Friday, September 7, 2012


Dengan penangkapan ikon biadab, Ammar dan Sin Yee, PR dikatakan sedang mengatur langkah untuk membela kedua-dua mereka sebagai modal politik seterusnya.

Di masa yang sama, ibu bapa Ammar yang pantas bertindak menyerahkannya kepada pihak polis telah pun meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia atas tindakan biadap anak mereka.

Malah, mereka juga sedang berusaha untuk berjumpa dengan Perdana Menteri bagi meminta maaf secara rasmi dan bersemuka sebagai tanda ikhlas dan insaf.

Sin Yee bagaimanapun, menggunakan pentas politik untuk meminta maaf iaitu melalui DAP dan dengan membuat sidang media dalam bahasa Cina yang diterjemahkan.
Tangan bergari sebagai cara terbaik menarik perhatian polis kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Tiada permohonan maaf secara langsung kepada Perdana Menteri yang dilafazkan, hanya permohonan maaf secara umum kepada rakyat Malaysia. Itupun entah tepat entah tidak dengan terjemahan yang diperdengarkan kepada kita.

Tidak seperti Ammar, pihak Sin Yee tidak menyatakan minat untuk menemui Perdana Menteri dan meminta maaf secara rasmi dan bersemuka.

Sebaliknya, dengan meminta bantuan DAP, parti itu pantas menjadikan tangan Sin Yee yang digari ketika tangkapan sebagai isu untuk menenggelamkan isu sebenar, iaitu bersikap biadab terhadap pemimpin negara.

Namun, oleh kerana bukan hanya Sin Yee yang terlibat, DAP merasa bimbang jika sifat perkauman mereka kelihatan begitu ketara jika hanya Sin Yee yang dibela.


Justeru, mahu tidak mahu, PR perlu kelihatan membela semua yang terlibat secara adil. Keputusannya, Ammar dan Sin Yee, kedua-duanya perlu dibela oleh PR.

Untuk itu, kedua-dua mereka tidak boleh dibiarkan digambarkan sebagai pesalah tetapi perlu dijadikan wira. Bagi mencapai matlamat ini, PAS perlu melancarkan jihad untuk membela kedua-dua Ammar dan Sin Yee atas nama keadilan dalam Islam.

Hujah yang digunakan oleh PR ialah kedua-dua mereka masih muda dan kesalahan yang dilakukan adalah tidak seberapa iaitu hanya memijak dan menunjuk punggung kepada gambar, bukannya kepala Dato’ Seri Najib.

Oleh itu, mereka tidak layak dilayan seperti penjenayah dengan mengenakan gari ketika tangkapan. Tindakan tersebut akan digembar-gemburkan sebagai menunjukkan yang kerajaan tidak berperi-kemanusiaan, tidak bertimbang rasa dan sengaja ingin menutup hak bersuara rakyat.

Di samping itu, DAP tetap juga akan menggunakan pendekatan perkauman bagi menaikkan kemarahan kaum Cina terhadap kerajaan. Beberapa isu akan ditimbulkan bagi menunjukkan layanan berbeza oleh polis terhadap peserta Cina dan Melayu yang ditangkap atau antara Sin Yee dan Ammar.

Inilah antara stragegi jihad PR untuk Sin Yee dan Ammar dan mereka bakal melancarnya secara serentak secepat mungkin.

Nampaknya demi kuasa, PR, termasuk PAS sanggup melancarkan jihad membela perlakuan menunjuk punggung di khalayak ramai.

Kerana kuasa PAS sanggup berjihad untuk anak Cina yang kurang ajar terhadap pemimpin Islam. Lebih buruk ialah si anak Cina itu langsung tidak menunjukkan keikhlasan dan keinsafan dalam permohonan maafnya.

Sudahlah dibuat di dalam bahasa Cina yang mana Perdana Menteri tidak dapat memahaminya, lebih teruk lagi ialah hakikat bahawa seorang warganegara yang mengaku setia kepada negara tidak mampu berbahasa kebangsaan walaupun untuk memohon maaf.


Dengan tersenyum gembira, Sin Yee memijak potret Perdana Menteri DS Najib. Barangkali ini bukan kurang ajar bagi Pakatan Rakyat

Inilah produk DAP dan produk inilah yang PKR dan PAS sedang bantu untuk diperkembangkan dan diperkuatkan.

Nampaknya, jihad PR adalah jihad untuk memenangkan kafir harbi.


11 comments:

Anonymous said...

yg kencing dpn gambar pemimpin pas tu betul ke bro? boleh ulas yg tu tak?

Anonymous said...

Nk tnya korg de buat rpt ke sl tu..klu xde cmne nk siast..ape da

Anonymous said...

biasa la bila tersepit tiba2 keluar cerita org bn buat tu la org umno buat ni la. pandai spin cerita, dgn bas kena simbah cat la. perangai biasa pr. sendiri simbah cat tuduh bn. sendiri kencing tuduh bn. insaf la jgn main politik kotor. kerajaan byk kerja nak buat. bukan mcm pr jd MP jd adun mkn duit keje x buat asyik ceramah kutip duit buat fitnah hasut rakyat tido dlm sidang dewan rakyat esok mai ceramah lg kutip duit buat fitnah hasut rakyat tu je yg mampu.

Anonymous said...

DAP manusia sial. anuar anak gampang

Anonymous said...

kenching atas muka nik aziz x pe. sbb dia rakyat biasa. sama mcm kencing atas gambar muka ali dan abu. tapi PM, di pilih oleh majoriti rakyat msia dan didokong oleh pelembagaan msia.

tiada khilaf dlm penafsitran PM.

Anonymous said...

kencing kana aje nik aziz tuu....

Anonymous said...

Nampaknya spesis DaPigs mahukan pergaduhan lagi..

Negara dah aman..saja mau kelainan..

Kit Sial musuh kepada negara..

Anonymous said...

Kalau apa yang kerajaan , terutama pihak polis buat, semuanya tak berperikemanusiaan..!!! Habis tu..yang mereka buat tu..ada sifat keperimanusiaan sangatlah????? Kebinatangan adalah....Kita akan tengok, suatu hari nanti akan ada pengikut setia anwar kencing atas kepala anwar kalaupun tidak kencing atas gambar anwar apabila mereka sendiri melihat sikap sebenar anwa...Allah Maha Besar..!!!

Anonymous said...

N.Ajis tu PM Malaysia ke, tak boleh kencing atas gambar?

Anonymous said...

ANWAR CAKAP PASAL JIHAD....MACMAM PANDAI.JANGAN LUPA DI MAHKAMAH NOVEMBER NI BERJIHADLAH PERTAHANKAN DIRI KES LIWAT SAIFUL.JANGAN ASYIK BISU SURUH ORANG LAIN DEFEND DIRI HANG.TAK USAH SEBOK NAK JIHAD UNTUK AMMAR DAN SIN YEE....BERJIHADLAH KES LIWAT DAN BILA NAK SAMAN KES CHINADOLL .SAMPAI SEKARANG TAK SAMAN ESKAY AND NALLA.AJIHAD JANGAN TAK JIHAD DRAMA KING.

Anonymous said...

DAP cuba nk guna pentas undang2 untuk untung masa depan... Setahu aku la... Tangkapan jika x digari maka tangkapan itu tidak sah... Salah jika dibuat 2x... Pasal tu berapa kecik sekali pun kesalahan jika dah keluar waran tangkap kena digari... Kalau xmmg peguam akan guna kesalahan teknikal lepaskn anak guam.

Perlop