GELOMBANG WANGSA MAJU: 02/20/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Segerakan Penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor

| Monday, February 20, 2012

Skandal Pasir memasuki era baru di Selangor apabila sah KSSB syarikat yang ditubuhkan oleh MB Selangor gagal untuk menepati janji sumbangan RM150 juta kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Ucapan Belanjawan Selangor 2009.

Maknanya dari tahun 2009 hingga sekarang dianggarkan lebih RM300 juta pendapatan rakyat Selangor dari hasil pasir telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu yang menjalankan peniagaan pasir di Selangor khususnya KSSB.

KSSB yang diberikan hak mutlak dan monopoli peniagaan pasir di Selangor sejak pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah juga dilihat sangat lemah sehingga gagal untuk melaksana, mengawal, menyelia dan memberikan pulangan kewangan seperti yang dijanjikan oleh MB Selangor.

Lebih buruk lagi apabila kematian seorang pemberi maklumat skandal pasir yang juga seorang ahli perniagaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal pasir di Selangor itu.

Sehingga ini pejabat MB Selangor memandang sinis kepada Raja Petra Kamaruddin, blogger tersohor yang terus mendedahkan maklumat-maklumat di media maya tanpa segan dan silu yang menjadikan rakyat semakin jelas dengan maklumat terkini lagi sensasi polemik pasir Selangor ini.

Pemecatan 9 orang kakitangan KSSB yang cuba mencari kebenaran dalam skandal Pasir merupakan episod kezaliman kerajaan negeri Selangor kepada kakitangan anak syarikat nya. Dimanakah nasib dan masadepan mereka yang cuba menegakkan kebenaran dan keadilan dalam pentadbiran di Selangor sekarang ? - jawapan nya - You are FIRED !

Dimanakah kesudahan skandal yang melibatkan wang ratusan jutaan ringgit ini ? Mahkamah Rakyat atau Debat Rakyat, pilihan kerajaan negeri ? Debat Rakyat tentunya tidak menyelesaikan skandal ini malah ia sekadar mempolemik terus isu penyalahgunaan ini.

SELCAT pula terlalu politiking sifat nya selain mempunyai bidang kuasa yang amat terbatas. Skandal Pasir ini terlalu besar dan replika kuching dan tikus tidak mampu untuk menyelesaikan persoalan penyelewengan yang besar ini.

GAPS melihat penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor memang satu kewajipan kerana skandal ini melibatkan penyelewengan ratusan jutaan ringgit wang rakyat Selangor dan menyebabkan kematian seorang rakyat Malaysia.

Cakap kosong MB dan putar alam Exco nya dalam skandal pasir ini langsung tidak menyakinkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor menuntut agar Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor ditubuhkan segera agar penyangak pasir ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.

Rakyat Selangor menuntut ketelusan yang hakiki, bukan ketelusan yang diwarnai oleh kepentingan politik individu atau parti tertentu.





Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

TERKINI ... Saya Ada Bukti UMNO SABOTAJ Kereta - Anwar Ibrahim

|

LIGHTS, CAMERA, ACTION ...



Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkena balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang dipercayai sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam.

Menurut setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, ceramah Anwar pada jam 11.30 malam itu juga diganggu.

"Mereka juga membaling mercun di atas kepala anggota polis,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat PKR di Tropicana, Selangor, hari ini.



CUT ......

Macam pernah GWM dengar skrip konspirasi klise ini ... Di mana ya?



MAY 2011 ...




Konspirasi terhadap Anwar Ibrahim yang nyaris maut akibat kereta disabotaj seperti yang dikemukakan dalam laporan polis. Shamsul Iskandar cukup yakin ejen BN melakukannya.

Kemalangan berlaku pada 19 April 2011, namun laporan polis dibuat hanya pada 10 Mei 2011 jam 3.00 petang. Apa yang berlaku sepanjang tempoh 11 hari tersebut?

Apa tindakan susulan Anwar Ibrahim terhadap kes sabotaj ini sehingga Februari 2012 ...



JANUARI 2012 ...





Konspirasi terhadap pembantu peribadi Wan Azizah, Fayyadh yang dilaporkan di tusuk jarum beracun di tapak tangan, turut dikatakan jantung telah berhenti berdenyut, namun dikatakan pula ditusuk dengan morfin, akhirnya mangsa hanya mengalami luka calar, tiada kesan morfin. Ajaib ... Fayyadh hidup kembali dan sihat seperti sediakala.



Apa lagi yang mahu dibohongkan Anwar Ibrahim ...



BREAKING NEWS ... 9 Bekas Pekerja KSSB DEDAH PENYELEWENGAN RASUAH PASIR SELANGOR

|







Bekas pekerja Kumpulan Semesta Sdn BHd (KSSB) mulai membuka segala pekung yang terpendam dalam isu penyelewengan rasuah pasir di Selangor.

1) Bekas pengurus keselamatan, Azmi Mohd Isa
Dipecat setelah melakukan siasatan dan melaporkan kepada pihak pengurusan kontraktor-kontraktor dilantik mengorek pasir diluar zon yang dibenarkan.

2) Bekas pekerja yang dikenali sebagai Ng
Dipecat kerana melaporkan kepada pihak pengurusan kontraktor-kontraktor yang dilantik tidak mengisytiharkan jumlah metrik tan pasir yang diambil. Ng turut dituduh tanpa bukti menceroboh sebuah kabin di sebuah lombong pasir sebelum dipecat.

3) Bekas penyelia, Halim
Dipindahkan ke sebuah lombong pasir terpencil sebelum ditamatkan perkhidmatan kerana melaporkan kepada pihak pengurusan terdapat aktiviti haram oleh kontrakot-kontraktor dilantik.



Tidak menghairankan jika Noh Omar berkata beliau mempunyai fakta dan bukti kukuh berlakunya penyelewengan rasuah pasir oleh KSSB, sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri PKR.






Begitu juga dengan laporan polis dan Akuan Bersumpah bekas pekerja KSSB yang mendedahkan berlakunya kepincangan dan penyelewengan rasuah pasir di Selangor.

Nyata isu penyelewengan dan rasuah pasir di Selangor dibawah kerajaan negeri PKR sememangnya berlaku.





Tidak salah dikatakan juga pendedahan oleh bekas pekerja KSSB ini mampu mengesahkan syarikat ini sudah menjadi nadi penggerak aktiviti dan kegiatan haram PKR dan DAP dalam merompak hasil kekayaan Selangor. 

KSSB juga sudah menjadi nadi bagi menghalalkan kronisme dan nepotisme dalam Pakatan Rakyat.





GWM yakin rakyat sudah membuka mata dengan seluas-luasnya mengapa Khalid Ibrahim cuba untuk menutup penyelewengan dan kebobrokan kerajaan negeri PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor, dengan menidakkan hak untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.


Suruhanjaya Siasatan DiRaja dalam isu pasir perlu ditubuhkan segera untuk mendedahkan penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dibawah PKR.

Tiga perkara pokok bakal dibongkar jika Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan dan kes ini mula dibicarakan

1) Rasuah dan penyelewengan dalam KSSB dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

2) Rahsia rampasan tanah milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) bernilai RM250 juta oleh kerajaan negeri PKR.

3) Terbongkarnya dalang kes pembunuhan Patrick Wong sebagai pemberi maklumat kepada Raja Petra Kamaruddin.



MELAYU DAP Layak Sebagai PR OFFICER, PENGLIPURLARA, TUKANG DRIVER dan BUDAK PEJABAT - Lim Guan Eng

|

Permainan manis di mulut ini juga yang digunakan Guan Eng untuk menarik mengumpan orang Melayu untuk masuk DAP. Kononnya dia masih mahu serahkan kuasa pemerintahan negara pada orang Melayu. DAP sudah puashati dngan mendapat tapak di Pulau Pinang.

Cita-cita untuk "gerrymander" kawasan mengundi bandar-luar bandar untuk mendapat lebih banyak kerusi untuk kaum Cina yang hanya 30% penduduk dan tertumpu di bandar-bandar masih kekal.

Sebagai burung yang terdahulu hinggap, mereka-mereka seperti Tunku Aziz, Aspan, Sakmongkol dan Hata Wahari sudah bermimpi jawatan Menteri Kewangan, Menteri Besar, CEO Khazanah dan Menteri Penerangan serta Perdana Menteri melalui platform DAP yang mereka sudah nekad masuk.

Nampaknya dari cita-cita yang diharapkan, Tunku Aziz akan jadi pegawai perhubungan antara istana dan DAP, Aspan akan jadi driver Menteri DAP, Sakmongkol jadi badut penglipur lara dan Hata Wahari jadi budak pejabat.



Artikel Penuh, klik MELAYU DAP KEMPUNAN LAGI





Menunggu jawapan, maklumbalas dan spin dari Sakmongkol Ak47 ...


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU