Saturday, September 22, 2012


Penganalisis politik meramalkan kemenangan Umno pilihan raya akan datang tetapi mengatakan parti pemerintah itu terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan sokongan bagi sekutu bukan Melayu dalam Barisan Nasional (BN) oleh kerana gagasan 1Malaysia yang diperkenal oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak berjaya mencapai sasarannya.

Walaupun mereka mengatakan konsep tersebut yang menggalakkan keterangkuman masyarakat berbilang kaum seperti yang diperkenalkan oleh Najib, adalah satu strategi yang baik untuk menawan semula undi bukan Melayu, keberkesanannya dalam menarik mereka kembali ke pangkuan BN masih dipersoalkan.

Para penganalisis juga membangkitkan kebimbangan mereka terhadap keadaan politik di Malaysia timur dan memberi amaran Putrajaya “undi protes” dari kalangan mereka dalam BN, yang sebahagian besarnya menyelamatkan BN dalam pilihan raya umum (PRU) lepas.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Agus Yusoff, berkata, Umno tidak perlu risau dengan undi kaum Melayu kerana rata-rata mereka akan mendapat undi dalam lingkungan 50 ke 70 peratus undi dari kaum Melayu.

“Tetapi mereka perlu bimbangkan undi dari bukan Melayu yang tidak menyokong Umno,” kata Dr Agus kepada The Malaysian Insider.

“Kita tidak tahu trend pengundi baru yang baru mendaftar yang dikatakan akan mempengaruhi keputusan. Jadi kita kena tgk pengundi baru Melayu, khususnya yang muda akan jadi penentu.”

Selain kekuatan pengundi Melayu kepada Umno, penganalisis dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk Abdul Halim Sidek, juga berkata parti komponen lain dalam BN juga menerima tempias sama atas sokongan daripada kekuatan pengundi Melayu kepada Umno.

“Berbanding dengan MCA dan Gerakan, kekuatan pengundi Melayu tetap masih utuh kepada UMNO,” kata Abdul Halim.

“Sebagai contoh, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berjaya memenangi di kawasan yang majoritinya orang Melayu pada PRU lalu. Ini membuktikan kekuatan yang dimiliki oleh Umno tidak sama seperti parti komponen lain.”

Walaupun keutuhan sokongan orang Melayu kepada Umno, penganalisis juga tidak menolak faktor “undi protes” dan masalah dalaman mampu mencorak keputusan PRU kali ini memandangkan prestasi BN merosot pada 2008 lalu berpunca daripada faktor tersebut.

Pakar sains politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Jayum A Jawan, menjelaskan kesan tersebut yang dihadapi oleh BN khususnya pada 2009 dan bagaimana ia melumpuhkan sama sekali kekuatan kerajaan BN.

“Prestasi Umno merosot, manakala prestasi MCA dan MIC, dua komponen utama BN hancur berkecai,” kata Jayum.

“Misalnya Gerakan tenggelam terus dan tiada apa lagi yang tinggal, begitu juga MCA yang kehilangan hampir semua kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

“Kerusi yang masih dipertahan MCA adalah kerusi yang mempunyai banyak pengundi Melayu yang pada umum membantu mempertahankan kerusi berkenaan bagi MCA.

“MIC turut hancur juga, tetapi tidak begitu jelas bahawa apakah pengundi India turut berpindah kerana semua kerusi ditandingi MIC adalah kerusi majoriti Cina atau Melayu.

“MIC tidak ada kerusi majoritinya, cuma ada beberapa kerusi di mana pengundi India adalah sekitar 15-28 peratus sahaja.”

Seorang lagi penganalisis dari UKM yang enggan didedahkan namanya turut sama berkongsi pandangan sama tentang situasi ini sambil menyifatkan “undi protes” mampu mengundang padah buat Umno dan rakan komponen mereka terutamanya pada PRU kali ini.

“Protes daripada segi ini dapat dilihat pada tindakan Tun Dr. Mahathir, malah beliau mengambil tindakan keluar Umno (tidak menjadi ahli),” katanya.

“Sebab kedua, dan ini lebih penting (dan barangkali ini tidak ramai pemerhati politik memerhatikan), ialah orang-orang yang diangkat menjadi calon Umno dalam PRU tersebut bukanlah orang-orang yang sepatutnya menjadi calon.

http://www.ifimages.com/photos/5tHPKR8sIsekStBr6lFAJ7ivmHE/author-626/Business-man-threatened-gun.jpg
I was threatened and warned by my own MCA leaders not to move to Bayan Baru or something bad will happen to me

“Sekiranya diperhatikan sebenarnya kira-kira 80 peratus tokoh UMNO yang telah berkerja keras sejak bertahun-tahun dan melabur begitu banyak wang dan tenaga tidak diangkat sebagai calon dalam pilihan raya umum tersebut.

“Tugas Najib sebenarnya amat berat kerana beliau berhadapan dengan usaha memulihkan kepimpinan dalam Umno dan BN.”

Dalam pada itu, Jayum juga berpendapat gagasan 1Malaysia adalah langkah bijak kerajaan untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu tetapi mempersoalkan keberkesanannya.

“Ia hanya berkesan sekiranya pengisian 1Malaysia jelas, komprehensif, inklusif dan pantas sampai kepada rakyat,” kata Jayum kepada The Malaysian Insider.

“Tetapi ada juga perkara yang masih tidak bergerak selaras dengan 1 Malaysia, seperti monopoli perkhidmatan awam di peringkat pusat (kerajaan persekutuan) dan negeri (khasnya di Sabah dan Sarawak) dari segi bilangan masih kekal, dan banyak etnik masih tersisih.

“Begitu juga dalam badan berkanun persekutuan dan negeri, dimana dari segi monopoli jawatan tertinggi, banyak masih didominasi oleh satu etnik.

“Dan semua ini tidak meyakinkan bahawa konsep dan perlaksanaan 1Malaysia itu seperti dijanjikan.”

Rata-rata penganalisis bersetuju BN akan mencapai kemenangan dan mampu membentuk kerajaan, cuma faktor sentimen pengundi Cina akan menjadi tembok besar untuk dipecahkan pada PRU ke-13 nanti terutamanya dikawasan yang mempunyai banyak pengundi Cina.

“Dalam keadaan sekarang BN masih mampu menang,” kata penganalisis dari UKM yang enggan namanya dikenali. “Tetapi kemenangan tidaklah diperoleh secara selesa. Sungguh pun begitu, ia tidaklah pula sesukar dalam PRU pada tahun 2008.

“Kemenangan BN kerana faktor: komponen parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak sehaluan daripada segi ideologi dan matlamat perjuangan; dan juga kerana faktor perasaan politik ― sekiranya mengundi parti lain selain BN,” katanya.


sumber : MALAYSIAN INSIDER

4 comments:

Anonymous said...

bubar saja...BN!

umno yg kuat tuu bertanding atas lambang sendiri macam PAS!
baru gentlemen!

lupakan parti2 OKU itu....

Anonymous said...

umno tak perlu layan parti2 rasis lain ... bergerak sendirian....

apa nk takut... prof pun dah maklum umno kuat... mengapa perlu tagih ehsan mca, mic, gerakan dll....


umno ni pondan kah? atau cakap besaq atau ting kosong?

Anonymous said...

UMNO berjalan seperti biasa kerana terbukti perkongsian kuasa bergerak aman dan makmur.

Malah PAS yg dulu asyik kata bergerak sorang2 hero la katakan sekarang siap melutut kat DAP.

Anonymous said...

Di Parlimen Baling.UMNO mesti pilih anak watan tempatan kalau mahu BN mahu menang.
Pengundi di Baling mahu anak tempatan atau anak watan.
Orang baling sudah fed up dengan tokoh dari luar yg indah khabar dari rupa sahaja.

Anak watan adalah jaminan untuk BN menang di Parlimen Baling.