Monday, May 21, 2012




Pengumuman perletakan jawatan Senator Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Presiden DAP dan juga perisytiharan keluar parti sememangnya telah menggemparkan banyak pihak.

Tunku Abdul Aziz pernah menyatakan diawal penyertaan beliau di dalam DAP bahawa terdorong untuk menyertai DAP kerana berkongsi nilai dan idea yang sama dengan DAP.

Sebagai seorang individu yang bermaruah dan berkredibiliti tinggi, Tunku Abdul Aziz pastinya tidak menyangka bahawa tindakan beliau yang telah terjun dalam bidang politik secara serius melalui DAP sama sekali bertentangan dengan ketinggian integriti yang dimiliki beliau.

Namun, pada ketika beliau menyampaikan pandangannya yang sama sekali tidak menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan, ia telah mengundang persepsi negatif pimpinan tertinggi DAP kepada beliau.

Rentetan daripada perisitiwa tersebut, jawatan Senator yang dipegang oleh Tunku Abdul Aziz telahpun ditamatkan sungguhpun pimpinan DAP sebelum itu pernah menyatakan bahawa kontrak beliau sebagai Senator akan disambung.

Prinsip C.A.T yang merujuk kepada CEKAP, AMANAH dan TELUS dan diwar-warkan oleh DAP kini hanya tinggal pada nama sahaja atau lebih tepat lagi dilabelkan sebagai “gimik politik” mereka.

Perbezaan pendapat yang telah disuarakan oleh Tunku Abdul Aziz tidak diraikan sebaliknya ditempelak dan ditolak oleh pimpinan DAP dan pakatan pembangkang yang lain. Apakah keadaan ini boleh ditafsirkan sebagai telus?

Tindakan DAP yang menawarkan Tunku Abdul Aziz jawatan Felo Kanan di Penang Institut yang berada di bawah pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan gaji lumayan RM50,000 sebulan hanyalah sebagai usaha untuk menutup kelemahan DAP yang langsung tidak boleh dikritik atau dipersoalkan oleh ahli-ahlinya sendiri. Adakah perbuatan ini juga boleh ditafsirkan sebagai AMANAH? Tepuk dada, tanya selera.

Tidak keterlaluan juga dikatakan, DAP yang ada pada hari ini juga seolah-olah tidak menghormati piagam Perlembagaan parti itu sendiri kerana jika diperhatikan piagam parti ini yang menyebut.... Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, dan penghormatan kepada hak-hak asasi manusia serta merangkumi ideal-ideal kebertanggungjawaban, kesaksamaan, keadilan dan pemeliharaan martabat manusia.

Persoalan yang seharusnya dijawab oleh DAP ialah dimanakah amalan kebebasan anda? Adakah parti anda pada hari ini faham tentang makna demokrasi? dan adakah hak-hak asasi manusia yang bernama Tunku Abdul Aziz ini benar-benar dihormati?

Dimanakah nilai kebertanggungjawaban Lim Guan Eng yang menawarkan jawatan Felo Kanan di Penang Institut kepada Tunku Abdul Aziz? Adakah perlembagaan ini benar-benar diamalkan oleh DAP ataupun ianya hanya tinggal perlembagaan semata-mata? 

DAP sepatutnya sudah boleh melupakan prinsip CAT yang diamalkan tetapi harus mengubahnya kepada CACAT...


sumber : KLPOS

0 comments: