Sunday, May 27, 2012



PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik kini berada di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi.

Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut itu.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam sukan permotoran.

Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar Rashiq, 20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani rawatan.

Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin Jalaluddin, 27, turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan malam tadi. Anak beliau kini berada di wad pembedahan dan mengalami kecederaan limpa pecah dan luka di hati.

Kesemua keluarga mangsa yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana mana pihak dalam kejadian tersebut.

Kesemua keluarga mangsa menganggap kejadian tersebut harus dijadikan iktibar kepada semua. Malah mengakui minat yang mendalam anak-anak mereka terhadap sukan permotoran itu.

Berita selanjutnya, klik KLPOS









Kepada pembangkang ... dinasihatkan jangan tabur fitnah dan spin mengenai kejadian kemalangan ini. Cukup-cukuplah buat dosa kering ...



2 comments:

Bro Becx said...

bro tlg gua jawab isu ni..

http://brobecx.blogspot.com/2012/05/zahid-md-arip-perlu-baca-dan-jawab.html

Gleasonpzyy said...

- As you work around the elderly you may develop fears of aging. This explains why families of cancer patients are encouraged to bring a nurse who specializes in patient navigation into the life of their loved ones who have been diagnosed with cancer. Certified Nursing Assistant Cna Courses Huntington Beach Ca