Friday, May 25, 2012







SHAH ALAM, 25 Mei 2012 - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangor menafikan pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika disebabkan selepas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN yang gagal melunaskan janji-janji pilihanraya umum 2008.

Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan cek Bantuan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Fasa Satu 2012, semalam.

Pengumuman pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika itu dilakukan sehari selepas Khairy membangkitkan perkara tersebut dalam debat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dianjurkan oleh media Sinar Harian, Selasa lalu.

Khairy dalam debat PTPTN itu membidas sikap retorik pakatan pembangkang memberikan pendidikan tinggi percuma sedangkan dalam masa yang sama tidak pernah melaksanakan janji mudah untuk memberikan bantuan RM50 kepada murid tadika sejak memegang pentadbiran kerajaan negeri Selamgor selepas empat tahun lamanya.


Halimah menafikan pengumuman bantuan tersebut dilakukan kerana mempunyai kaitan rapat dengan apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu dan menganggap ia adalah secara kebetulan sahaja.

"Saya tidak dengar apa yang Khairy cakap. Ini secara kebetulan dan tidak ada kena-mengena dengan Khairy, malah ia sebenarnya dalam perancangan fasa keempat program Merakyat Ekonomi Selangor (MES)," katanya.

Dalam majlis Penyerahan cek Bantuan SJKC dan SAR tersebut, Halimah mengumumkan seramai 3,00 murid tadika berumur empat hingga enam tahun di Selangor, menerima bantuan RM50 sebulan dan tertakluk kepada keluarga yang berpendapatan RM1,500 kebawah mulai Julai ini.

Pemberian bantuan RM50 sebulan itu dilakukan selepas empat tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri Selangor, sejak memenangi pilihanraya umum pada tahun 2008.


sumber KLPOS



Kebetulan ye Dr Halimah Ali ... Selepas dua hari kena bedil dengan Ketua Pemuda UMNO ... hahaha ...



Hmmm ... kebetulan lah tu yek ...



15 comments:

arina said...

memang kebetulan le sgt. bantuan kan patut bg pd awal thn. kenapa lak dh dkt 1/2 thn br nk bg. nampak sgt ler penipu

usin said...

ujung2 dh dekat pru baru nk bagi. mcm ni punya belitpun ada. dh kena telanjang baru nk beli spender...kah!kah!kah!

Anonymous said...

Penipu pnya krjaan PKR Sgor.. Da empat thn br nk bg? Itu pn start bln 7.. Pemimpin Pakatan n pnyokong sama bodoh sama je pembelitnya..

Azizahns said...

PKR Parti kebetulan rakyat.. sume kebetulan..muka pun kebetulan

Anonymous said...

TU TANDANYER TERDESAK...
PILIHANRAYA DH NAK DEKAT

Anonymous said...

kena bagi yg tertunggak sekali sejak 3 tahun lps..RM 50 x 3 tahun x 12 bln= rm1800 . baru adil. sebab dah janji 3-4 tahun lalu...

Anonymous said...

Itu pun masih tipi lagi.. Dulu kata nak beri pada semua murid tadika.. La ni tertakluk pulak pada jumlah pendapatan....

Anonymous said...

Betul,,,betul,,,,tapi jangan harap lah ko na dapat backdated pay , baik duit tu anuar pakai untuk tiket kapal terbang ke BERHALA politik nya di Amerika

Anonymous said...

BR1M yg KERAJAAN BN BAGI UTK PENDAPATAN RM 3000 KE BAWAH..BERJUMLAH RM 500.00 SETIAP ORANG NI BANTUAN PRA SEKOLAH HANYA RM 50 UTK PRA SEKOLAH..MEMALUKAN DAN NAMPAK SANGAT TAK PANDAI KERAJAAN PR NI..

Anonymous said...

Diorang mana ada istilah BACKDATED PAY.. yang ada KASIK U PUNYA BACK, THEN WE WILL BACK , PERHAPS...
KEBETULAN la pulak, klu masa PM umum nak bagi BR1M, bleh lak diorang bgtau gula2 PRU13, kena tang diorang, semua kebetulan, bleh lak ckp tak dengar apayg YB KJ ckp masa debat. EXCO kemende camni.Bagi jadi EXPO FUNFAIR lagi baikkk...

Anonymous said...

Eh. dah empat tahun memerintah selangor baru minggu ni nak bagi RM50

WAH, KEBETULAN

SESUATU YANG TAK DISANGKA

Anonymous said...

PKR lu banyak kuat maen wayang cibai....

Azlansyah said...

kebetulan dah 4 thn baru teringat nak kasi RM50... kebetulan lagi, PRU belum start... kebetulan lagi dan lagi, nasib baik sempat kasi...

azah said...

mustahil dia tak mendengar ... kenapa lah suka nak bidaah pada bulan baik ni .......

Anonymous said...

RM 50..? sikit sangt tuh nak bagi.. nilai nye tak seberapa... habis buat beli lauk aje.. dan gule gule aje... nilai 50 sekarang tak sama macm dahulu..