Wednesday, May 30, 2012



IPOH – “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri. - SINAR HARIAN, 30 Mei 2012



Kalau diikutkan kata Nizar Jamaluddin, perkiraan harga bidaan bagi no plat kenderaan-kenderaan dibawah ini cukup murah ...


 
Nizar Jamaluddin kata harga no plat murah kereta Nik Aziz ... RM 15.00


 
Yang ini pun no plat kenderaan murah, RM 10.00 setiap satu - Nizar Jamaluddin


 
Nizar kata Kedah punya no plat ini lagi murah, RM 9.00 sahaja


 
Menurut Nizar Jamaluddin, paling murah adalah nombor plat kenderaan ini  - RM 1.50 sahaja, semasa beliau menjadi Menteri Besar Perak



Cuba baca, sekali lagi, kenyataan rasmi bekas Menteri Besar Perak ini ...

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin. - Sinar Harian, 30 Mei 2012.



Agak-agaknya, Nizar 'Putus Wayar' Jamaluddin sanggupkah menegur dirinya sendiri?

Gila ke apa gamaknya orang tua ni ...





 




5 comments:

ANGKATAN PEMIKIR said...

Tekanan perasaan berlebihan,1Perak dah tau dia autakuat..

Anonymous said...

Hairan macam mana orang sebebal begini boleh di angkat menjadi pemimpin, terang-terangan yang dia ni bebal.. Tan paham..tak pahammmm...

aliffnajmi said...

Bagi aku nizar mmg telah menghina sultan. Klu benar dia ikhlas menegur, knp dia gunakan bahasa bangsat mcm tu terhadap seorang sultan. Klu benar nizar tiada niat menghina, knp dia 'menegur' di tweeter yg boleh dibaca oleh ribuan pengikut?
Adalah lebih afdal jika nizar menulis teguran secara rasmi pada sultan. Lampirkan juga bersama surat tersebut surat2 rasmi lain dimana dia TELAH menegur N Ajis, N Abduh, Zizan dan pemimpin pembangkang lain serta diri sndri ttg 'pembaziran' ni.

Serban Jalur said...

Salah seorang daripada Anak didik Mursyidul Pok Nik Mahaguru.

Memang lidah tak bertulang.

HINDRAF pun kalah dengan perangai Anak Didik sekoq ni.

Lulusan Pondok Tok Aziz Serban Lilit.

Anonymous said...

jordan shoes
nike off white
golden goose
golden goose sale
palm angels outlet
jordan 6
yeezy boost 350
ggdb sneakers
goyard bag
hermes bags