Tuesday, May 8, 2012





KUALA LUMPUR, 8 Mei 2012 - Majlis Peguam menerima tamparan apabila seorang peguam, Ranjit Singh Dhillon, dari J Kaur, Ranjit & Associates mempertikaikan badan professional guaman itu yang didakwa menyembunyikan fakta bahawa peserta perhimpunan BERSIH 3.0 telah memasuki kawasan larangan justeru melanggar perintah mahkamah.

Dalam satu rakaman video di youtube selama 7.27 minit, peguam tersebut memberikan pandangan beliau secara professional dan bebas mengenai rusuhan sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 (rujuk www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=69dLDyVJFWA)

Beliau nyata hairan dengan sikap Majlis Peguam yang sepatutnya bertindak sebagai badan professional yang bebas, selaras dengan Akta Profesion Undang-Undang 1976, namun tidak berbuat demikian.

Ranjit turut mempersoalkan badan professional guaman itu yang tidak mengambil pendekatan menghubungi semua pihak dan agensi yang terlibat sebelum menerbitkan satu laporan terperinci dalam isu rusuhan sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0

Sebelum itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 diperhatikan "lebih ganas" berbanding ketika menangani perhimpunan sebelum ini.

Perkara yang dibangkitkan itu merupakan antara kandungan laporan awal badan itu, berdasarkan pemerhatian ke atas perjalanan perhimpunan.

Ranjit turut mempersoalkan sikap dan tindakan Presiden Majlis Peguam itu yang dilihat seolah-olah mewakili pemimpin dan parti-parti pembangkang, dan tidak lagi dilihat sebagai sebuah badan profesional yang bebas dan non partisan.

Beliau yang kesal menyatakan mukasurat 26 laporan awal badan itu menyebut peserta perhimpunan BERSIH 3.0 telah melakukan provokasi terhadap pihak polis, sekaligus membidas Lim Chee Wee yang membisu mengapa tidak disebutkan siapa sebenarnya yang mencetuskan keganasan pada perhimpunan itu.


Artikel selanjutnya, klik KLPOS







Mengapa Majlis Peguam berbohong dan sembunyikan fakta bahawa peserta BERSHIT 3.0 yang memulakan provokasi dan jmelanggar perintah mahkamah?

Mustahil peguam ini boleh mempertikaikan tindakan bodoh Majlis Peguam yang cuba menyembunyikan fakta sebenar.

Terbukti ... Majlis Peguam sudah menjadi alat politik manusia perosak dibawah ini.




6 comments:

Anonymous said...

kalu dah berpihak sangat ngan pembangkang, daftarkan majlis peguam sebagai parti politik, bergabunglah ngan puak2 bershit dan bertandinglah dalam pru13. malaysia tak perlukan majlis peguam yang terlalu buyers kpd pembangkang.

Anonymous said...

bubarkan saja majlis peguam ni.......takde faedah

ismaizaz said...

ini lawyer UMNO dah beli - MAJLIS PENGUAM ..... simple answer .... amacam .

Adi Kencana said...

Kalau siapa yg kutuk Pakatan, tu semua alat UMNO. Sapa yg kutuk UMNO, itu sebenarnya suara rakyat...

Begitulah lebih kurang fahaman geng Pakatan..

NURUL IZZAH JADI PENGUNDI HANTU DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Macam org PKR kata kat UMNO lah. Dan kita pun cakap lah balik, Majlis Peguam dah di bayar oleh PR. Ape macam.Memang betul lah. Tak bayar mane Peguam nak jalankan tugas.

Anonymous said...

Den kojo kek sebuah jabatan kerajaan kek negori jajahan pembangkang. Dah lamo den peghatikan puak-puak peguam pembangkang yang ado kaitan dengan tompek kojo den nie.. Osahh bangangg eh dio orghang nie.. Kok dalam meting, ucapan ko, pendapat ko cam bebudak bocakap. Kek luar loguh logah.. Kek dalam meting tak ngoti cakap.. Ado tu lagi parah sobab tanyo kerani cam den nie pasal undang-undang. Sapo la yang bangang lantik si bangang nie.. Adoi..

Majlis Peguam, lu orghang bikin gua susah tido malam, Bilo teringat kat lu orghang je.. Jongkeh hati gua tegolak. Abih tu camno nak tido..