Tuesday, September 11, 2012


Mengikut laporan beberapa media yang membuat liputan berkenaan mesyuarat Majlis Syura PAS tempohari, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat hanya sempat mempengerusikan mesyuarat tersebut untuk selama kira-kira 20 minit sahaja sebelum beredar keluar dengan wajah yang agak sugul.

Sepanjang 20 minit itu, Nik Aziz yang juga adalah Mursyidul Am PAS sempat menyentuh isu berkaitan Nasharudin Mat Isa sebelum menyerahkan tanggungjawab sebagai pengerusi kepada timbalannya, Datuk Haron Din.

Barangkali tak terjangka kelibat Nik Aziz ponteng keluar awal dari mesyuarat telah dapat dikesan oleh media, akhirnya PAS melalui Ketua Penerangannya terpaksa membuat penjelasan khusus bagi menjustifikasikan kewajaran sikap tidak cakna Mursyidul Am PAS itu.

Menurut penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man itu, tindakan Nik Aziz keluar awal dari mesyuarat tersebut disebabkan MB Kelantan itu mengadu tidak sihat serta sedikit kepenatan.

Punyalah jauh datang dari Kelantan semata-mata untuk mempengerusikan mesyuarat penting di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur tiba-tiba saja alasan masalah kesihatan dan kepenatan dijadikan sandaran untuk melepaskan dirinya dari dikritik oleh ahli dan penyokong PAS.

Alasan sebegini sudah acap kali kita dengar sama ada dari mulut Nik Aziz sendiri mahupun orang kanannya baik yang membabitkan mesyuarat parti, mesyuarat mingguan exco negeri mahupun mesyuarat bulanan anak syarikat serta agensi negeri Kelantan.

Malu Aku ... kena 'game' jugak aku dengan Hadi Awang dan Haron Din.

Bukan satu rahsiapun sejak Nik Aziz menjawat kedudukan sebagai MB, paling lama dia akan berada dalam sesuatu mesyuarat hanya sekitar sejam sahaja malah banyak mesyuarat di peringkat kerajaan negeri acapkali di pengerusikan oleh orang lain.

Ini pun satu sebab lagi kenapa dikalangan ramai rakyat Kelantan, Nik Aziz lebih terkenal sebagai MB paling kuat berceramah atas pentas politik tapi paling tak memberi manfaat untuk agama, bangsa mahupun negeri sendiri.

Yang dia tahu cuma tandatangan itu ini tanpa mahu membaca sebarang isi kontrak. Dan dia akan setuju apa sahaja tanpa memperhalusi butiran perjanjian, apa yang dibisikkan oleh penasihatnya itulah yang dia pegang tanpa faham penting atau tidak sesuatu perkara.

Nama Majlis Syura Ulama PAS ini pun hanya beberapa minggu kebelakangan ini sahaja sedikit popular tapi selama ini jarang orang tahu bahawa badan tertinggi PAS itu walaupun sudah lama di pengerusikan oleh Nik Aziz tapi nak nampak batang hidung Nik Aziz dalam mesyuarat dwi bulanannya yang jarang-jarang diadakan itu pun amatlah payah.

Ramai pemimpin PAS pernah merungut atas kelesuan Majlis Syura namun bila tiba-tiba sahaja isu Nasharudin meletus dan badan tersebut dijadikan rujukan terpaksa jugalah Nik Aziz menggagahkan diri menghadiri mesyuarat setelah merasakan itulah peluangnya bagi mengenakan Ustaz Nasharudin yang sekian lama dibencinya itu.

Malangnya baru 20 minit mempengerusikan mesyuarat, sudah pancit awal dan hasil mesyuarat pula tak menepati kemahuannya.

Gayanya tak lebih tak kurang, Nik Aziz lebih sesuai diangkat sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap sahaja.

23 comments:

Anonymous said...

Dlm isu ni, jelas PAS lebih cerdik dari UMNU! UMNU terlalu daif utk usik TGNA...!

Di pertengahan mesyuarat, memang ada sorang ahli yg bangkitkan adakah isu Nasha akan dibincang? Ketika inilah, TGNA serahkan tugas pengerusi pd Dr Haron atas alasan kurang sihat & keluar dari mesyuarat.

Ada yg buat spekulasi bahawa tindakan TGNA ini adalah kerana beliau benar2 kurang sihat, ataupun beliau mahu kelihatan 'under judgement', leading to contempt of court proceedings...! Wallahualam.

...UMNU! Paham ka?

Kuah kuaah kuaaah...!!!

Anonymous said...

alah bomo siam..mcm ko plak yg ada kt dlm mesyuarat tu..

cite je lebih..

Anonymous said...

Ok jugalah kalu ada juga ahli syura yg menjadi menjadi spy PAS dalam setiap majlis PM nanti...... Kumpul maklumat n ambil tindakan wajar untuk seterusnya ,

Anonymous said...

Aku nak tanyalah, sebab aku tak paham....

Apasal Bomo Siam bodoh ni ada kat sini? Kalu tak sokong BN, pi la layan blog keparat yang lain tuh. Ni menyibuk kat blog penyokong kerajaan bagi hati org panas....

Bodoh dah le melantun2. Ni ke orang upahan Nik Ajis? Import bomoh kualiti rendah buat sial di alam maya nih.

Sekian terima kasih.

Melayu Melaka

Anonymous said...

hanya tinggal dua orang dajal sahaja yang tidak mahu penyatuan ummah iaitu pak dajal anwar dan pak syaitan nik ajis..alhamdulillah semakin ramai orang melayu inginkan umno dan pas bersatu..

Anonymous said...

11:40 PM

Hampir suma blog2 pro PR block aku, termasuk Mkini...!

Blog pro umnu...ada satu !!!

Mmuuaahhahaha...!!!

Anonymous said...

Mungkin biro politik PAS agak terkilan dgn kenyataan Nasha hentam Karpal.

Kini, jelas Majlis sokong Nasha. Biro politik terpaksa akur...!

Mengenai pertemuan ostat Nasha dgn Najib di Saudi baru2 ni, Najib jelas perlukan hubungan erat Nasha dgn ulama Saudi. Dan juga Najib cuba nak 'keruhkan' PAS.

Malangnya, strategi Najib ni, merendahkan ulama2 lain UMNU sendiri & umpan beliau terhadap Nasha meleset...!!!

Opiniated said...

ey? Najib perlukan nasha dan arab saudi? mana dapat cerita tu? Saudi yang nak jumpa PM Malaysia (which incidently is Najib). Saudi jugak mintak Nasha hadir sama. cuba tgk balik video Nasha setibanya beliau tiba di KLIA.

content perbincangan pun pasal ukhwah islam kat Malaysia tak kira PAS atau UMNO.

Celah mana la pulak Najib merendah2kan ulamak? bila masa lak Najib nak keruhkan PAS? bagi la link sikit.

jangan salahkan nila kalau susu dalam belanga tu dah basi. Elok2 nama BS=Bomoh Siam, nanti tak pasal2 jadi Bull S**t sebab cakap takde content, takde fakta. hati2 ye before posting.

JZKK

jejakazman said...

bomo...contempt of court apenyaaa....kan belum di bawak ke mahkamah lagi...kau nak kelentong tengoklah sikit.....orang bukan bodoh....klau dah kalah buatlah kalah...

tgna...peganglah jawatan tu samapai abis nyawa.....tapi ingatlah bawak bekal jawapan banyak2...sbb nanti banyak soalan kau kene jawab di sana kelak.....jangan muflis sudahlaaaa

Anonymous said...

Yang jelas pengaruh Nik Aziz dah menurun dalam majlis syura. Lepas ini mungkin ditendang keluar.

Anonymous said...

Bomoh siam

memang patut pun ko kena block bagi komen.blogger 'freedom speech' PR pun xnak ko.ntah apa2 ko komen kat sini.better ko post di blog sendiri,komen sendiri..hahahaha

Anonymous said...

jejakazman 7:23 AM

Syura meeting tu...'court' PAS la! Awat lembab sgt ni?

Anonymous said...

Nik Aziz dah patut berhenti je dari politik, memanjang x sihat je...dulu kutuk Dr M, takut lepas jawatan PM, skrg kena kt batang hidung sendiri.

Anonymous said...

Kesian Bomoh Siam bodoh ni ada mana aje, mcm org gila kat Chow Kit Road aje dia tu..dah la bodoh bangang anjing lak tu,,,hisshhh,,hishh,hish...kesian dia. Balik baca fakta dulu baru buat statement la bodoh....

Anonymous said...

alahai...kesian bomo...statement ko makin hari makin lemau nmpknye...haha

Anonymous said...

Najib terbaik...bab agama fahaman politik diketepikn...inilah bru standard pemimpin...

Anonymous said...

ouh badminton court pas ek...wakaka

Anonymous said...

Dikatakan samseng Umno yg Baling Cat
kat Melaka menetap di Batu Gajah Pasir
Empunya blog JIWA PARADOX...
Berikut biodata penuh samseng Umno nih :-

Nama : Sharidan bin Shaharan
Umur : 29 tahun
Tarikh lahir : 25 Mei 1983
No. Kad Pengenalan : 830525-04-5395
Alamat : JA 5819, Jalan Salim, Batu Gajah Pasir, 77300 Merlimau, Melaka.

Mamat samseng tu owner blog JIWA PARADOX...betul ke??...
UMNO mmg samseng dan tak berenti sebar fitnah mcm ko nih GWM, mmg tak bole nk dinafikan...Pengikut UMNO mcm ko nih GWM tak takut dosa, azab kubur, dgn balasan neraka ke??...Suka2 sedap hati bt cita edit gmbr m'aibkan...
kenapa eh UMNO skrg nih...KORANG INGAT SKIT, KORANG SEBARKN CITA MCMNIH RKYAT SUKE KE?? JGN DSEBABKN INI SUME, BOLE JADI PUNCA UMNO TUMBANG LG TERUK??...JGN JADI PUNCA...

Anonymous said...

Pengikut PAS taksub sgt dengan TGNA..Dah tua sangat nak jadi KETUA NO 1 Negeri...Hancur lah kelantannnnn...Bayangkan lah kalau dia jadi CAPTAIN kapal...aku adalah orang pertama akan turun kapal tu..Biar lah duit tiket aku beli..Rugi pun tak per..asalkan aku tak tenggelam dengan kapal yg TGNA bawa..hahhahha..Kelantan dah jauh ketinggalan...

Anonymous said...

Nampak sungguh keangkuhan orang PAS ni. Cakap mat salleh sikit dah rasa pandai sangat. Dia aje fehem. Menantu aku mat salleh belajar bahasa Melayu...

Anonymous said...

Bomo Siam 12:02 jangan suka seluk puki; keluar jemari bau hanyi nant. Oh! Sorry. Silap. Begini, "Jangan suka seluk saku; keluarkan tangan kosong, malu!" Mencipta syak was sangka adalah SOP Iblis. YB Ust Nasha dah kata. Dia dah balik Malaysia dari buat umrah. Syahabt syahabat ulamaknya di Saudi panggil untuk menyertai 'seminar' mereka. Dalam pada itu mereka propos untuk jumpa PM. YB Ust Nasha aturkan - kebetulan
PM ada di sana. Special Meeting OIC. Nak spin lagi?

thathe said...

replica bags thailand replica bags us replica bags nyc

tice said...

more helpful hints cheap designer bags replica pop over here designer replica luggage have a peek at this website best replica bags online