Sang Saka ikut tafsiran anak-anak muda ini patut diperkenalkan kerana ia salah satu hujah bendera yang diperjuang oleh pejuang-pejuang merdeka - Anwar Ibrahim.
Bukan nama Anwar Ibrahim andai lidah tidak berbelit-belit ...
Hujah anak muda yang cetek serta dangkal ilmu, itu yang dipertahankan Anwar Ibrahim atas dasar tafsiran. Tafsiran yang tidak berdasarkan kepada fakta sejarah.
Tafsiran dan hujah mana 'anak-anak muda monyet kuning' ini gunapakai. Lagak bagai pakar sejarah, walhal kosong macam tong dram.
Carilah dimana-mana toko buku sekalipun, pasti ini fakta yang dibukukan sejak 55 tahun kemerdekaan. Fakta yang disahkan dan diperakui pakar-pakar sejarah, baik dalam negara mahupun luar.
Tahun keramat 1946 - 43 pertubuhan Melayu (termasuk PKMM), berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru bagi meraikan tertubuhnya United Malays National Organisation (UMNO), suara keramat orang Melayu yang dihormati oleh penjajah British.
Keluarnya PKMM daripada UMNO hanya kerana perbezaan pendapat mengenai rekabentuk bendera UMNO. Bukan sahaja tidak bersetuju dengan bendera UMNO, malah bendera Persekutuan Tanah Melayu.
PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM.
Lantas tafsiran dan hujah 'anak-anak muda monyet kuning' apa yang dipertahankan Anwar Ibrahim ini?
Lantas apa itu bendera Sang Saka Malaya jika bukan dipengaruhi oleh Sang Saka Merah Putih, fahaman sosialis dan komunis seperti Hishamudin Rais.
Lari sebagai pengecut meninggalkan Malaysia, hanya kembali setelah Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri. Cakap berdegar-degar namun telurnya tiada.
Bukan nama Anwar Ibrahim andai lidah tidak berbelit-belit ...
Yang dipersoalkan oleh rakyat dan umum adalah kebiadaban 'anak-anak muda monyet kuning' ini mahu menukar bendera yang sedia ada.
Bendera yang sudah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu melalui Majlis Perundangan Negara pada tahun 1950.
Apa lagi hujah Anwar Ibrahim jika pemimpin tertinggi pembangkang mengecam tindakan 'anak-anak muda monyet kuning' ini yang mahu menukar Jalur Gemilang.
Nik Aziz, Salahuddin Ayub, Mustafa Ali, Dr Tan Seng Giaw, Yusmadi Yusoff; kesemua mengutuk dan menyelar tindakan biadab 'anak-anak muda monyet kuning'.
Mengapa Anwar Ibrahim masih terus membisu tidak mempertikaikan tindakan kurang ajar ini?
Tindakan melampaui batas golongan muda yang telah dihasut dan diracun minda oleh si penganut fahaman sosialis dan komunis, Hishamudin Rais.
Satu persoalan yang masih belum dijawab dan terjawab ... Mana suara kepimpinan dalam PKR?
Agak aneh ... PAS dan DAP begitu lantang mengutuk provokasi dan tindakan biadab menukar Jalur Gemilang.
PKR hanya diam membisu. Ramai pemimpin PKR sudah menjadi syaitan bisu.
Barangkali juga PAS dan DAP tidak mahu lagi terpalit dengan najis-najis peninggalan Anwar Ibrahim. Tahu benar dengan permainan kotor Anwar.
2 comments:
Macam mana dia nak buat ulasan sebab dia sendiri pun berperangai biadab pada malam tu..dia tak layak mengantikan Sultan selangor sewaktu majlis perbarisan perarakan merdeka peringkat negeri selangor dan juga sewaktu membaca ikrar orang lain semua angkat tangan tapi dia saorang sahaja buat tak reti..so dia lah bapak segala syaitan yang biadap..
memang terbaik bro ... Isham Rais memang lahanat nombor 1 negara , aku suka tang part "cakap berdegar-degar, telur takde" .. kah kah kah
Post a Comment