan janji utama yang dibuat pada PRU ke-12 termasuk memastikan pendidikan percuma untuk kanak-kanak tadika.
“Ini baru pendidikan untuk kanak-kanak tadika yang mereka tak boleh biayai, apatah lagi nak bela pelajar universiti,” kata Khairy yang juga merupakan ahli parlimen Rembau.
Klik artikel seterusnya, RAFIZI KENA MAIN DENGAN ANWAR
Boleh tahan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni. Cukup mudah menangkis serangan dan mematahkan hujah Rafizi 'The So Called Accountant' Ramli.
Masuk bab Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli mula menggelabah, merapu meraban 360 darjah ...
Cuma ada suara-suara sumbang yang begitu galak mengatakan kononnya kedua-dua pemimpin ini masih lagi tidak mencapai tahap kematangan berpolitik.
Dan suara sumbang ini juga sebenarnya masih belum mencapai tahap kematangan yang sewajarnya, sekalipun sudah berumur.
Jika sekiranya masih lagi dibuai mimpi reformasi, Tun Dr Mahathir dijadikan musuh hakiki.
Anwar Ibrahim tidak pula disentuhnya ...
Cuma ada suara-suara sumbang yang begitu galak mengatakan kononnya kedua-dua pemimpin ini masih lagi tidak mencapai tahap kematangan berpolitik.
Dan suara sumbang ini juga sebenarnya masih belum mencapai tahap kematangan yang sewajarnya, sekalipun sudah berumur.
Jika sekiranya masih lagi dibuai mimpi reformasi, Tun Dr Mahathir dijadikan musuh hakiki.
Anwar Ibrahim tidak pula disentuhnya ...
7 comments:
Pengarah stratejik takkk stratekij punnn..adam adli lagi bagos mau mansuh teros!!!!
Mohon dimansukan semua jenis yuran di KUIS.
lie lembu pakatan nie kira makanan la...
macam cucuq ja...
pejuang hamas...
Tahniah dan bravo KJ... walau aku tak berapa suka sangat dulu kat KJ ni tetapi gua respect dia punya kebijaksanaan.. satu satu pemimpin muda yang ada x faktor cuma dulu tak digunakan pada tempat yang betul.. KJ sekarang nampak dah lebih matang..bukan macam yang pemimpin UMNO yang kat perak tu...yang nak masuk DAP ...angin tak bertempat lepas tu nak nangis..pirrraaaaahhhh.
nak mansuhkan tol..mana janji PR nak mansuh tol sg nyiuor du pulau pinang..tol kena banyr 50sen je,,janji nak mansuh tp sampai skarang x buat lg
Buat macam rakyat Tranung tahun 1998 dulu, bila PAS menang je, mereka pakat-pakat tak bayar Toll. Bukan salah mereka sebab PAS dah janji.Akhirnya PAS terpaksatutup Toll tu.
Jadi kalau PR menang PRU 13 nanti, marilah kita pakat-pakat tak bayar Toll dan PTPTN. Biar huru hara jadinya.
tak payah la cerita mansuh itu ini, janji nak ngecat flat pun tergagap nak tunaikan PR oii ..
Post a Comment