Sunday, September 9, 2012

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu berkata Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010 papar selepas cukai kira-kira RM54.8 juta.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menafikan Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian sejak Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran kerajaan negeri di Selangor.

"Saya nak Menteri Besar menafikan laporan audit ini sekiranya ia tidak betul," katanya

Beliau mendedahkan laporan audit kewangan Unisel yang menunjukkan universiti itu mengalami kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta bagi tempoh tiga tahun sejak memerintah Selangor pada 2008.

Menurut beliau, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010, universiti yang ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.

Noh berkata, laporan audit 2009 dan 2010 itu ditandatangani sendiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos 2011.


Read More, KLPOS

6 comments:

Anonymous said...

hancor bro... mcm beruk dapat bunga

Anonymous said...

Khalid berahi wang jer. Muka dah macam siamang gila.

Anonymous said...

Lama dah saya nak tanya ...

Orang Cina, India dll ni peduli ke UNISEL ni rugi ke, terlungkup ke, roboh ke, hancur ke ...

Duit yang rugi tu hilang ke mana eh?

Tapi Pakatan pandai. Sekarang dia orang sembat semua kekayaan Selangor. Nanti bila BN perintah balik, BN lah yang kena tanggung dan ganti balik.

SPRM tengah memantau ke ...?

Anonymous said...

Rafizi dedahkan account dan butiran kewangan NFC kena tahan atas Akta BAFIA.
Tapi Nuh UMNU dedahkan UniSel punya butiran, kenapa tak tahan bawah akta bomba...???

Pelik bebenor donia skrg ni...!

Anonymous said...

{ Bomo Siam }

Sejak bila laporan audit tertakluk di bawah BAFIA?

Anonymous said...

org bengap mcm ko je pelik....tukan laporan audit...bodoh lama tk abes lgi bodoh bru plak ko tunjuk...hee