Saturday, September 15, 2012


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertanggungjawab sekiranya Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) gagal dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, komitmen Kerajaan Pusat adalah jelas untuk meneruskan projek tersebut bagi mengatasi krisis bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang kini dikatakan sudah mencapai tahap kritikal.

"Tindakan kerajaan negeri yang tetap berkeras enggan membenarkan Langat 2 dibina sudah membuktikan mereka gemar bermain politik daripada menjaga kebajikan jangka pendek dan jangka panjang rakyat Selangor. - Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Beliau berkata, mengambil kira kepentingan rakyat, Kerajaan Pusat tidak boleh menunggu persetujuan daripada kerajaan PKR Selangor yang berkeras menentang pelaksanaan projek tersebut.

Ini kerana, katanya, laporan daripada pakar-pakar menjangkakan bekalan air di ketiga-tiga kawasan terbabit akan meruncing menjelang 2015 atau 2016 sehingga boleh mencetuskan keadaan darurat sekiranya loji tersebut tidak dibina segera.

"Kalau nak tunggu dia (kerajaan PKR Selangor), setahun lagi baru nak tunggu tender, mungkin tak siap dalam tempoh masa itu, sebab itu keputusan Jawatankuasa Kabinet dibuat untuk kita meneruskan, tawaran (tender) akan dimulakan daripada sekarang.

Mustaffa turut menegaskan tujuh empangan di negeri itu hanya mampu membekalkan air sebanyak 507,180 juta liter air kepada penduduk walhal keperluan air harian di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mencecah 4.3 juta liter sehari justeru melahirkan kebimbangan bekalan yang sedia ada sekadar cukup untuk menampung bekalan selama empat bulan. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

"Dalam masa sama kita minta kerajaan negeri bantu, bukan bantu masalah Selangor, (tetapi juga) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kita nak minta mereka mesti bertimbang rasa supaya memberikan kebenaran 'development order' (perintah pembangunan) untuk membolehkan kerja-kerja berjalan. Soal politik Barisan Nasional, pakatan tak timbul, ini soal nasib rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat, Mesra Aidilfitri di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab di sini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan telah meminta Peguam Negara supaya meneliti Kanun Tanah Negara yang membolehkan projek nasional berkepentingan rakyat dilaksanakan di bawah fasal tertentu, tanpa perlu menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri.

"Biar ada politik lebih matang supaya isu ini boleh diselesaikan segera. Kalau kerajaan negeri tetap berkeras kepala, rakyat Selangor pasti menghadapi masalah," katanya dengan nada kesal. - Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA)

Beliau berkata, kerja-kerja awalan projek telah pun dilaksanakan sebanyak kira-kira 70 peratus dan kini memasuki fasa membina loji untuk memproses air yang dibawa masuk dari Pahang sebelum disalurkan ke kawasan terlibat, dengan projek itu dijangka siap dalam tempoh dua setengah hingga ke tiga tahun.

"Komitmen Kerajaan Pusat adalah jelas untuk selesaikan masalah ini, kalau terganggu, tak siap bukan salah kita.

"Jadi, saya nak minta Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) bersikap lebih bertimbang rasa, kenyataan daripada Exconya yang dia tak akan sokong, amat tidak bertanggungjawab, saya fikir dia bersalah kepada rakyat," katanya.


1 comments:

Anonymous said...

Salah menyalah tidak meyelesaikan masaalah. Walaupun nanti ada pihak yang sangat sangat benar.

Apa gunanya kalau rakyat menderita. Bukankah kerajaan adalah untuk rakyat bukan untuk melindungi hak peribadi atau cita cita politik sesuatu pihak?