Saturday, May 19, 2012


Pertembungan pandangan dan janji di antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib seharusnya membuka mata akar umbi parti itu.

Dengan pilihanraya umum semakin hampir, Pas perlu segera menyanggah pandangan sebagai sebuah parti yang tidak mampu membuat satu keputusan yang paling tepat. Hakikatnya sokongan dan undi majoriti parti ini datang dari orang Melayu dan fakta ini tidak boleh dinafikan sama sekali. Kesilapan percaturan dan strategi manifesto pada saat akhir bakal membunuh peluang Pas.

Pendirian dan jaminan Hadi Awang yang menyokong penubuhan negara berkebajikan seperti yang dipersetujui amat bertentangan dengan pendirian Harun Taib yang menjanjikan perlaksanaan hukum hudud dan meminda Perlembagaan Persekutuan. Ditambah lagi dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas ini yang sanggup menanggung risiko berpecah dari Pakatan Rakyat.

Hadi Awang boleh berkata pandangan Harun Taib tidak mencerminkan kedudukan parti dan sekadar pandangan peribadi, yang tidak akan mengganggu gugat 'Kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat' seperti yang telah dipersetujui sewaktu Konvensyen Pertama diadakan pada tahun 2009.

Mampukah Hadi Awang menyatakan pandangan Ketua Dewan Ulama Pas ini tidak melambangkan suara hati dan pandangan dari akar umbi parti? Bagai tersepit, Presiden Pas telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tidak akan melaksanakan hukum hudud jika Pakatan Rakyat menang pada pilihanraya umum kelak.

Rakyat, khususnya orang Melayu melihat perkembangan ini sebagai kepincangan dan payahnya Pas dalam mempersetujui sesuatu perkara. Pas tidak boleh lagi berjanji dalam ceramah-ceramah di pelusuk kampung melambung keutamaan perlaksanaan hukum hudud dan pada masa yang lain pula menjanjikan penubuhan negara berkebajikan.

Pas boleh berterusan dengan 'mind game' terhadap penyokong parti namun tidak kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Parti ini perlu ingat, dilema demi dilema berbangkit adalah disebabkan kepimpinan Pas yang acap kali cukup mudah bertukar fikiran setiap kali 'diserang' parti dominan dalam komponen Pakatan Rakyat.

Orang Melayu tidak gemar kepada sebuah parti yang lemah dari segi prinsip dan jati diri, mudah ditendang kesana kemari seperti lalang yang ditiup angin. Pendirian parti yang sering berubah-ubah lebih menampakkan betapa sesebuah parti itu tidak lagi mampu mendokong idealisme dan prinsip yang diperjuangkan.


sumber : KLPOS



Skrip dan plot cerita Parti Adat & Sosialis sebelum menjelang pilihanraya umum ke-13 lebih mudah dibaca kali ini.

Muzakarah bersama UMNO adalah jalan keluar terbaik dari kemelut yang dicipta oleh kepimpinan PAS sebenarnya. PAS sudah tersepit diantara 'perjanjian syaitan' Negara Berkebajikan bersama Pakatan Rakyat atau 'perjanjian syurga' Hudud bersama puak-puak dalam parti tersebut.

Nasihat GWM kepada kepimpinan tertinggi UMNO ...

"Mintak Nyawa ... Mintak Nyawa," kata Hadi Awang


Berhati-hati dalam menyambut salam dari puak-puak telah mengkafirkan UMNO, berhati-hati dengan puak-puak yang telah secara jelas mengatakan sembelihan oleh UMNO sebagai haram dimakan.

Berhati-hatilah dengan puak-puak yang telah menjanjikan 'syurga' terhadap pengikutnya, namun menghadiahkan pula 'neraka' kepada parti keramat orang Melayu ... UMNO.



5 comments:

Anonymous said...

Kalau x cakap MELATAH bukan PAS,memang x boleh dipercayai langsung!
Pemimpin macam ni bagi pegang emas pun jadi besi! Kalau bagi perentah Negara x taulah apa jadi,yg dapat bertahan lama sebab Pakai nama Islam je!kalau jenama lain dh lama bungkus!

Adi Kencana said...

Tanda jelas PAS dah tersepit.

HOT!! RAJA NONG CHIK & KELUARGA JADI MANGSA FITNAH POLITIK! Baca di sini.

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

umno merupakan sebuah parti yg dipenuhi oleh segala macam keburukan,rasuah,salahguna kuasa dll tiada kebaikan selain keburukan belaka seperti yg selalu diucapkan serta dilaungkan oleh pemimpin pas.walaupun muzakarah utk mencari kebaikan itu baik tapi kena waspada takut banyak rugi dari untung kpd umno

Anonymous said...

Dalam peperangan,kumpulan yang rasa akan menang tak akan mungkin minta diadakan gencatan senjata........ini macam taktik muawiyah ketika berhdpn Sy Ali jeeeeee.................

Anonymous said...

Tok aku cakap kalu jumpa ular,macha,orang PAS....pukul orang PAS dulu....ini dia cakap 25 taon dahulu....sekarang baru aku percaya.....