Wednesday, September 26, 2012

Saya mengeluarkan cabaran rasmi kepada Salahuddin untuk membahaskan perkara ini di mana-mana dia mahu - Azalina Othman

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan kesemua dakwaan yang dibuat oleh Himpunan Hijau dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub terhadap loji petrokimia adalah palsu dan bertujuan untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN).

Azalina turut melontarkan satu cabaran rasmi kepada Naib Presiden PAS itu untuk berdebat projek loji petrokimia bernilai RM60 bilion yang akan dibangunkan di kawasan Parlimen beliau.

Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) didakwa oleh kumpulan hijau Himpunan Hijau Lestari Pengerang (HHLP) sebagai menjejaskan kehidupan penduduk tempatan serta memusnahkan ekosistem alam semulajadi.

HHLP juga akan menjadikan isu Rapid ini sebagai isu keutamaan negara yang mendapat sokongan penuh dari Naib Presiden Pas itu.



Walaubagaimanapun Azalina menolak kebimbangan yang didakwa beliau direka oleh Naib Presiden Pas dan HHLP sebagai palsu dan bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN dalam jangka waktu pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.

Beliau menegaskan pihaknya telah diberi taklimat oleh Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) dan juga wakil pentadbir tanah negeri Johor mengenai fasa pertama iaitu sebanyak 179 borang H yang diterima, 70 menerima tanpa bantahan dan 109 menerima dengan bantahan.

"Tiada diantara 179 yang memulangkan borang H untuk panggilan pengambilan tanah buat fasa pertama.

"Saya ingin membetulkan pertikaian yang mengatakan ramai yang menolak kerana ianya tidak benar setakat fasa pertama," katanya ketika sidang media di lobi Dewan Parlimen.

"Jadi ia adalah salah untuk mengatakan bahawa kita tidak melibatkan penduduk kampung, dan bahawa semua penduduk tempatan menentang projek ini. Oleh itu, saya mengeluarkan cabaran rasmi kepada Salahuddin untuk membahaskan perkara ini di mana-mana dia mahu," katanya.



Isu Rampasan Tanah



Ditanya mengapa kerajaan telah memilih untuk membangunkan kilang petrokimia itu di Pengerang dan bukannya di tanah milik kerajaan, Azalina berkata ia merupakan perkara yang melibatkan strategi yang bijak.

"JPDC memberitahu saya bahawa mereka mahu mengambil kesempatan daripada laluan perkapalan berhampiran Pengerang. Jika projek itu dibangunkan di tempat lain, kita tidak akan mempunyai manfaat daripada kapal-kapal perdagangan yang melalui kawasan tersebut dan pelaburan [dalam kompleks].

"Sebagai contoh, jika anda mahu untuk membuka sebuah stesen minyak, anda pasti akan membina stesyen tersebut berhampran dengan jalanraya dan bukannya di kawasan di tengah-tengah hutan," katanya yang menerangkan rasional pembinaan kilang petrokimia itu.

Azalina juga memberi jaminan bahawa harga tanah tidak ditetapkan pada RM2.80 setiap kaki persegi seperti yang didakwa oleh HHLP dan Naib Presiden PAS, sebaliknya menegaskan bahawa harga yang ditawarkan berbeza berdasarkan kepada lokasi dan keadaan tanah.

"Harga RM2.80 sekaki persegi bagi tanah yang terletak jauh di kawasan luar bandar, manakala harga tertinggi yang ditawarkan ialah RM8 sekaki persegi. Tawaran harga melibatkan setiap unsur yang sedia ada di tanah tersebut.

"Tidak ada kadar rata - ini bukan hidangan nilai McDonald di mana harga yang sudah ditetapkan. Jika itu berlaku, saya juga akan marah, "katanya.



Belia Akan Dilatih Dalam Industri Minyak dan Gas

Mengenai kebimbangan bahawa penduduk tempatan akan kehilangan sumber kehidupan mereka, Azalina berkata bahawa sebuah kompleks nelayan baru akan dibina berdekatan dan juga perbincangan tentang mewujudkan kolam ikan air tawar.

Azalina turut memberitahu Menteri Pertanian Industri & Asas Tani Datuk Seri Noh bin Omar telah melakukan lawatan sejak beberapa bulan lalu dalam membincangkan hal tersebut dengan penduduk tempatan.

Beliau juga berkata kerajaan akan menubuhkan sebuah institusi untuk melatih belia tempatan dalam industri melibatkan minyak dan gas supaya agar mereka disiapkan dengan kemahiran dan boleh memohon untuk bekerja di kilang petrokimia itu apabila telah siap.

"Belia ini akan menerima sijil setelah tamat latihan mereka. Kami akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan diploma dan ijazah serta.

"Oleh itu, semua tuntutan yang mengatakan penduduk tempatan akan kehilanagn sumber mata pencarian adalah palsu," tegas beliau.



Isu Alam Sekitar Terjejas

Azalina berkata beliau juga "amat kecewa" dengan dakwaan yang dikemukakan oleh HHLP dan Naib Presiden PAS itu bahawa kawasan Pengerang akan mengalami pencemaran alam sekitar yang buruk jika kilang petrokimia itu dibangunkan, memandangkan kawasan perairan itu sejak bertahun-tahun lamanya digunakan sebagai laluan oleh ratusan kapal yang berlabuh di sana.

"Kawasan ini adalah kawasan perkapalan, bukan tempat pelancongan, dan pencemaran telah berlaku di sana selama 10 tahun. Jika mereka mahu bercakap tentang pencemaran, di manakah mereka ini sewaktu kejadian kapal yang menumpahkan minyak tahun lalu?



"HHLP tidak berada disini sewaktu kejadian tumpahan minyak tahun lalu untuk menyokong saya yang telah mengangkat isu tersebut dan kehidupan para nelayan dan petani di parlimen, dimanakah mereka waktu itu," katanya.

Beliau juga berkata, dakwaan pembangunan kilang petrokimia akan membahayakan spesis dugong adalah "terlalu dangkal" untuk diterima kerana tidak ada dugong di kawasan perairan tersebut.

"Dugong tinggal jauh disebabkan oleh kapal-kapal yang melintasi kawasan pearairan. Jika tidak, ratusan dugong akan mati akibat dilanggar oleh kapal-kapal perdagangan, "katanya.

"Jika anda mahu bercakap tentang isu ini, saya sarankan mereka ini menambah ilmu pengetahuan terlebih dahulu," katanya.

Beliau juga berkata bahawa penolakan Taiwan terhadap projek tersebut tidak ada kaitan dengan Malaysia memandangkan "keadaan yang berbeza".

"Ini bukan Lynas. Adakah anda mempunyai statistik untuk diketengahkan bahawa penduduk di Kerteh dan Jurong di Singapura telah meninggal dunia akibat industri minyak dan gas? Ini adalah industri yang telah lama dijalankan sejak bertahun lamanya, jangan terlalu banyak bermain politik," katanya.







Amacam Salahuddin Ayub ... Takut ke?



3 comments:

Dot said...

GWM,

persoalannya, salehudin adaka butirnya utk diramas?

Anonymous said...

Haha mmg tepat sekali

Unknown said...

AGAKNYALAH ANTI BOHMAU ... DIN POYO OKAY KOT