Monday, September 3, 2012

Budaya (pijak gambar Perdana Menteri) melambangkan budaya yang tidak sihat. Makin menjurus kepada yang tidak baik - Yusmadi Yusoff.

Barangkali itu adalah rumusan yang mampu GWM perkatakan mengenai nasib ahli Parlimen Balik Pulau ini.

Kecaman Yusmadi Yusoff adalah satu tamparan dan amaran berlapik terhadap tingkahlaku anak muda yang disokong oleh Anwar Ibrahim.

Anwar sebenarnya menghilangkan lagi sokongan golongan muda terhadap Pakatan Rakyat.



Mungkin juga Yusmadi semakin bosan dengan sikap Anwar yang terlalu mempertahankan tindakan puak-puak yang terlalu mengagungkan Sang Saka Malaya ini.

Pun begitu, Yusmadi bukan keseorangan dalam hal kebiadaban manusia memijak gambar Perdana Menteri.

Nik Aziz tidak terkecuali mengutuk tindakan monyet-monyet kuning di malam ambang merdeka.

"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak. Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya). Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah."

Sudah pasti kenyataan ini ditujukan kepada puak-puak penyokong tegar Anwar yang bertindak melampaui batasan memijak gambar PM Najib Tun Razak.

Mengapa Nik Aziz bertindak membela Perdana Menteri?

Nik Aziz kenal benar dengan perangai Najib. Najib sememangnya seorang pemimpin yang menghormati Pimpinan lawan terutamanya PAS dan DAP tanpa melakukan serangan peribadi melampau.

Bukan sikap dan perangai Najib memperlekehkan pemimpin pembangkang secara membabi buta ... tidak seperti Anwar Ibrahim.



Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang dikatakan menukar bendera Jalur Gemilang.

Memang tepat kecaman Yusmadi Yusoff terhadap puak-puak yang dididik dengan sifat biadab dan kurang ajar oleh Anwar dan Hishamuddin Rais ini.

Persoalannya, sanggupkah Anwar Ibrahim melepaskan ahli Parlimen Balik Pulau ini tanpa memberi amaran paling keras.

Mungkin nasib Yusmadi Yusoff sama seperti nasib Nasharudin Mat Isa ...



5 comments:

Mat said...

Sudahlah Yusmadi...

Kawasan pun jarang turun. Terbaru, buat rumah terbuka pun 2 jam. Next election pun dengarnya nak cabut lari.

Harapkan wakil rakyat UMNO je yang buat kerja. Bikin malu sahaja.

Katanya suara Balik Pulau, tapi nak bersuara pada Guan Eng Tokong pun tak berani, main kias-kias aja.

Itulah Pak Lah, bakar lagi sentimen orang tempatan... letak lagi sedara-mara kamu jadi calon ahli Parlimen. Orang Balik Pulau hanya pilih wakil rakyat yang ada rekod kerja baik sahaja.

Anonymous said...

Yes....we need local candidate.....vote for Dr Hilmi as Balik Pulau Parliment mamber......

Anonymous said...

Lobi nampak.... Agak-agak la ..

Anonymous said...

HAIRAN BAGAIMANA YUSMADI BOLIH MENJADI PENGIKUT ANWAR. SALAH PILIH TU.

Anonymous said...

hishamudin rais sama la dgn anwar ibrahim BAPAK kepada SEGALA GAY kat malaysia ni...