Monday, May 21, 2012

PM Merenung Jauh ... Unit Media UMNO Gagal Menterjemahkan Definasi 'Transformasi'



Mungkin ada yang membaca artikel ini merasakan Gomo sengaja mencari pasal dengan UMB. Gomo bukan mencari pasal namun apa yang Gomo dedahkan ini adalah hasil daripada aduan pelajar kita yang berada di Australia yang malu apabila ada rakan nya dari negara luar bertanyakan web Portal milik UMB ini yang memaparkan cerita berunsur seks melebihi maklumat dan cerita mengenai Putrajaya itu sendiri. - Papa Gomo


Suka atau tidak, GWM terpaksa bersetuju dengan sahabat blogger Papa Gomo dalam hal ini ...

Kadangkala kealpaan untuk mencari pembaca dikalangan orang awam dan peringkat belia, menjadikan Unit Media UMNO agak tersasar dari objektif asal penubuhannya.

Tidak salah jika Unit Media UMNO mahu meletakkan berita hiburan sebagai bahan tarikan utama dalam mencari pembaca yang baru. Majoriti besar rakyat dan khususnya para belia dan remaja lebih tertarik kepada artikel berbentuk hiburan. Ini tidak boleh dinafikan.



Namun begitu, janganlah kerana terlalu asyik mengejar ranking pembaca, bahan berita sudah dipenuhi dengan unsur-unsur kelucahan yang melampau.








Apabila menggunakan nama khusus seperti 'Putrajaya' sebagai nama rasmi laman portal, seharusnya Unit Media UMNO perlu menjiwai definasi Putrajaya itu sebagai Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dan Putrajaya itu dengan sendirinya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999.

Putrajaya juga menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

"Terdapat perbezaan di antara lidah rasmi parti dan penyokong parti. Lidah rasmi Pemuda Umno adalah Unit Media Baru Umno (UMB), "kata Khairy Jamaluddin. - Sinar Harian, 14 Februari 2012.



Lebih molek rasanya jika pengendali laman Putrajaya Online ini mengurangkan berita sensasi yang dipenuhi dengan unsur-unsur kelucahan yang melampau. Masih banyak ruang dan cara untuk menarik pembaca, namun bukan ini caranya.

GWM tidak mahu Ketua Pemuda UMNO, saudara Khairy Jamaluddin dicemuh memandangkan kenyataan rasmi beliau mengiyakan lidah rasmi Pemuda UMNO adalah Unit Media Baru UMNO (UMB).

Cukuplah dengan blog dan portal pembangkang yang penuh dengan artikel dan berita kelucahan melampau. Tidak perlu rasanya Unit Media UMNO turut terikut-ikut dengan rentak kelucahan pembangkang dalam mencari ranking pembaca.

Jangan sampai blog dan portal Unit Media UMNO turut disamakan dengan pembangkang ... lucah, lucah dan lucah.

Malah, tidak perlulah meniru cara blogger-blogger jalanan pro kerajaan dalam mensensasikan artikel mereka. Kerana blogger Unit Media Baru UMNO (UMB) adalah lidah rasmi Pemuda UMNO, sekaligus menjadi lidah rasmi UMNO.



Mungkin ada baiknya pengendali blog UMNO REFORM boleh menasihati rakan blogger Unit Media Baru Umno (UMB) agar tidak terikut-ikut dengan cara blogger jalanan pro kerajaan seperti Papa Gomo, GWM dan sebagainya.

Rasanya pengendali blog UMNO REFORM, yang juga 'guru' kepada Unit Media Baru Umno (UMB) boleh memberi tunjuk ajar yang baik memandangkan blogger ini amat membenci unsur kelucahan melampau ... bukan budaya UMNO katanya.



6 comments:

Anonymous said...

secara jujur sy adalah pembaca setia semua blog2 kerajaan.tp betul kata gomo,cite hubiran dan lucah lebih dari info dan kekuatan parti.sbgai rakyat biasa pasti dia akan bersifat negative apabila baca tajuk2 di dalm blog kerajaan.harap2 lupakan unsur2 seks dan lucah demi mempertahankan kerajaan skrg.lagipun anti-dap pun dah xmcm dulu..hope dpt di atasi sebelum terlambat

yb raz said...

perghhhh gila..patutnya putrajaya tu portal rasmi..portal rasmi mana boleh cari cerita macam tu...bangang betul admin portal tu..

Tauke Ikan said...

pengendali portal tu ada masalah membezakan antara portal rasmi dengan portal tabloid

Anonymous said...

yang ni bukan dikira memalukan wangsa maju ke ni?? bukan porno??

http://4.bp.blogspot.com/-4b5vp4l3Xvc/T7m1h5AeqxI/AAAAAAAAGDA/z45fLlCxLTU/s1600/gelombang-wangsa-maju-porno.jpg

Anonymous said...

BILA TAK ADA VISI DAN MISI SERTA TAK BERILMU, NEGARAPUN DIGADAI. tAK AMMAPU GADAI NEGARA, ATAS NAMA NEGARAPUN DIBUAT DIJUAL....ALAHAI....MELAYU ISLAM. TAK KAN UMNO NAK ROSAKKAN UMNO. KALAU ADA PARASIT ATAU ORANG LUAR YANG PANDAI IT PUNYA KERJA....DUNIA IT.

BUAT KAJIAN LER....SUSAH NAK CAYE KERJA UMNO YANG DAH BERUMR 66 TAHUN...

KALAU ORANG DALAM UMNO PUNYA KERJA..PARASIT YANG PERLU DIBERI ANTI PARASIT...

BUKAN HANYA PAS ADA PARSIT...PARASIT ADA DI MANA-MANA.

APAPUN BERITA PERLU DISAHKAN DULU..JANGAN TERUS DISEDUT....

Adi Kencana said...

Perkara mcm ni baik tegur secara baik.. Kan sama2 rakan seperjuangan..

KRONOLOGI ISU ISTIJUARA SDN BHD – RAJA NONG CHIK BAGI KONTRAK PADA ANAK SENDIRI? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/