Thursday, May 24, 2012






PUTRAJAYA 23 Mei - Sebanyak 150 kenderaan dengan 100 buah kereta dan 50 buah motosikal berkuasa tinggi telah berkonvoi di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan bagi mempromosi Hinpunan Jutaan Belia Negara 2012.

Sebanyak 14 kelab dan persatuan kereta serta empat kelab dan persatuan motosikal dari seluruh negara menyertai Konvoi Hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

Antara yang terlibat ialah anggota kelab Lamborghini Kuala Lumpur , Blue Jcker, Kelab Honda, Kelab Exora dan Myvi Club, selain dari itu club Motocross, kelab Scuter MUSC dan Kelab Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Konvoi tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Datuk Borhan Dollah.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikenali sebagai peminat moto berkuasa tinggi turut menunggang motosikal Cam-Am Spyder. berkonvoi bersama peserta pada acara tersebut.

Permulaan konvoi yang bermula dari Pejabat Kementerian Belia dan Sukan mengelilingi Putrajaya dan berakhir di tempat yang sama.


Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek menjelaskan, acara Open Day Putrajaya yang menjadi pembuka Karnival Himpunan Jutaan Belia 2012 menjadi antara tarikan aktiviti yang melibatkan golongan belia yang hadir.


"Saya rasa tiada negara lain dalam dunia yang menyerahkan kota pentadbirannya untuk beberapa hari kepada golongan belia untuk melakukan apa saja yang menunjukkan kreativiti dan kemahiran mereka dengan pelbagai aktiviti yang mencorakan tenaga mereka yang memberikan gambaran bahawa belia kita sebenarnya baik, kreatif, bertenaga, tersusun dan yang boleh melakukan apa yang selama ini kita tidak dapat banyangkan.

"Jadi kepada orang ramai marilah kita saksikan pertunjukkan sehingga malam ini yang bakal dihadiri 50 Ribu pengunjung", katanya selepas menamatkan konvoi pembukaan Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini hari ini.


sumber KLPOS







Lagi artikel menarik, klik :






1 comments:

Bill Phillips said...

Style wise when it comes to a bench for a piano you will find yourself spoiled for choices, with the four legged, contemporary, modern, X-style, barstool and concerto models being just a few of the options you have to choose from at you discretion. But these days, there are so many courses to choose from that it can be quite a challenge trying to find one that best suits your needs and delivers the most value for your time and money. This is not always possible to fix them up on your own. With a grand piano, lift the piano up enough to get the pressure off the legs before you try to move it.