Saturday, September 29, 2012



Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Sememangnya sejak merdeka, Kerajaan telah menjadikan bidang pendidikan sebagai agenda utama negara. Kerajaan juga menyedari pelaburan dalam bidang ini adalah prasyarat kepada sebuah negara yang makmur dan pembangunan rakyat yang sejahtera. 

Lalu, setiap tahun menyaksikan peruntukan besar dan kali ini 21 peratus daripada keseluruhan bajet. Namun, didapati hasil yang diperolehi tidak setara dengan pelaburan yang telah dibuat. Maka, pada 11 September lepas, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi memastikan sistem pendidikan negara akan mampu mengoptimumkan potensi setiap anak Malaysia.

Bagi Bajet 2013, sebanyak 38.7 bilion ringgit telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.

Berbicara tentang itu, langkah meningkat upaya kompetensi dan kualiti guru merupakan prasyarat kritikal yang menunjang kejayaan sistem pendidikan negara. 

Oleh itu, bagi menjana mula prakarsa ini, di samping 38.7 bilion ringgit peruntukan kepada Kementerian Pelajaran bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan, Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matematik melalui pendekatan Higher Order Thinking Skills. Peruntukan ini juga merangkumi penubuhan Unit Pelaksanaan Pendidikan atau Education Delivery Unit bagi memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan transformasi pelan tersebut.



Tuan Yang di-Pertua,

Pada pembentangan Bajet 2012, Kerajaan telah menyediakan sebanyak 1 bilion ringgit di bawah Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. 

Untuk meneruskan komitmen Kerajaan, sukacita saya mengumumkan tambahan 1 bilion ringgit lagi kepada Tabung khas ini. Daripada jumlah ini, 400 juta ringgit akan disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan, 100 juta ringgit kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 100 juta ringgit Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 100 juta ringgit Sekolah Mubaligh, 100 juta ringgit Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 100 juta ringgit Sekolah Berasrama Penuh dan 100 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA.



Memperkukuh Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Tuan Yang di-Pertua,

Melangkah ke ruang pendidikan awal kanak-kanak, kualiti pendidikan prasekolah amat penting sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan asas. Untuk ini, sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan bagi tujuan pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sebagai tambahan, sebanyak 380 juta ringgit disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.

Berhubung perkhidmatan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti pula, demi memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif, Kerajaan mencadangkan insentif-insentif berikut:

Pertama: Geran pelancaran 10 ribu ringgit kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat;

Kedua: Potongan cukai 2 kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak akan diberi kepada majikan;

Ketiga: Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta; dan

Keempat : Pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun kepada pengusaha pra-sekolah swasta.

Pada masa ini, kita dapati ramai kanak-kanak kurang upaya dari keluarga berpendapatan rendah yang tidak mendapat pendidikan awal kerana kekurangan TASKA OKU. Untuk ini Kerajaan akan melaksanakan projek perintis TASKA OKU bagi 6 kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi down syndrome, autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran.



Latihan Dan Kemahiran

Berganjak kepada soal modal insan, yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif, program latihan akan dibentuk untuk mengasah kemahiran baru selaras dengan keperluan industri masa depan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju. Bagi tujuan ini, pada tahun 2013, sejumlah 3.7 bilion ringgit akan disediakan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

Setiap tahun hampir 180 ribu graduan berkelulusan diploma dan sarjana muda menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi. Untuk membantu mereka yang masih menganggur, maka Kerajaan akan melancarkan Graduate Employability Blueprint pada penghujung tahun 2012. 

Rangka kerja ini akan memberi tumpuan untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan. Dalam hal ini, Kerajaan akan menubuhkan Graduate Employability Taskforce dengan peruntukan 200 juta ringgit.

Kerajaan telah melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia atau dikenali sebagai SL1M yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan soft-skills dan on-job-training di syarikat swasta melalui galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan oleh pihak syarikat. Galakan ini telah diberi mulai 1 Jun 2012 sehingga tahun 2016.

Kerajaan juga memperuntukkan 440 juta ringgit kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran. 

Langkah ini akan dapat memanfaatkan hampir 40 ribu pelatih di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 hingga 5. Kerajaan juga memperuntukkan 366 juta ringgit bagi menaik taraf serta pembelian peralatan Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara.

Pelbagai program latihan kemahiran akan dilaksanakan selaras dengan matlamat mentransformasikan industri utama negara berteras kepada teknologi tinggi, berinovatif serta berpendapatan tinggi. 

Ke arah ini, tumpuan akan diberi bagi melahirkan tenaga kerja profesional dan berbakat di dalam industri terpilih termasuk industri minyak dan gas, perkapalan, ICT, kreatif serta bioteknologi. Bagi tahun 2013, dijangka seramai 5,000 pelatih akan menyertainya. Di samping itu, Petronas akan menggunakan kemudahan Institut Kemahiran Belia Negara di Pengerang, Johor untuk melatih seramai 300 orang belia menjelang akhir tahun ini dalam bidang minyak dan gas bagi memenuhi keperluan projek RAPID.

Kerajaan sedar tentang pelajar miskin masyarakat India, terutamanya dari estet-estet yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan. 

Selaras dengan itu, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran, selaras permintaan pasaran. Latihan ini akan dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian dan kolej-kolej di bawah Skim Latihan Dual Nasional.

Bagi memastikan golongan pekerja swasta adalah sentiasa sihat dan produktif dalam menyumbang kepada pembangunan syarikat dan ekonomi negara, aspek kesihatan mesti diberi keutamaan. 

Untuk ini, PERKESO akan menyediakan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit bagi membolehkan ahlinya seramai 1.4 juta orang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma di hospital Kerajaan atau klinik panel PERKESO. Pemeriksaan kesihatan ini bertujuan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit, kepada semua pekerja yang berumur antara 40 hingga 55 tahun.

1 comments:

Anonymous said...

Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak/Prasekolah 2013 0196437996

UNITI JUGA MENERIMA PELAJAR ANTARABANGSA

KEMASUKKAN SEKARANG

BOLEH GUNA SLIP TRIAL SPM

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI ISLAM

PENGAMBILAN BERMULA SEKARANG HANYA 3 KREDIT SPM DIPERLUKAN

SMS NAMA,ALAMAT,RESULT SPM KE 0196437996 UNTUK KAMI SIAPKAN SURAT TAWARAN

Salam hormat kepada pembaca semua langkah kerajaan untuk menambahbaik mutu pendidikan perlu kita sokong dan ikuti perkembangan terbaru.Semua negeri akan didirikan pusat pendidikan termasuk permata negara,oleh yang demikian untuk mengisi kekosongan pendidik pihak UNITI telah medadakan program khas iaitu DIPLOMA PENDIDIKAN KANAK KANAK, pengambilan dilanjutkan pada setiap bulan hingga December/setiap tahun pada yang berminat lepasan spm dengan 3kredit dipelawa tak kira usia hingga 34thn samaada lelaki mahupun perempuan sila sms nama, alamat untuk pendaftaran 019-6437996

TERBUKA KEPADA SEMUA KAUM,BANGSA semua boleh asalkan masih berminat belajar saja

Jangan berlengah lagi ini terbuka kepada semua pelajar lepasan spm,jagan kita berebut rebut ruang kerja yang sedikit dari program depan mata yang sedang berkembang pesat,program ini memerlukan pendidik yang berkualiti yang ramai maka inilah peluang anda- 0196437996


SMS NAMA,ALAMAT,RESULT SPM KE 0196437996 UNTUK KAMI SIAPKAN SURAT TAWARAN

TIKET PENERBANGAN AKAN DIURUSKAN PIHAK UNITI

PENGINAPAN SELAMA 3 TAHUN TANPA PERLU BERPINDAH PINDAH SEPERTI LAIN2 KOLEJ

ELAUN SUKARELA BAGI YG MENYERTAI ASKAR WATANIAH SETIAP BULAN KEPADA YANG BERMINAT

- DITANGGUNG PTPTN

-PELAJAR DARI SABAH/ SARAWAK PENERBANGAN AKAN DIURUSKAN PIHAK KOLEJ

LAIN LAIN DIPLOMA:
Program-Program UiTM :
Diploma In Accountancy (DIA)
Diploma In Business Studies (DBS)

Program UPM :
Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia (DKTM)

Program UNITI:

Diploma Pengajian Islam (DPI)
Diploma Pendidikan Pra Sekolah (DPS)
Diploma Pengurusan Perniagaan( DPP)
Diploma Perakaunan (DPA)
Diploma Sains Komputer (DSK)
Diploma Pengurusan Muamalat( DPM)
Program UNITI - Diploma In Computer Network (DCN)
Diploma Product Design ( BARU - Bulan May 2011 )
Diploma Art Design ( BARU - Bulan May 2011 )

DIPLOMA PENGURUSAN HALAL - BAKAL MELETUPKAN PASARAN DENGAN INDUSTRI BERBILLION RINGGIT
SMS NAMA,NO HP ANDA UNTUK TEMPAHAN TEMPAT YANG TERHAD
MENJADI REBUTAN PERUSHAAN HALAL DGN PELBAGAI JAWATAN EKSEKUTIF

DIPLOMA IN PARAMEDIC
DIPLOMA IN OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION
BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION
BACHELOR OF MANAGEMENT


MINAT PERKAPALAN DAN PELAYARAN

DIPLOMA IN MARITIME TRANSPORTATION MANAGEMENT
DIPLOMA IN PORT MANAGEMENT
DIPLOMA IN SHIPPING MANAGEMENT






-www.kolejuniti.com
rieymau09@yahoo.com

PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG SMS NAMA,ALAMAT,RESULT SPM KE 0196437996